Padamu kami berikan wala’ dan ketaatan
Ramai yang terharu dan memberi komen apabila laman Tranungkite menyiarkan foto ini. Ianya menunjukkan Dato Seri Tuan Guru Presiden mengucup dahi (tapak sujud) Dato Tuan Guru Mursyidul Am.
Foto ini dirakamkan ketika Tok Guru Nik Abd Aziz mengunjungi Rusila bagi menziarahi jenazah adidnda Tuan Guru Hj Abd Hadi,Ustazah Aisyah Awang yang meninggal dunia baru-baru ini.
Beginilah rupa kedua-dua ulamak terbesar PAS. Watak dan peribadi mereka sungguh mulia sehinggakan pertemuan mereka sahaja sudah cukup mencetuskan perasaan terharu bagi mereka yang melihatnya, terharu kerana sedar bahawa pada tangan kedua merekalah terletak nasib dan masa depan perjuangan Islam di Malaysia ini.
Kedua-dua mereka ulamak perjuangan, bukan sekadar memimpin gerakan Islam tetapi turut menabur ilmu dan mengajar kepada ratusan ribu anak-anak murid seluruh negara dan rantau ini. Semoga Allah swt terus memberikan kekuatan kepada mereka berdua untuk mendepani perjuangan ini sehingga tercapai cita-cita perjuangan.
4 comments:
semoga pas terus maju tapi misti ada sebab untuk berjaya?; Biro politik Pas pusat misti utuh,berdaya maju, muda dan perkasa,berwawasan dan terkini, kepimpinan yang interlektual dan tinggi, ilmu siasah terkehadapan dari zamannya. YANG ADA sekarang terburuk dan lemah dalam pelbagai sudut dan keadaan.
Adakah sama orang yang berilmu dengan mereke yang tidak berilmu?-Alquran mencatatkan begitu ..
kemah bro...langkah ke hadapan saje...nasib Islam di tgn PAs..usah berlengah dgn isu2 bodoh...teruskan penyatuan jemaah utk hadapi musuh bro...teruskan
semoga pejuang2 sejati islam terus gagah mara mempertahan dan memartabatkan islam di bumi ALLAH ini...TAKBIR!!
...khaled d'kalajingga...
Post a Comment