Thursday, September 17, 2009

September 16 dah berlalu…………

Selamat pagi merdekareview, salam sejahtera Sdr Wong Shu Qi.

Hari ini Khamis 17 September 2009. Pada 2 September lalu Sdr Wong ada menulis:

Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS.

Dan dalam artikel yang sama tarikh “keramat” 16 September dilambung-lambung sebagai tarikh dimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kononnya akn rebah tersungkur digantikan dengan gergasi yang dibenci rakyat iaitu Umno/BN.

Ya hari ini 17 September, setakat tengah malam tadi kerajaan PR masih segar bernafas dan tidak ada seorang pun ADUN samada dari PAS, PKR atau DAP yang telah mengisytiharkan lompat parti memeluk BN. Malah ADUN kontroversi dari Pelabuhan Kelang pun walau main-main silap mata, namun masih kekal dalam PKR.

Ternyata analisa dan terjahan Sdr Wong meleset, dan tindakan menyeret beberapa tokoh Pakatan Rakyat dalam artikel beliau juga tidak benar. Sebagai ahli politik saya yakin reputasi mereka yang beliau sebut antaranya Dato Dr Hasan Ali dan Amirudin Shaari telah tercedera – damage done. Itulah yang terpaksa dipikul angkara analisa meleset seorang penulis.

Jelas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kekal utuh dan insyallah dengan usaha bersungguh semua pihak akan kekal begitu sehingga pilihanraya umum akan datang. Mungkin Wong maksudkan September 16 tahun depan atau yang berikutnya…….

1 comment:

zol dabat said...

assalamualaikum
biasalah setakat penulis d internet
apa2 pon boleh ditulisnya
yang saya hairan tahun ni
berita lompat parti yg x seberapa besar pon saudara sudah suka hingga ditulis berulang2 kali dlm blog
apa plak pandangan saudara tntang penipuan anwar ibrahim tahun lepas??
barangkali penulis merdekaview inipon sudah terikut-ikut dgn anwar