PAS kekal bersatu
Ternyata Seminar Khas Memperkasakan Parti anjuran PAS Pusat siang tadi telah menjadi tumpuan umum. Banyak ulasan dan spekulasi dibuat. Ia telah menghangatkan suasana yang sebelum ini tenang dalam parti. Apapun kehadiran penuh sesak para perwakilan di Dewan Dato Fadzil Nor sejak awal pagi membuktikan yang ahli-ahli dan pimpinan PAS lebih terpanggil untuk mendapatkan penjelasan dan prihatin tentang masa depan parti.
Saya hadir sekitar jam 8.30 pagi dan suasana sudah sesak walaupun program dijadualkan bermula jam 9.30 pagi.
Apabila para pimpinan masuk ke dewan ternyata melihat dua pemimpin tertinggi parti Tok Guru Mursyidul Am dan Tok Guru Presiden duduk mesra berbual dan berbisik-bisik menyejukkan hati saya dan saya yakin begitu juga yang lain yang hadir, ikhlas mahu melihat parti ini terus bertahan, pimpinan dan prinsipnya.
Saya tidak berhajat mengulas apa yang dibahas dan dibincangkan (kerana diperingkat ini pasti ia telah tersebar luas) tetapi secara amnya majlis berlangsung dalam suasana yang sungguh matang dan tertib, walaupun ada yang memilih meninggi suara.
Ayat muqadimmah yang digunakan oleh Presiden dalam ucap uatamanya, surah al Maidah ayat ke 54-56 ternyata memberi kesan besar kepada semua yang hadir. Ayat yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa yang menyeleweng dikalangan kamu dari ugamanya (Islam), niscaya Allah akan mendatangkan suatu golongan dimana Allah mengasihani mereka dan mereka juga mengasihi Allah; mereka bersifat merendah diri terhadap orang-orang yang beriman dan menunjukkan kemuliaan (kehebatan) terhadap orang-orang yang menentang Islam, mereka berjihad pada jalan menegakkan agama Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Itu adalah kurnia Allah yang diberikan kepada sesiapa yang Ia menghendaki; dan Allah itu maha luas kurniaNya, lagi maha mengetahui.
Sesungguhnya yang menjadi wali kamu ialah Allah, Rasul Nya dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka sentiasa (patuh) kepada Allah.
Dan sesiapa yang berwalikan Allah dan Rasul Nya serta orang-orang yang beriman (yang begitu sifat-sifatnya) maka sesungguhnya golongan (parti) yang menegakkan agama Allah itu akan mendapat kemenangan.”
Ayat ini biasa diulang-ulang dalam majlis PAS, tetapi mengucapkannya pada hari ini ternyata memberi kesan kepada semua yang hadir, yang faham maksud dan rohnya. Bagi saya ayat ini telah menyelamatkan suasana dan menjayakan majlis ini keseluruhannya.
Yang pentingnya seminar pada hari ini menandakan bahawa PAS akan terus berperanan dalam masyarakat dan persada politik negara. Saf kepimpinan dan ahlinya akan kekal bersatu. Malah akan lebih bertenaga lagi. PAS terbit kuat dari seminar ini, insyallah. Berikut adalah petikan ucapan penggulungan Presiden:
“Pemimpin dipilih melalui muktamar parti, pemimpin adalah amanah.
Saya tidak akan membuang baju amanah ini... insyaAllah kita akan mengharungi gelombang perjuangan ini,
Kita ibarat orang-orang yang ada di medan (padang bola), yang lain daripada kita adalah penonton dan pengulas.
Walaupun ada teguran yang keras, suruh pecat kapten, buang pengurus, buang pemain, kita belum lagi habis separuh masa pertama.
Kita adalah kalangan profesional dalam bidang ini, bukan pemain-pemain kampung,"
Allahuakbar!
7 comments:
Assalamualaikum wbrt..
Rasanya dah lama benar ana tak ngomen kat blog saudara.... Namun begitu ana sebenarnya sentiasa membaca tulisan dalam blog ini... Apa yang ana dapat rasakan ialah saudara terpaksa menjadi "defender" dalam banyak isu di Selangor... Kadang-kala ana merasakan seolah-olah saudara terlalu memprtahankan individu tertentu dari menyelesaikan masalah sebenar PAS Selangor.
Apapun ana harapkan agar anta terus berjuang dalam menyatakan hak dan menentang kebathilan....
Teguhkan Jamaah, Teruskan Jihad
Alhamdulillah
Moga segala kekusutan sebelum ini dapat dipulihkan..
Pengorbanan beliau bersama PAS tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja hanya kerana lontaran ideanya..
Jika kita menganggap Presiden lemah jadi apakah peranan orang di kiri dan kanan beliau..Mereka mestilah menjadi pembantu yang kuat..barulah keadaan akan menjadi seimbang balik...
Salam silaturrahim buat kekanda roslan SMS.
Mantapkan perjuangan,
perbaiki kelamahan,
terimalah teguran walaupun pahit, rapatkan ukhuwah baikilah perbalahan.
Pas Selangor harus tawadduk dan yakin dengan Allah untuk memegang amanah dalam kerajaan.
Hikmah adalah barang yang hilang dari seorang Islam.
Walaupun saya bukan ahli PAS saya menaruh harapan yang tersangat tinggi terhadap PAS sebagai parti alternatif kepada UMNO since saya mula mengundi pada tahun 1995.
Kepada pemimpin tertinggi PAS termasuklah Tuan Roslan janganlah mempermain-mainkan harapan saya dan ramai lagi rakyat Malaysia yang berpandangan hanya PAS sebagai penyelamat negara ini.
Kembalilah berusaha untuk kembalikan keyakinan public to PAS.Masa sangat singkat.
Once again please do not dissappoint us .
terus, perkataan yang selalu saya gunakan dalam blog saya. teruslah mencari kabaikan dengan merapatkan saf dan perkukuhkan parti agar segala kebaikan akan terserlah insyallah.
Soalan tambahan Cik Roslan...
Boleh dapatkan maklumat sedikit bloger PAS yang bernaung dibawah PAS..
Kalau boleh link kan dari blog Cik roslan...Buat masa sekarang nie banyak sangat blog yang nampak macam PR tapi asyik kutuk PAS saja itu yang jadi masalah kepada peminat PAS...
Kalau boleh sampaikan kepada Harakahdaily blogger PAS yang diiktiraf..
setuju dgn cik meriam.
list kan juga blog yg konon pro PR tapi kutuk pimpinan Pas tanpa akhlak spt blog adukateruna yg jelas umno prepaid.
malangnya us. Zul al hafiz masih senaraikan blog celupar itu dlm blog list beliau tanpa beliau defend nama baik TGHH yg teruk dicemari oleh SB umno ini.
bukan kita tertutup, tapi wajib tunjuk sikap cegah munkar dgn tangan klu mampu.....takkan dgn hati selama2nya.
Post a Comment