Tuesday, February 12, 2013

Gong Xi Fa Cai (12/2/13)


Sempena Tahun Baru Cina , tahun ular ini saya ingin mengambil kesempatan mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua kawan-kawan dan kenalan yang berbangsa Tionghua. Semoga tahun ini dengan izin Allah swt akan membawa lebih kebaikan dan kehramonian buat semua.
Sempena Tahun Baru Cina kali ni banyaklah dimuatkan ucapan berupa klip video samada di youtube mahupun di blog dan facebook masing-masing. Pimpinan politik dari berbagai pihak juga tidak ketinggalan dengan ucapan mereka masing-masing dalam bentuk ini.

Bagi saya klip video ini adalah yang paling baik dan berkesan yang saya tonton sempena Tahun Baru Cina, tahniah ke[ada pembikinnya.
Gong Xi Fa Cai semua…..

Pope Benedict berundur pada usia 85 tahun (12/2/13)


Berita hasrat Pope Benedict XVI, 85 tahun, mahu melepaskan jawatannya sebagai pemimpin tertinggi Roman Katolik pada hujung bulan ini mendapat liputan meluas seluruh saluran media. Beliau yang baru lapan tahun memegang jawatan berkenaan menyatakan bahawa alasannya adalah kerana beliau tidak lagi memiliki kemampuan dan kekuatan untuk memimpin. Beliau percaya untuk memimpin sebagai Pope seseorang itu perlulah memiliki kekuatan minda dan fizikal.
Kata beliau:

“After having repeatedly examined my conscience before God I have come to the certainty that my strength due to an advanced age are no longer suited to an adequate exercise of the Petrine ministry.”
Inilah kenyataan ikhlas dari seorang pemimpin yang tahu bila mahu berundur. Memang sussah apabila telah memikili kedudukan dan kuasa bagi seseorang itu mahu melepaskan kedudukannya. Berbagai alasan lazim diberikan untuk terus berkuasa, masih diperlukanlah, masih dipercayai dan lain-lain sedang ia tidak sedar di belakangnya ramai menunggu yang lebih kuat dan upaya malah kadangkala lebih layak dan mampu.

Bagi saya sebagai pemimpin Benedict XVI atau nama sebenarnya Joseph Ratzinger mengutamakan kepentingan penganut Roman Katolik mengatasi kepentingan dan kedudukan peribadinya.
Kalau sudah tidak berupaya, tidak memiliki kekuatan fizikal seperti 10-20 tahun lalu. Lebih baik lah kita memberi laluan kepada yang lebih berupaya.

Walaupun beliau pemimpin agama lain, saya menghormati pendiriannya. Dalam Islam pun Rasulullah saw memimpin walaupun sehingga akhir hayat tetapi usianya sekitar 63 tahun. Begitu juga Abu Bakar dan Umar melainkan Ali yang terbunuh di usia muda.
Di Malaysia, bekas PM Tun Dr Mahathir yang licik politiknya bersara pada usia 78 tahun, dan penggantinya Tun Abdullah terpaksa memikul kelemahannya dan akhirnya BN hilang 2/3 majoriti ditangan Dollah angkara kegagalan Mahathir. Tun Hussien Onn melepaskan jawatannya pada usia 59 tahun dan Tunku pula pada usia 68 tahun. Tun Razak meninggal sebagai PM pada usia 54 tahun.

Kesimpulannya mana-mana pemimpin pun yang paling baik antara mereka sudah pastilah yang tahu sendiri bila masanya untuk mengundurkan diri, sebagaimana kisah Pope di atas.

 

Biarkan Yong Teck Lee (12/2/13)


Saya menelaah dengan penuh kebimbangan kenyataan Presiden SAPP sebuah parti politik di Sabah, Yong Teck Lee. Yong bekas Ketua Menteri Sabah dilaporkan berkata bahawa keutamaan parti beliau adalah berjuang menuntut autonomi bagi negeri Sabah. Beliau mahukan segala urusan dan pentadbiran Sabah di putuskan sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sabah dan bukannya dari KL (atau Putrajaya).
Kenyataan ini beliau keluarkan ekoran tarik-tali antara parti beliau dan Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU ke 13 di Sabah. Dahulunya SAPP berada di bawah payung BN.

Ternyata Yong memiliki agenda yang tidak sihat dalam ememupuk perpaduan nasional khasnya sesame kita semua rakyat Malaysia. Bayangkan jika idea ini juga mahu diterapkan di Perlis. Kelantan, Pulau Pinang, Johor dan seumpamanya.
Mungkin tuntutan Yong ini tidak bertentangan dengan amalan demokrasi, tetapi sebagai rakyat Malaysia yang percaya pada sistem Federalisama yang telah berdekad-dekad kita semua dakapi dan terima dengan harmonis, sudah pasti ianya tidak dapat diterima.

Mana hilangnya semangat toleransi, integrasi yang telah sekian lama kita perjuangan bersama. Berjuang untuk kepentingan anak negeri di Sabah, mahukan pembangunan seimbang antara Sabah dan Semenanjung Malaysia, pembahagian ekonomi yang seimbang mungkin berasas tetapi autonomi ini sesuatu yang hanya diperjuangkan oleh mereka yang telah didiskriminasi secara total, ditekan sebagaimana di Selatan Filipina atau Thai.
Kesimpulannya tidak payahlah mana-mana pihak termasuk PR berunding dengan mereka yang seumpama ini, ianya bakal merugikan dan tidak dapat diterima rakyat jelata.

Biarlah Yong dan kuncu-kuncunya bermimpi di siang hari dengan agenda mereka itu. SAPP pun sebenarnya sudah semakin pudar dan hilang pengaruh di Sabah, biarlah Yong dengan labu-labunya.

Friday, February 08, 2013

Benci pencetus huru-hara (8/2/13)


Sekali lagi saya mengesan seakan ada satu agenda jahat dalam portal Malaysian Insider khasnya terhadap Islam.
Saya tidak bermaksud menyebelahi mana-mana pihak dalam isu ini secara peribadi sebagai seorang Muslim oleh kerana terlalu banyak pandangan ulamak Islam yang negatif dalam isu Valentine’s Day ini, maka wajarlah sebagai seorang Muslim kita akur.

Dalam Islam pandangan ilmuan Islam khasnya para ulamak mengatasi pandangan dan sikap peribadi, itulah disiplin dalam Islam samada suka atau tidak, samada diterima atau tidak oleh pandangan universal, tafsiran sekular, liberal dan seumpamanya.
Tetapi saya perhatikan buat kali kedua portal ini mensensasikan di dadanya isi kandungan khutbah Jumaat, seakan mahu menyalakan api kemarahan seakan mahu mengundang komen-komen jahat dan sinis semuanya nanti terhadap Islam.

Muslims told at Friday prayers to “hate” Valentine’s Day
Umat Islam diseru semasa solat Jumaat (khutbah) untuk “membenci” Valentine’s Day


Apa agenda Malaysian Insider? Ini jawabannya, sila perhatikan beberapa komen di bawah posting mereka:
1) This is beginning to sound like kim jong un's north korea

2) Hahahaha....what a joke? No wonder Malaysia Is spending money unnecessarily on salary for this Jakim staff....hopeless fellows.
3) Religion of peace?

4) Valentine's Day has become a favorite annual whipping boy of religious fanatics, nutcases and lunatics of every stripe. Here it is the fellers parroting Jakim sermons while in India it is the saffron clad loonies touting Hindu supremacy.
Kenapa mahu mencetuskan kritikan, terhadap Islam? Tiadakah lagi tinggal sensitiviti dalam jiwa kita dalam keghairahan kita mahu mengejar kebebasan dan hak bersuara?

Maaf tetapi saya tiada hormat pada mereka yang mahu mencetuskan huru-hara walau dalam cara halus sebegini.

Tuesday, February 05, 2013

Isu kalimah Allah - Jangan bermain api (5/2/13)


Saya membaca kenyataan terbaru dari The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) berkenaan isu kalimah “Allah” dengan penuh kebimbangan malah kadangkala mengecewakan.
MCCBCHST mempertikaikan larangan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, (sebenarnya dalam terjemahan kitab Bible dalam Bahasa Malaysia), dan menganggapnya sebagai suatu usaha untuk membendung dan mengekang hak masyarakat bukan Islam ke atas agama dan kepercayaan mereka. Dalam kenyataan terbaru mereka, disebutkan:

“This unhealthy practice could also lead to unwanted social repercussions and tensions between communities” (Amalan tidak sihat ini, boleh mencetuskan kesan tindakbalas sosial yang tidak dikehendaki dan menyemarakkan ketegangan antara masyarakat).
Adakah bantahan masyarakat Islam Malaysia terhadap penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam, dalam kes ini terhadap terjemahan kitab Bible itu suatu amalan yang “tidak sihat”? Adakah kebimbangan terhadap tercetusnya kekeliruan, terhadap terjemahan yang tidak tepat itu sesuatu yang tidak sihat?

Sesungguhnya keenganan pihak tertentu dalam menerima kenyataan, dan bertolak ansur terhadap sesuatu yang jika dibiarkan bakal mengundang masalah yang lebih besarlah itulah sebenarnya punca menyemarakkan ketegangan antara masyarakat.
Saya tidak tahu bila isu ini akan reda. Saya tidak tahu bila semua pihak boleh bertolak-ansur dan memikirkan dari sudut yang lebih besar dan positif.

Masyarakat Islam Malaysia termasuklah istana, pihak berkuasa agama, ahli akademik, parti-parti politik, NGO dan seumpamanya telah bersuara menyatakan kebimbangan mereka. Tiba-tiba menyuarakan kebimbangan itu dianggap amalan yang tidak sihat, sesuatu yang boleh mencetuskan ketegangan, maka saya kira isu ini sudah menjadi terlalu parah dan tidak akan menguntungkan sesiapa.
Kembalilah kepada rasional, kembalilah kepada semangat tolak-ansur dan persefahaman yang telah dibina sekian lama antara masyarakat berbilang kaum di Negara ini malah puluhan tahun sebelum Merdeka lagi.

Kalau kita tidak dapat berbuat demikian, maka isu ini akan membakar perpaduan antara kita dan sampai bila-bila tidak akan reda tetapi semakin bersemarak bahangnya. Cukup-cukuplah.

Monday, February 04, 2013

Jadilah pendakwah bukan penghukum (4/2/13)


Ada ketikanya kita melihat diri kita ini sempurna (perfect), walaupun mungkin kita tidak sedar. Kita melihat yang lain disekeliling kita cacat, tak lengkap, tidak sempurna.
Lalu kita mudah membenci, memandang rendah orang lain.

Kita menganggap apa yang ada pada kita yang terbaik, samada ilmu, harta, rupa, kelakuan , kedudukan, pangkat, gelagat dan perangai. Orang lain yang tidak seperti kita buruk belaka. Lalu kita tidak sedar kita sebenarnya sudah menjadi hakim, menghakimi orang lain, malah terkadang kita bukan sahaja menjadi hakim malah pendakwa sekali, kita mendakwa seseorang dan kita juga menghukumnya.
Pada mata kita mereka yang tidak seperti kita semuanya jahil belaka.

Sedangkan kita sesungguhnya diajar oleh Rasulullah saw untuk menjadi pendakwah, mengajak, mengajar, memberi contoh kepada yang lain. Jika ada yang mahu dengar Alhmadulillah, jika ada yang mahu ikut Ahmadulillah, jika ada yang menolak, tidak bersedia, belem boleh terima, sepatutnya kita tidak berputus asa, cuba lagi, doakan agar lembut hatinya.
Kalau setelah berdakwah, gagal, kita lepas tangan, maka sudah pasti tiada lagi penduduk yang menghuni Bandar Taif pada hari ini, bandar 100km dari Kota Mekah, kerana apa? Kerana penduduknya lebih 1383 tahun dahulu sudah pasti telah maut semuanya di hempap gunung-gunung batu dikeliling Mekah oleh Jibril a.s

Rasulullah saw pernah ke sana ketika itu, berdakwah mengajak penduduk Taif mengikut Islam. Sudahlah mereka menolak dengan keras, mereka perintahkan pula anak-anak mereka merejam Baginda dengan batu, dihalau keluar, sehingga berdarah tubuh Rasulullah yang mulia itu.
Akibatnya menurut sirah, datang malaikat Jibril a.s dan para malaikat yang menjaga gunung. Jibril memohon dari Rasulullah agar diberikan kebenaran kepadanya mengarahkan malaikat penjaga gunung tadi agar merejam dan menghempap penduduk Taif dengan gunung-gunung batu yang pejal kerana mencederakan tubuh Baginda.

Apa kata Rasulullah saw:
‘Tidak! Bahkan saya mengharap mudah-mudahan Allah mengeluarkan dari keturunan mereka orang yang menyembah kepada Allah dan tidak menyekutukan dengan sesuatu pun’.

Demikianlah besarnya salah kita kalau nak dibandingkan dengan besarnya kemuliaan Rasulullah saw.
Ramai yang menguasai ilmu dikalangan kita, ramai yang ahli ibadah dikalangan kita, malangnya tidak ramai yang memiliki keupayaan berdakwah sebagaimana Rasulullah saw.

Kita mudah memandang rendah orang yang tidak seperti kita, kita mudah membenci orang yang tidak seia dengan kita, kita mudah memusuhi orang yang tidak percaya atau mengikuti kita. Kerja kita menghukum, menghukum dan menghukum.
Bayangkan kalau kita juga boleh mengarahkan malaikat penjaga gunung sebagaimana Rasulullah saw, habis ranap bumi ini!

Allah swt berfirman dalam al Quran:
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.” ( Al hujurat : 12 )

Syeikh Abdul Qadir Jailani dalam mengulas ayat ini ada menyebut antara lain:
Jika kamu bertemu dengan seorang yang jahil (tidak berilmu), maka katakanlah (dalam hatimu) : “Orang ini bermaksiat kepada Allah kerana dia tidak tahu, sedangkan aku bermaksiat kepadaNya padahal aku mengetahui akibatnya. Dan aku tidak tahu bagaimana akhir umurku dan umurnya kelak. Dia tentu lebih baik dariku.”

Mudah-mudahan jadilah kita semua dikalangan yang terbaik yang sentiasa tidak putus dari mencontohi akhlak dan kemuliaan Rasulullah saw……..

 

Sunday, February 03, 2013

Tak sabar nak berpilihanraya (3/2/13)


Semua pihak sedang memperkatakan darihal Pilihanraya Umum (PRU) ke 13 yang sudah pasti dipanggil (Parlimen bubar) sebelum atau pada bulan April 2013. Ianya sudah pasti akan berakhir selepas barangkali berakhir proses pilihanraya tersebut yang enath apa kesudahnnya, hanya Allah swt yang tahu.
Sebentar tadi saya sempat berada di sebuah warung kopi di kampong ayah saya di Kg Assam Jawa dalam parlimen Kuala Selangor. Duduk minum dengan kawan-kawan anak tempatan lalu datang minum sekali tiga orang anak tempatan Cina. Seorang merupakan peyokong tegar Pakatan Rakyat, seorang mendakwa dirinya ahli MCA tetapi menyokong PR dan seorang lagi pemimpin MCA tempatan.

Mereka dan anak tempatan lain yang berada di meja saya itu kesemuanya penyokong akar umbi peringkat terbawah.
Masing-masing ghairah bercerita begitu begini siap dengan ramalan masing-masing. Saya tidak banyak menyampuk sekadar mendengar, menarik mendengar sendiri denyut jantung akar umbi sebenar ini. Kadang-kadang apa yang kita baca dan dengar samada di media perdana mahupun alternatif, semata-mata mahu melepaskan kepentingan politik dan citarasa pemilik dan “political master” masing-masing, tidak malah terkadang tersasar jauh dari persepsi, bacaan dan citarasa pengundi peringkat akar umbi dan tempatan.

Ternyata rakan-rakan saya petang tadi samada yang pro BN mahupun pro PR kesemuanya telah matang dalam berpolitik dan membaca politik. Maklumlah kita sudah mahu masuk 13 kali pilihanraya, sudah pasti rakyat semakin dewasa, matang dan cerdik.
Rata-rata mereka semua mahu kebaikan buat Negara ini. Jangan ada gaduh-gaduh kata salah seorang.

Yang jelasnya pengharapan atau “expectation” politik rakyat diperingkat akar umbi juga tinggi. Mereka sudah berani menilai pemimpin ini baik pemimpin ini tidak, wakil rakyat ini bekerja wakil rakyat ini tidak. Kerana itu semua pihak perlu berhati-hati dalam meletakkan calon jika berhasrat mahu menang.
Parti-parti yang bertanding jangan menganggap perjalanan kali ini mudah. Jangan tangkap muat, jangan “over confident” kerana rakyat sesungguhnya sudah semakin matang.

Akhbar The Star hari ini menjangkakan PRU ke 13 yang bakal tiba akan menjadi yang paling hangat dalam sejarah pilihanraya dalam Negara. Baguslah kalau hangat itu bermakna rakyat bebas sebenar-benarnya membuat pilihan, rakyat yang merupakan penentu tidak dipaksa, tidak dimomok, tetapi menjadi Raja pada hari mengundi membuat keputusan dan pilihan sendiri.
Semoga semuanya berjalan dengan baik dan lancar, apa pun Negara kita terus aman dan tiada berbalah sebagaimana dunia lain, pohon dilindungi oleh Allah swt.