Tuesday, May 09, 2006

Hari penamaan calon DUN Sarawak

Hari ini adalah hari penamaan calon bagi Pilihanraya Umum DUN Sarawak kali yang ke 9.

Calon-calon dari parti-parti politik samada BN, pembangkang mahupun Bebas dijangka memfailkan kertas pencalonan masing-masing antara jam 9 ke 10 pagi sebelum pengisytiharan dibuat oleh SPR mengesahkan samada terdapat pertandingan ataupun tidak di 71 kerusi yang membentuk DUN Sarawak itu (Sarawak memiliki bilangan kerusi DUN yang terbanyak di Malaysia).



BN dijangka seperti biasa akan mencatat kemenangan besar memandangkan sebagaimana biasa segala saluran media perdana akan dieksploitasi sepenuhnya untuk memastikan kejayaan mereka.

Malah disaat saya menulis ini RTM sedang menyiarakan siaran secara langsung dari Sarawak dan para juruhebah yang membat liputan rata-rata menyanyikan lagu yang enak-enak apabila sahaja mengulas apa sahaja berkenaan BN samada calonnya, perarakan mereka ke pusat penamaan calon ataupun barisan kebinet negeri.

Sementara itu sebagaimana diumumkan Ketua Menteri Sarawak Datuk Hj Abd Taib Mahmud, 70 tahun yang juga Presiden PBB (komponan BN Negeri) sekali lagi akan bertanding dalam PRU ini.

Beliau menjawat jawatan KM Sarawak pada tahun 1981 iaitu sudah mencecah 25 tahun menjadikan beliau Ketua Negeri yang paling lama menjawat jawatan pada ketika ini.
Selain pencapaian beliau diperingkat negeri, Taib merupakan satu-satu Ketua Negeri yang anaknya memiliki Publkic Listed Company malah memiliki bank perdagangan sendiri (lebih hebat dari anak PM Dollah Badawi).

Demikianlah cekapnya pemimpin-pemimpin BN apabila diberi amanah oleh rakyat untuk memerintah, serupa sahaja di Sarawak ata mana sahaja negeri di Malaysia.

Selamat berkempen dan mengundi kepada rakyat Sarawak, buatlah pilihan dengan penuh bijaksana.

Monday, May 08, 2006

Umno lahirkan budaya si bisu

Datuk Shahrir bertindak menyokong usul Ketua Pembangkang kerana menyangkakan ianya satu usul yang bakal mempertahankan integriti dan kewibawaan dewan. Kini beliau menjadi mangsa.

Bekas PM Tun Dr Mahathir mengeluarkan surat terbuka dan membuat teguran terhadap beberapa isu yang melibatkan negara. Lalu beliau disuruh duduk diam-diam dan tak perlu bersuara.

Dalam kes Datuk Shahrir menurut Presiden Umno yang juga PM:

Saya tidak akan menghalang sekiranya Datuk Shahrir ingin membawanya lagi pun perkara ini berkaitan dengan Parlimen. Tapi oleh sebab ada hubung kait dengan prinsip kita tak sokong usul pembangkang, mungkin dia nak bawa, terserah kepada dia (Shahrir).

Bermakna Datuk Shahrir berdosa kerana bersuara melalui saluran pembangkang. Walaupun yang disuarakan itu perkara hak dan benar namun kerana ianya melalui saluran pembangkang maka yang hak pun akan dilihat bathil.

Begitulah juga dalam kes Tun Dr M, selaku bekas PM dan atas rasa bertanggungjawab kepada rakyat maka beliau terus menyuarakan pandangannya dalam isu-isu tertentu, terakhir berkenaan jambatan menggantikan Tambak Johor. Tiba-tiba usahanya itu dilihat sebagai suatu ancaman.

Menteri di JPM Nazri Aziz telah menyerang Tun di Parlimen atas kenyataan beliau itu baru-baru ini.

Menurut Nazri Tun sepatutnya menepati janjinya untuk tidak campurtangan dalam pentadbiran kerajaan setelah bersara. Bermakna walaupun ada perkara-perkara yang benar dan melibatkan kepentingan rakyat tetapi memandangkan Tun telah bersara, tak perlulah beliau campurtangan.

Apakah jenis budaya yang mahu dilahirkan oleh Umno melalui perkembangan ini?

Saya kira budaya songsang dan tidak sihat ini bertentangan sama-sekali dengan demokrasi dan hak bersuara yang sepatutnya dirai dan dijuarai oleh Umno. Apakah akan jadi kepada masyarakat kiranya trend ini dikekalkan?

Seorang sahabat memaklumkan kepada saya semasa hadir dalam satu majlis forum anjuran sebuah bahagian Umno di Johor baru-baru ini, Tan Sri Sanusi Junid ada berkata antara lain:

Kalau bodoh boleh diajar tetapi kalau dah penakut, memang payah dan tak boleh lagi dibentuk.

Sunday, May 07, 2006

Dollah Badawi: Wira dicemuh sipenjenayah dilepaskan

Kes perletakkan jawatan Datuk Shahrir Samad sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan ataupun BBC di Dewan Rakyat terus mendapat perhatian.

Kata Shahrir beliau meletakkan jawatan atas dasar prinsip dan mempertahankan integriti Parlimen. Saya bersama-sama jutaan rakyat Malaysia mengucapkan syabas dan memberi tabik hormat kepada beliau di atas keberaniannya. Malaysia sudah semakin tandus pemimpin jenis sebegini sejak akhir-akhir ini.

Yang kita faham, mencetuskan permasalahan ini adalah ahli Parlimen Umno dari Jasin, kerana meminta pihak Kastam TUTUP SEBELAH MATA ke atas kes yang melibatkan pelanggan beliau (ini bukan kes memperjuangkan kebajikan rakyat ataupun penduduk kawasan, ini kes kepentingan peribadi).

Tiba-tiba yang masuk ke kandang orang salah adalah Datuk Shahrir!

Tadi pun semasa sidang akhbarnya PM Dollah Badawi semacam marah-marah pada Shahrir. Kata beliau semua pihak perlu menghormati prinsip parti.

Apakah dalam hal ini Shahrir membelakangi prinsip partinya? Parti jenis apa yang membela orang yang menyalah-gunakan kuasa?

Yang menjadi wira dicemuh, sipenjenayah ketawa berdekah-dekah.

Maaf tiada UPDATE

Maaf kerana tidak sempat UPDATE Blog ini sejak beberapa hari lalu.

Terlalu banyak perkembangan yang berlaku yang menganggu ketenteraman hidup, saya terima semuanya sebagai dugaan dari Allah swt. Mudah-mudahan diberikan Nya kesabaran untuk mengharungi hidup ini seterusnya.

Insyallah pada 20 Mei 2006 ini genaplah dua tahun usia BLOG ini.

Terima kasih di atas sokongan anda semua. Semoga Allah swt mengurniakan kekuatan untuk saya agar terus dapat mencatatkan pandangan saya di sini, perjuangan perlu diteruskan.

Demokrasi kuku besi di Singapura

Sekali lagi parti pemerintah PAP ataupun Peoples Action Party pimpinan Lee Hsien Loong diberikan mandat besar dalam Pilihanraya Umum Singapura iaitu bagi kali yang ke 10 sejak Singapura berpisah dari Malaysia.



PAP telah memenangi 82 dari 84 kerusi termasuklah 37 yang dimenanginya tanpa bertanding pada hari penamaan calon.

Parti-parti pembangkang yang terdiri dari Workers Party (WP), Singapore Democratic Party (SDP) dan Singapore Democratic Alliance (SDA) walaupun telah mencuba sedaya upaya namun belum memiliki kekuatan untuk menyaingi pengaruh besar PAP yang telah bertapak sekian lama di Negara pulau tersebut.


Chiam See Tong

Dua calon pembangkang yang menang adalah Chiam See Tong dari SDA yang berjaya mempertahankan kerusi Potong Pasirnya dengan memperolehi 55.8 peratus undi mengalahkan pencabarnya dari PAP. Manakala di kerusi Hougang, etiausaha Agung WP, Low Thia Kang berjaya mempertahankan kerusinya setelah mengalahkan calon PAP dengan memperolehi 62 peratus undi.


Low Thia Kang

Yang jelasnya Singapura merupakan antara negara demokrasi dirantau ini yang paling mengekang dan mengongkong kebebasan bersuara, satu jenis amalan demokrasi yang mirip kuku besi iaitu hampir serupa dalam beberapa kedaan dengan apa yang diamalkan di Malaysia. Ini jauh sekali berbeza dengan amalan demokrasi di Thailand, Filipina dan Indonesia.

Di Singapura tanggungjawab mengundi itu diwajibkan ke atas semua warganegaranya. Media di Singapura saling tak tumpah bagaikan media Malaysia, dimana ianya di bawah kawalan parti pemerintah dan jarang-jarang sekali memberikan liputan kepada suara pembangkang.

Kerana itulah kita saksikan buat pertama kalinnya BLOGGERS di Singapura telah menggunakan BLOG masing-masing bagi menyampaikan mesej parti pembangkang kepada para pengundi. Antara tindakan awal kerajaan menyekat arus dunia tanpa sempadan ini adalah dengan mengharamkan siaran bersuara ataupun PODCAST melalui laman-laman web parti-parti pembangkang (tak tahulah kalau SPR di Malaysia mahu mengikut jejak langkah rakan sekuku besinya itu nanti).

Sekurang-kurangnya di Singapura semasa tempoh berkempen, rapat-rapat umum dibenarkan termasuklah yang diadakan di stadium-stadium dan padang-padang terbuka.

Di Singapura kejamnya parti pemerintah sehinggakan tokoh-tokoh pembangkang yang vokal sering diambil tindakan yang melibatkan saman malu sehingga berjuta-juta ringgit. Antara tokoh yang dibankrapkan akibat tindakan ini dan oleh itu tidak layak bertanding adalah JB Jeyaratnam dan Dr Chee Soon Juan.

Sebagaimana di Malaysia, PAP (yang barangkali belajar dari rakannya di seberang Tambak Johor) juga terlibat dalam menaburkan janji dan imbuhan kewangan kepada rakyatnya semasa berkempen merayu undi. Antaranya adalah janji geran pengubahsuaian perumahan (housing upgrading grants) berjumlah 180 juta Dolar Singapura khasnya kepada kawasan-kawasan pembangkang.

Apa pun undi popular PAP telah berjaya dikurangkan iaitu dari 75 peratus yang diperolehi pada pilihanraya tahun 2001 lalu (semasa diketuai Goh Chok Tong) kepada 67 peratus. Kempen-kempen parti pembangkang mula dibanjiri rakyat jelata walaupun belum mampu diterjemahkan kepada undi yang bermakna.

Yang pentingnya walaupun disekat, ditekan dan dikekang rakyat Singapura tetap menyuarakan hak mereka, di Malaysia bagaimana? Akan adakah harapan itu contohnya di Sarawak nanti?

Wednesday, May 03, 2006

Kerajaan dunia pertama tapi Menterinya dari dunia ketiga

Telah terbukti hanya BN sahaja yang boleh melaksanakan janji-janji pembangunan, demikianlah antara ucapan Presiden MCA, Ong Ka Ting ketika majlis perjumpaan dengan wakil-wakil Persatuan-persatuan Cina tempatan di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini.

Kata Ka Ting masyarakat Cina Kelantan perlu mengkaji apakah pencapaian kerajaan PAS selama lebih 10 tahun ia memerintah (sebenarnya PAS telah memerintah hampir 16 tahun 1999 ke 2006)

Kata Ka Ting lagi PAS ternyata tidak mampu membawa pembangunan walaupun telah lebih sedekad memerintah.


Gambar PERAKAN

Benarkah sedemkian? Teruk sangatkah kerajaan PAS itu?

Saya kira rakyat Kelantan samada keturunan Cina ataupun Melayu, lebih bijak membuat kajian dan analisa dan meeka tidak memerlukan orang luar seperti Ka Ting untuk mengajar mereka bagaimana cara-caranya berpolitik.

Cuba kita teliti beberapa angka dan pencapaian berikut supaya dapat kita menilai tuduhan Ka Ting itu:

TAHAP KEMISKINAN DI KELANTAN

1990: 29.5% (tahun PAS mengambil-alih pemerintahan dari Umno/BN)
1999: 18.7% (9 tahun Kelantan di bawah PAS)
2002: 12.4% (Kelantan masih bawah PAS)

(Kalau kita baca Sunday Times baru-baru ini di Kedah, Daerah Sik sahaja dilaporkan 30% penduduknya terdiri daripada rakyat miskin dengan separuh dari isirumah penduduk Sik berpendapatan kurang dari RM750.00 sebulan! Kedah dulu, kini dan entah sampai bila berada dalam genggaman BN)

PEMBALAKAN DI KELANTAN

1980 -1990:
611 850 hektar hutan dibalak. Hasilnya RM341 juta ataupun RM567 se hektar
(Tempoh 11 tahun ini Kelantan berada di bawah Umno/BN)

1991–2005:
423 296 hektar hutan dibalak. Hasilnya RM941.7 juta ataupun RM2 225 se hektar
(Tempoh 15 tahun ini Kelantan berada di bawah PAS)

(Di bawah PAS hutan yang dibalak kurang, tetapi hasil yang diperolehi besar, bagaimana?)

BEKALAN AIR

(Bagi tahun 2002)

Air di Kelantan:
Tarifnya RM0.31 sen se meter padu. Kos operasi RM 34 juta. Hasil RM 46 juta. Keuntungan 26%

Air di Selangor (Negeri Maju)
Tarifnya RM0.72 sen se meter padu. Kos operasi RM1.3 billion. Hasil RM861 juta.
Keuntungan -104%

(Tarif air di Kelantan adalah antara yang terendah di seluruh Malaysia)

Seterusnya dari segi pentadbiran kerajaan PAS cuba menghayati pentadbiran Islam sebagai modelnya. Penghayatan spiritual bagi menangani masalah sosial ditekankan oleh Menteri Besarnya (sila lihat wawancara bersama Faisal Tehrani: Siasah) dan ternayata pendekatan ini gaal ataupun tidak diberi perhatian oleh negeri-negeri lain.

Ka Ting cuba menggambarkan kononnya betapa tidak cekap dan tidak mahirnya kerajaan PAS Kelantan mentadbir negeri tersebut sehinga menjejaskan kehidupan rakyatnya. Kata beliau terbukti hanya kerajaan negeri yang partinya diwakili diperingkat Persekutuan sahaja mampu mentadbir dengan baik, betulkah kenyataan itu?

Kenyataan ini saya kira tidak padan jika datangnya dari seorang Menteri yang mewakili kerajaa yang cuba menonjolkan imej dunia pertama. Di dunia pertama keputusan rakyatnya dihormati dan tidak terdapat diskriminasi atau sabotaj ekonomi sesama kerajaan dalam satu persekutuan sebagaimana menjadi amalan dan kelaziman di negara kita.

Kasihan Malaysia, PM nya konon mahu tonjolkan imej negara dunia pertama, tetapi para menteri dan pemimpinnya beku dengan wajah dan pemikiran dunia ketiga.

Tuesday, May 02, 2006

Islam jadi haru-biru angkara si jahil

Nampaknya polemik perlakuan sumbang dan lucah di khalayak ramai terus-menerus menjadi bertambah serabut dan haru-biru, sehingga seolah-olah menampakkan persepsi yang songsang dan keliru terhadap Islam.

Asalnya isu moral yakni yang melibatkan akhlak samada di tempat awam mahupun sebaliknya begitu jelas dalam Islam. Samada pihak PBT mahu menurut interpretasi Islam ataupun tidak itu perkara kedua, namun dalam Islam sebagaimana yang ditegaskan oleh Mufti Perak bahawa:

Kelakuan tidak sopan tidak semestinya bogel saja, bercium dan sebagainya boleh dianggap tidak sopan juga. Jadi, pengertiannya perlulah tepat.

Masalahnya timbul apabila sesama Islam sendiri tidak faham dan jelas akan hukum-hakam agama sehinga mencetuskan pandangan peribadi yang jauh tersasar dari yang sebenarnya termaktub dalam hukum.

Inilah yang selalu mengakibatkan Islam dipandang serong oleh pihak bukan Islam, iaitu apabila kalangan individu atau kumpulan yang beragama Islam berani menokok-tambah hukum menurut akal fikiran dan selera masing-masing.

Dalam akhbar THE STAR Jumaat lalu contohnya Datuk Bandar Ipoh mengatakan:

Personally I think it is okay. I understand young couples. I have been in love before too, and there is nothing wrong with holding hands.

Bayangkan jika masing-masing Datuk Bandar atau Yang Dipertua Majlis memberikan tafsiran mengikut pandangan dan pemahaman masing-masing. Ini baru Datuk Bandar Ipoh, bagaimana kalau ada YDP Majlis pula berpandangan tidak salah bercium di khalayak ramai, kerana beliau pun sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama?!

Dalam hal Datuk Bandar Ipoh ini saya rasa Datuk Mufti Perak perlu memanggil beliau untuk diberikan nasihat dan kaunseling sebelum banyak lagi kekeliruan yang haru-biru beliau keluarkan.

Islam kini menjadi bahan gurauan dan sepak-terajang bukan kerana bikinan masyarakat bukan Islam tetapi akibat kejahilan umatnya sendiri.

Dalam hal ini elok sangatlah kita renungkan hadis Rasulullah saw yang berbunyi:

Bahawa Isa a.s bersabda, Sesungguhnya semua perkara itu terbahagi kepada tiga. Iaitu perkara yang jelas baimu kebenarannya, oleh itu ikutilah ia. Perkara yang jelas bagimu kesalahannya, oleh itu jauhilah ia. Perkara yang dipertikaikan oleh itu serahkanlah kepada yang mengetahui.