Saturday, November 21, 2009

Malaysia makmur dengan hasil haram?

Baru-baru ini di Parlimen isu jumlah hari cabutan untuk judi tikam nombor yang dihalalkan oleh kerajaan Pusat dipertikaikan.

Menurut rekod pada tahun 2008 sahaja kerajaan Pusat mengutip sejumlah RM2.37 billion hasil dari aktiviti perjudian yang dilesenkan termasuklah kasino (iaitu hampir dua kali ganda dari Bajet Selangor 2010 iaitu sebanyak RM1.3 bilion).

Sebagaimana dinyatakan oleh Timbalan Menteri Kewangan pecahan hasil yang diperolehi dari syarikat-syarikat judi berkenaan adalah Genting RM949.8 juta (lebih dua kali ganda dari hasil cukai yang dijangka untuk Selangor 2010 iaitu RM460 juta), Sports Toto RM509.74 juta, Magnum RM396.5juta, Pan Malaysia Pool RM270.76 juta dan Pan Malaysian Racing RM138 juta.

Untuk satu tahun syarikat-syarikat judi tikam nombor mengadakan sebanyak 72 cabutan khas (special draw) selain cabutan biasa sebanyak 3 kali seminggu yang dibenarkan kerajaan Pusat.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang khasnya dari DAP merungut bahawa terdapat terlalu banyak cabutan untuk setahun dan mendesak agar kerajaan mengurangkan jumlahnya.

Untuk rekod juga selain jumlah pendapatan dari cukaijudi seperti di atas turut dimaklumkan yang kerajaan memperolehi RM4.4 bilion hasil dari cukai-cukai yang dikenakan ke atas produk tembakau dan arak.

Apa nak dikatakan? Inilah realiti yang ada di hadapan kita pada hari ini. Lumayan sungguh hasilnya bukan?

2 comments:

2 kali 5 said...

memang sedih dengan apa yang berlaku. terlalu banyak benda yang menjolok mata dan menghiris hati berlaku sekarang ini.

masih ada benda yang menjolok mata berlaku, lawatilah:

2kali5.blogspot.com

bersama kita perjuangkan tulisan jawi...

abu razeen said...

satu sebab kenapa melayu patut tolak umno.

tapi betul ke DAP genuine dlm rungutannya cabutan judi banyak?

klu ya, teruskan setapak lagi dgn sokong Pas hapuskan judi.

Selain Islam, semua agama anutan ahli DAP yg pelbagai itu turut haramkan judi. jadi tiada alasan utk DAP sokong umno/bn halalkan judi.

Bagi pimpinan Pas dlm kerajaan PR pula, buatlah kerja lebih sikit dari yg tlhpun dibuat sebab melayu dan indon yg berjudi di S'ngor misalnya, masih terlalu banyak.

Nak harapkan JAIS yg dulu boleh biarkan bn roboh dan kunci surau2 ( rujuk laporan Harakah zaman bn perintah S'ngor dulu).........
nampaknya dah hampir 2 tahun ini masih takok lama.