Friday, September 25, 2009

Tergugatkah perjanjian Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba?

Maka titah Sri Tri Buana:”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba.Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”

Maka sembah Demang Lebar Daun:”Baiklah Tuanku.Tetapi jikalau anak cucu Tuanku dahulu mengubahkan dia,(maka) anak cucu patik pun mengubahkan dia”.

Maka titah Seri Tri Buana,”Baiklah,kabullah hamba akan waad itu.

”Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah,barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah subhanahu wa taala bumbungan rumahnya kebawah,kaki tiangnya keatas.Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah subhnahu wa taala kepada segala raja-raja Melayu,tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya,tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.

Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada Rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya”


Demikianlah bunyinya perjanjian antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba sebagaimana ternukil dalam khazanah Sejarah Melayu. Perjanjian ini kekal sebagaimana kekalnya orang-orang Melayu zaman-berzaman, menerima, taat dan setia pada Raja-rajanya.

Membaca berita di bawah ini yang dipetik dari MStar Online:

Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional

KUALA KRAU: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Agak-agaknya bagaimanakah reaksi Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun kalau kiranya masih hidup mereka?

3 comments:

Rakyat Biasa said...

Apa yang hendak dihairankan? Sudah tentulah Sultan Pahang amat berkenankan dengan kerajaan Brisan Nasional, kerana dibawah kerajaan inilah Sultan Pahang seluruh keluarga dan keturunan dapat hidup bermewah dan segala kehendak dituruti. Jika di bawah kerajaan PAS, sudah tentu para toukey judi di atas gunung itu terpaksa gulung tikar, dan akibatnya tertutuplah pintu rezeki baginda dan para kerabat seadanya.

Anonymous said...

beraja di mata .bersultan di hati, bersetan di malaysia

wakmeli said...

sang sapurba ngn demang lebar daun tu sapa? dewa ke... apa port lak nak taat walaupun zalim dan kejam. tu melayu zaman jahiliah boleh laaa, skrg zaman carahidup islam. yg adil ditegakkan dan yg batil dibenamkan..lagipun perjanjian ni pun tatau betol ke tak. klau betol pun, kita hidup berpandukan al quran dan sunnah, bukan perjanjian raja2 dulu.