Friday, November 20, 2009

Jawablah Roslan SMS...........

Satu ilmu yang saya belajar apabila berkecimpung secara serius dalam bidang penulisan ini sejak lebih 10 tahun lalu (berblog sejak 5 tahun lalu) adalah, bersilat biar terlebih dahulu dalam gelanggang sendiri. Kenal gelanggang sendiri sebelum mahu terjah terjun ke dalam gelanggang orang lain.

Menulis walau didorong apa sahaja semangat yang meluap-luap, biarlah berfakta, ada asas. Jangan bohong, jangan menipu jangan adu-domba apalagi menabur fitnah. Sentiasa waspada akan dosa dan pahala, matlamat jangan sekali-kali menghalalkan cara.

Penulis yang ada maruah dan harga diri sentiasa menghormati orang lain, walau terkadang ia mengkritik dan menegur, biarlah dalam keadaan sedar, jangan menggila, meleleh nafsu sehingga hilang pertimbangan. Bila kita menginjak dan mempersetan maruah dan harga diri orang lain, kelak maruah dan harga diri kita juga boleh diinjak dan dipersetan orang lain.

Saya menulis untuk menyumbang kepada perjuangan ini bukan untuk meretak atau menjahanamkannya. Sejak dari zaman pra reformasi (ketika Ustaz Hashim Jasin menang dalam PRK Parlimen Arau dan Almarhum Ustaz Dato Ishak Baharom dipecat dari jawatan Mufti bermula saya menulis dalam Harakah English Section) sehinggalah ke zaman meledaknya reformasi dan kini terbentuknya kerajaan PR, begitulah saya dan insyallah biarlah terus begitu.

Lalu apabila ada usul dan cadangan agar saya melayan dan memberi respon pada individu tertentu, maaf saya tidak berminat. Pengalaman hidup mengajar saya agar kenal diri dan jangan menari menurut rentak irama yang sumbang. Buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali.

Saya tidak berniat untuk jadi popular sehingga perlu bertelagah dan bertegang urat dengan maudu yang tidak relevan pada sasaran dan perjuangan saya. Saya mahu melihat perjuangan ini diterima rakyat. Saya mahu melihat parti yang saya perjuangkan menang dan beroleh kuasa. Yang lain maaf tidak menarik minat saya, biarlah luncai terjun dengan labu-labunya...........

7 comments:

Anonymous said...

bandingkan ngan tulisan roslan ngan raman talib?

yg sorang ahli pas yg ditarbiyah, yang sorang sana tu plak ngaku ahli pas, tapi otak dah kena rasuk setan

kanggarua said...

Jangang dilayan dia tu macam orang gila! dan benar-benar gila. macam sajak dinsman.

Anonymous said...

Alhamdulillah, roslan....
saya memang dah agak saudara memang berperangai dan berakhlak lebih baik dan berhemah daripada tb (tulang babi belacan) tu.

saya percaya saudara akan lebih berjaya kerana tidak gila n X mabuk glamor dan sanggup buat apa saja sebab nak cepat naik rating blog.

lain benar sikap saudara jika nak dibandingkan ngan manusia TB tu, dia sanggup buat apa saja sampai sanggup selak kain pelikat kawan PAS sendiri kerana ingin mendapat jolokan blogger penyelamat parti. dia KONONNYA.

TAKBIR ROSLAN SMS!!!

Anonymous said...

Alhamdulillah, jawapan yang sangat baik, bernas, bergaya, mantap.

roslan sms ni rupanya orang yang sungguh sabar dan tak pandai melatah rupanya.

Alhamdulillah, semua Allah berikan Hidayah dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga anda walau anda di mana sekali pun

Anonymous said...

TAKBIR!!!!!

ALLAHHU AKBAR
ALLAHHU AKBAR
ALLAHHU AKBAR

Anonymous said...

Salam,

Alhamdulillah...pejuang PAS adalah berjiwa besar. Kurang melayan kerenah yang melerek-lerek tanpa mengenal batas sahabat dan rakan, musuh dan kawan.

Anda adalah antara pejuang yang sebenar. Bloggers diluar sana sedang dirasuk rasa yakin yang lain-macam...jangan terpedaya! Mereka sesungguhnya sedang melambatkan perjuangan dan perjalanan kita.

Kalah menang bukan kerja kita, tapi yang ditanya...apakah anda buat untuk menyeru manusia ke arah kebaikan.

Sayang, ramai blogger kita yang kurang tarbiyyah haraki telah terjerumus dilembah hina ini. Mereka penuh dengan sifat dengki dan hasad, prejudis dan kudis.....mazmumah terkeji!

Ingat, PAS TETAP SATU! - tiada UG, tiada erdogan!

Fiqar.

Anonymous said...

BRo,
Saya dah ikut lama dah blog ni ... isu rumah urut tak jawab jugak ... aper cer ni?