Hari muka semakin tenat buat mereka
Sehingga hari ini isu kehilangan injin pesawat tempur F5E milik TUDM yang bernilai RM50 juta terus diperkatakan. Yang paling menarik adalah reaksi bekas PM Dollah Badawi. Kata beliau kehilangan itu menjadikan kita sebagai bahan senda. Dollah ketika insiden itu berlaku adalah PM tetapi bukan Menteri Pertahanan.
Mungkin Dollah tahu apa yang kita tak tahu.
Manakala di muka hadapan Sinar Harian hari ini, Menteri Pertahanan Zahid Hamidi berkata mereka yang terlibat dalam kehilangan ini adalah penderhaka. Kata beliau mereka bukan sekadar pencuri tetapi pengkhianat dan penderhaka kepada negara.
Rakan saya seorang jurutera awam swasta menghubungi saya bertanyakan mungkinkah Zahid menggunakan isu ini untuk menjatuhkan Menteri Pertahanan ketika itu? Saya tidak menafikan telahan beliau itu. Berbagai kemungkinan boleh dijangkakan. Apa pun krisis kepimpinan dalam Umno dan BN nampaknya tidak menampakkan hari redanya.
Dalam pada MCA, Gerakan,MIC dan PPP masing-masing bergelut untuk terus bernafas, Umno rakan kongsi terbesar BN nampaknya tidak terkecuali dari bala bencana.
Belum pun selesai kehangatan Bajet yang diluluskan dengan majoriti tipis tempoh hari di Dewan Rakyat, kini kita masing-masing sedang menunggu siapakah pengkhianat terbesar dalam kes injin pesawat yang hilang itu.
Saya sempat menasihatkan seorang rakan Umno diperingkat rendah baru-baru ini, henti-hentilah mahu melihat Umno bangkit merampas kuasa di Selangor. Jika bala bencana timpa-menimpa satu demi satu begini, kebencian rakyat akan semakin menebal, nanti jangankan mahu merampas semula kuasa, takut-takut yang ada dalam tangan pun akan terlolos begitu sahaja.
Saya percaya dengan rakan saya si jurutera tadi, banyak yang akan tertiarap apabila satu demi satu terselongkar dalam hari-hari mendatang. Tidak musathil ada yang mahu mengambil kesempatan menikam dari belankang untuk naik ke takhta tertinggi. Tidak mustahil sesama pimpinan tertinggi Umno akan berkuntau, bertikam-tikaman, berbomoh dan beracun untuk panjat ke atas. Tidak mustahil dalam pada terseret mereka yang terlibat ke tengah untuk menghadapi pengadilan, akan ada orang politik yang ditalkinkan.
Ringkasnya tidak mustahil dengan segala perkembangan ini jangka hayat BN yang telah sedia tenat itu bakal semakin nazak, mungkin juga terus kaku beku sedia untuk dimakamkan.
2 comments:
aku tak paham apabila pak menteri kata kehilangan tidak melibatkan pegawai tertinggi. kalau tak terlibat cam mane boleh kena curi benda yang sebesar dinosaur tu?
bila benda sebesar danosaur pun boleh hilang inikan pula kes2 macam PKFZ dan landasan berkembar yang hanya memerlukan document??? berbillion duit rakyat hagus begitu saja.
Last2 tahun depan kita kena GST pulak utk tolong kerajaan yang semakin hari semakin tidak pandai menguruskan hasil negara.
enough is enough
Allah menerima doa hamba-hambaNya yang dizalimi oleh Najib...
tidak nampakkah lagi wahai orang-orang UMNO?
kerjaya Najib di bagai telur di hujung tanduk.
Post a Comment