Siapa pula yang nak bunuh Khir Toyo?
Berita terakhir kita dengan berkenaan bekas MB Selangor dan ADUN Sg Panjang Dr Khir Toyo adalah bahawa beliau disiasat hampir 6 jam oleh SPRM berhubung beberapa pertuduhan rasuah terhadapnya.
Tiba-tiba di muka depan akhabr Sinar Harian hari ini terpacul gambar Khir menunjukkan laporan polis dengan tajuk:
Dr Khir terima ugutan maut.Akan ditembak jika terus usaha jatuhkan kerajaan PR Selangor.
Baguslah jika beliau telah buat aduan kepada pihak polis dan kita harapkan pihak polis juga akan segera menyiasat dan kalau ada asas seret sipenulis surat ini ke pengadilan. Rupanya kata Khir ini bukan kali pertama beliau diugut. Katanya:
Sebelum ini saya juga dapat banyak ugutan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi saya tidak hiraukan.
Sepatutnya ugutan melalui telefon dan SMS lah dilaporkan kepihak polis. Nombor pemanggil dapat dikesan serta memudahkan penyiasatan, kalau melalui surat ini sukar sedikit rasa saya.
Cuma yang saya musykil bahawa kata Khir ugutan bunuh dibuat terhadapnya kerana kononnya mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kalau benda atau perkara yang hampir pasti mungkin boleh kita ambi lkira juga tetapi perkara yang di awan-awangan apalagi yang hanya bermain pada mimpi-mimpi dan angan-anagan Mat Jenin ni kita risau sedikit.
Kemudian Khir menokok bahawa kerajaan PR ini lemah dan tidak kukuh. Betulkah begitu? Sebagai Ketua Pembangkang padanlah kalau Khir kata begitu,takkan nak kata kerajaan PR ni baik, mesra rakyat, telus,bersih lebih baik dari kerajaan BN Selangor pimpinannya dulu.
Apa pun memandangkan Khir dah buat laporan polis, biarlah polis menyiasat. Tetapi jangan pula kerana kes ini maka kes-kes lain ditutup atau ditangguh.rakyat Selangor ternanti-nanti hasil siasatan SPRM terhadap Khir itu. Bila nak didakwa?
Selamat Hari Raya Datuk, insyallah selamat hingga ke anak cucu.
1 comment:
salam hormat !
Tidak mustahil dalam kes ugut mengugut sebegini dilakukan olih orang dalam atau pun dari kumpulan sendiri,sebagi contoh kejadian ugutan bunuh terhadap Adun diTrg yang telah menjadi satu alasan untuk tidak hadir sidang DUN kerana bimbang akan keselamatan diri,dari siapa punca ugutan tersebut...?
saya teringat filem (maaf lupa tajuk filem) yang mengisahkan bagaimana sekumpulan kongsi gelap yang membawa harta rompakan untuk lari dengan tujuan untuk tidak mahu membahagi bahagikan dikalangan mereka,akhirnya berlakulah perkelahian sesama sendiri sehingga sanggup bunuh membunuh diantara sesama ahli kumpulan tersebut,akan tetapi lain pula dengan jalan cerita 'enam jahanam', jadi siapakah hero yang dapat bangkit membela kematian isterinya (kerajaan ubn)diselangor ? fikir fikirkan...!
Post a Comment