Tuesday, November 10, 2009

Menyeru dengan lisan yang indah

Ahad lepas saya hadir ke Majlis Makan Malam sempena ulangtahun ke 10 Jabatan IT PAS Pusat yang telah disempurnakan oleh Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang.

Saya dapati ucapan Tuan Guru pada malam itu sungguh bermakna, membawa mesej yang sangat mendalam kepada perjuangan khasnya bagi mereka yang memilih untuk berdakwah dan berjuang melalui ICT. Ucapan beliau disampaikan secara spontan namun ternyata kaya dan penuh ilmu bagi mereka yang menghargainya.

Ayat al Quran yang beliau pilih untuk mukadimmah ucapannya adalah:

Firman Allah SWT, “Dan siapakah lagi yang lebih indah cakapnya termasuklah lisannya daripada orang yang menyeru kepada agama Allah juga beramal dengan amalan yang soleh seraya menegaskan sesungguhnya saya termasuk dikalangan orang-orang menyedari Islam adalah sebenarnya.”

Antara petikan ucapannya yang saya rasa telah memberi kesna mendalam kepada diri saya sendiri dan mudah-mudahan sahabat yang lain adalah seperti berikut:

“Sesungguhnya, penyampaian melalui tulisan yang dicatit lebih berpanjangan dari ucapan yang diungkapkan. Maka, peranan ICT dalam menegakkan Islam sangat besar.

Terutamanya, teknologi maklumat menjadikan dunia yang lebih luas ini seolah perkampungan yang sempit.
Maklumat disebarkan dengan mudah, dicapai dengan mudah, maka kita juga menjadi sasaran.
Bukan sahaja kita menunaikan tanggungjawab menerang, tapi kita juga diserang. Disini, kita memerlukan kebijaksanaan dalam menangani keadaan semasa.
Kita diwajibkan untuk menggunakan uslub menerang lebih banyak daripada menyerang kerana matlamat kita adalah untuk menyelamatkan manusia.

Bukan untuk menuduh dan menghukum orang walaupun kita boleh menuduh dan menghukum orang itu.

Sekiranya menuduh dan menghukum itu membawa fitnah maka dosanya adalah besar. Sila buka kitab Riyaadus Solihin. Terjemahannya ada dalam bahasa kita. Imam Nawawi menyebut satu hadith dimana Rasulullah SAW diwahyukan melalui mimpi. Mimpi seorang Rasul adalah benar dan wahyu daripada Allah.

Rasulullah SAW melawat neraka dan dilihat mereka yang diseksa dalam neraka itu, orang yang berzina dan memakan riba’ dan menyebarkan maklumat yang buruk sehingga perbohongan itu tersebar dengan luas, apatah lagi maklumat itu menjadi fitnah.
Dilihat seorang yang disangkut dengan penyangkut besi didagunya menembusi pipi dan mata diseksa didalam neraka, bila ditanya siapa itu, itulah penyebar maklumat bohong diseluruh pelusuk.

Disini, memberi peringatan kepada kita betapa kita perlu berhati-hati, apatah lagi kita adalah parti Islam yang menjadi model dan dilihat oleh orang lain.

Kesalahan satu titik dianggap kubah yg besar. Kesalahan yang kecil dibesarkan laksana bukit yang kukuh. Apa yang betul ditutup dan kita perlu bersabar dalam melaksanakan tugas.

Terpulanglah kepada kita masing-masing untuk menerima saranan dan pengajaran dari beliau. Namun saya yakin sebagai anggota jemaah yang bertanggungjawab, insyallah kita mudah menerima dan mempraktikkan saranan itu. Sahabat saya al Maniri di dalam blognya “Kalam Perantau” ada menyedut keseluruhan teks ucapan Tuan Guru itu. Sila ikuti di:

http://kalamperantau.wordpress.com/2009/11/10/menyebar-maklumat-bohong-ke-neraka/

Syabas para petugas dan pimpinan JIT PAS Pusat.

8 comments:

penawarrindu said...

Salam,
Semoga menjadi panduan kepada pengamal IT didalam Jamaah ini.

daie@2kali5.blogspot.com said...

Melayu tidak perlukan parti ketiga

MeriamBuluh said...

Mintak link kan blog yg benar2 pro kepada PAS...
senang sikit

Salam said...

Assalamualaikum, PAS tiada rancangan ke untuk bergerak sendiri? Saya amat tidak setuju PAS bekerjasama dengan DAP. Mungkin saya racist tetapi tidak bermakna tanpa sebab. Saya ada banyak contoh DAP racist salah satunya ketika tanah runtuh di Bukit Antara bangsa. Di mana ada wakil PAS dan PKR membantu tetapi tiada seorang pun dari DAP. Ini belum kira NGO2 Islam seperti Jamaah Islah Malaysia yang dihentam Jeff Ooi yang turut datang membantu. Selagi PAS tidak berpisah dari DAP selagi itu majoriti melayu Islam tidak berani mengundi PAS.

zkarya said...

Blog yg pro PAS di alam siber ini
tidak kurang banyaknya. Kadang2
dari blog yg sama jugak menentang
PAS.Menentang bukanlah bererti benci pd PAS, tapi benci pd pemimpin2 PAS yg belok dlm perjuangannya..

Anonymous said...

kepada salam

anta jangan jadi munafik.
adakah anada berada di sana sewaktu kejadian

mohd aslam
menara kyoto
bukit antarabangasa

MeriamBuluh said...

salam says
Selagi PAS tidak berpisah dari DAP selagi itu majoriti melayu Islam tidak berani mengundi PAS.


Saudara mesti bijak berpolitik...
walaupun berpakat dengan DAP kita memperjuangkan keadilan di Malaysia...
Segala kemusnahan yang di lakukan oleh UMNO wajib di tamatkan.Jadi tidak salah kita bersama2 berusaha kearah tersebut..

Anonymous said...

DAP, memang kita dah tau mereka berperangai macam mana.

PAS memang selama ini melaksanakan cara berpartiannya sendiri. sebabnya Pas berpegang pada ajaran As Sunnah Wal Jamaah.

tapi untuk gerak sendiri buat masa ini agak mustahil sebab jika saudara sorang je turun pangkah tentu tak cukup.

Jadi jika nak PAS bergerak sendiri kita semua kena usaha pakat-pakat mengundi semua calon kita di tempat mereka bertanding. dgn cara ni baru kita dpt tengok mcm mana cara PAS memerintah sebenarnya.

u all semua kena bantu PAS....baru boleh jadi