Ayuh bekerja mempertahankan kemenangan ini
Semalam saya dan rakan-rakan dari Lajnah Penerangan PAS Selangor bertemu dengan jentera penerangan parti dari kawasan-kawasan Anjung Tenggara iaitu melibatkan kawasan Ampang, Pandan dan Hulu Langat.
Dalam majlis berkenaan kami telah sama-sama membincangkan pelan induk penerangan PAS Selangor dan seterusnya bertukar-tukar pandangan dan maklumat berhubung isu-isu semasa dan bagaimana memperkasakan PAS Selangor dan Pakatan Rakyat bagi menempa kejayaan yang lebih besar dalam PRU akan datang.
Rata-rata perbincangan semalam tertumpu kepada usaha-usaha bagi memajukan parti. Setiap yang hadir semalam lebih berminat bekerja dan mencari jalan bagi mempertahankan kemenangan yang ada selain melonjakkan parti ke arah pencapaian yang lebih baik pada PRU akan datang. Saya melihat semua yang hadir semalam memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan bersedia memacu tenaga bagi mencapai cita-cita perjuangan. Tidak ada seorang pun yang berminat atau terganggu dengan seruan-seruan nakal dan tidak bertanggung-jawab di tepi-tepi jalan perjuangan.
Sekretariat Penerangan Anjung Tenggara telah ditubuhkan semalam diterajui Sdr Hj Ismail Arshad Ketua Penerangan PAS Pandan.
Selepas lawatan terakhir nanti bertemu Anjung Tengah, semua sekretariat anjung-anjung akan dihidupkan dan jentera penerangan seluruh Selangor diharap dapat segera melaksanakan pelan induk yang dipersetujui dan memberikan tumpuan penuh pada PRU akan datang.
Prospek untuk PAS Selangor dan PR Negeri memperoleh pencapaian yang lebih baik adalah besar. (Dalam Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat Selangor yang terakhir baru-baru ini dimaklumkan bahawa hasil kajian sebuah badan yang ditugaskan oleh kerajaan negeri terus menunjukkan tahap keyakinan rakyat negeri Selangor terhadapa kerajaan PR terus naik mendadak termasuk dari kalangan pengundi Melayu). Yang pentingnya semua pihak perlu bersatu tenaga dan fikiran, berhadapan dengan musuh politik yang satu dan bekerja kuat selain tidak putus dari memohon pertolongan dan bantuan dari Allah swt.
6 comments:
ana dari kawasan hulu langat memamg sokong ada usaha menaikkan imej pas yg sememangnya kena tamparan hebat di negeri selangor...namun diharap jangan jadikan penerangan2 ni tak lebih dari suatu kempen untuk kepentingan peribadi atau individiu tertentu......
Insya Allah, dengan izin Allah, kami pohon semua ahli & Pimpinan Saf jemaah PAS mendapat rahmat dan keberkatan di masa akan datang.
Ayuh kita satukan hati kita sebagai satu jemaah.
Jauhkan diri dari memecahkan belah sesama jemaah. Jika masih ada yang berdengki kianat, kita mohon doa semuaga Allah alihkan hati mereka menjadi insan yang sentiasa bersatu hati. Amin.
Biasa betul dengar ayat ni...
Allah itu benar.
Muhammad itu benar
Selamatkan lah hati-hati mereka yang telah mati.
Amin
Salam ziarah.. Jemput ke blog.
sidang dewan pun tak dapat nak pastikan 100% kehadiran ... macam mana nak menang?
Post a Comment