Umat Islam termasuklah di
Malaysia bakal merayakan Hari Raya Aidil Fitri pada tanggal 1 Syawal tidak
berapa hari lagi. Setelah satu bulan menjalani ibadah puasa, berlapar dan
berdahaga serta menumpukan pada ibadah di malam hari maka tibalah waktu untuk
bergembira, setelah berjaya menjalankan perintah Allah swt dengan penuh tekun
dan berdisiplin sepanjang Ramadhan.
Umat Islam di Malaysia dijangka
mengambil kesempatan bercuti ini untuk pulang ke kampung halaman masing-masing
berhari raya dengan kaum keluarga dan sanak-saudara. Masing-masing bakal
bertumpu di kampung halaman di Utara, Selatan, Pantai Timur dan Barat selain
Sabah dan Sarawak.
Diharapkan semua kita
berhati-hati apabila pulang ke kampung masing-masing. Pandu dengan cermat dan
pastikan keselamatan masing-masing terutama apabila menggunakan jalan dan lebuhraya
untuk bertemu yang dikasihi.
Sesungguhnya kita masing-masing
punya misi besar apabila berkumpulnya kaum keluarga dan berkunjung-kunjung ke
rumah kenalan dan sanak-saudara di Hari Raya nanti. Hari Raya ini kelak adalah
yang terakhir sebelum Pilihanraya Umum ke 14 nanti.
Maka pergunakanlah kesempatan
Hari Raya ini untuk meyakinkan semua pihak akan betapa perlunya PAS diberikan peluag,
kepercayaan dan keyakinan dalam PRU kali ini, kerana masalah kronik dan tenat
yang sedang melanda rakyat dan negara hari ini tidak kelihatan akan pulih atau
berubah melainkan kita semua bangkit dan kembali kepada Islam.
Pada 1 Syawal nanti kita
masing-masing akan menggemakan bumi dengan laungan takbir yang maksudnya
termasuklah:
“Tiada Tuhan melainkan Allah, dan
tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, kami ikhlas kepadaNya (mengikuti
ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir”
Lantas melihatkan keadaan hidup
kita pada hari ini wajarlah kita semua menjadikan maksud takbir itu sebagai
pedoman hidup kita terutama apabila tiba PRU nanti. Dan kesempatan berkumpul
Hari Raya inilah kesempatan terbaik untuk kita masing-masing menyedarkan selain
ingat-mengingati sesama yang tersayang bahawa masa untuk berubah telah datang.
PAS terbukti telah berjaya
menzahirkan ciri-ciri kepimpinan Islam yang sebenar. Wakil-wakil rakyat PAS
samada di Kelantan, Selangor, Terengganu, Kedah mahupun negeri-negeri lain
jelas telah menjiwai dan mempamirkan corak kepimpinan Islam yang sebenar dan
kualiti inilah yang perlu kita ambil kira apabila menentukan saf kepimpinan
negara dan negeri dalam PRU nanti.
Negara perlukan kepimpinan yang
jujur dan bertaqwa, yang meletakkan kepentingan Islam mengatasi yang lain-lain.
Bukannya pemimpin yang menggunakan kedudukan dan kuasa untuk kepentingan kaum
keluarga, mengayakan diri atau menegakkan apa-apa agenda peribadi.
Kita sudah sekian lama mencuba,
ternyata pemimpin yang telah kita berikan kepercayaan selama ini semuanya gagal
sehingga mengakibatkan keadaan hidup kita pada hari ini menjadi terus sempit
dan mendukacitakan. Negara dipalit dengan pelbagai skandal dan rasuah serta
salahguna kuasa yang berleluasa.
Negara kita yang kaya hasil bumi
selain pesat industrinya ini punya potensi untuk terus maju dan berjaya dengan
melimpahkan kesejahteraan berpanjang pada rakyat jelata, tetapi syaratnya ia
perlu diketuai dan ditadbir oleh pemimpin yang benar-benar adil dan bersih.
Di sinilah kita semua berperanan
untuk membuka mata hati setiap yang kita temui sepanjang musim Hari Raya ini
bahawa rakyat jangan lagi mengulangi kesilapan yang lampau sehingga
memperjudikan kehidupan kita semua. Tetapi pergunakanlah kuasa yang diberikan
nanti dengan mengambil kira nasib dan masa depan rakyat dan negara.
Gejala keganasan, buli, buang
anak, zina dan keruntuhan akhlak semakin menjadi-jadi. Ada pihak lebih gemar
mempolitikkan insiden malang ini dengan menyalahkan pihak lawan, sedangkan
puncanya adalah pembetukan akhlak dan keperibadian yang lemah dan sambal lewa
dalam jiwa kita masing-masing.
Jika pemimpin yang diberi amanah
adalah’
dikalangan mereka yang berakhlak dan bertaqwa,
niscaya rakyat yang dipimpin juga akan terdorong untuk mengikuti keperibadian
pemimpinnya itu. Pepatah Arab ada berkata: “ An-Naasu 'ala Diini
Muluukihim" maksudnya “Rakyat itu mengikuti agama (keperibadiaan) pemimpin
mereka” dalam erti kata lain rosaknya rakyat lantaran rosak dan pincang para
pemimpin yang diberi amanah.
Sistemnya perlu diubah, dan
Islamlah formulanya dan tiada yang lain.
Ini bukan masanya untuk kita
mencuba-cuba dengan idea liberalis, atau puak-puak sekular dan rasis yang hanya
mahu menggantikan kepincangan yang ada semata-mata kerana tamakkan kuasa.
Akhirnya mereka juga akan turut pincang sebagaimana sipincang yang mereka
gantikan.
Jangan kita hanyut jauh dari
Islam yang Allah pelihara dan muliakan.
Mudah-mudahan berbaki semangat
Ramadhan yang ada dan menjelang Aidil Fitri yang mulia, kita semua khususnya
umat Islam akan insaf dan kembali mendambakan pertolongan Allah swt untuk
membawa kita keluar dari kemelut yang ada ini.
Takbir Hari Raya yang bakal kita
laungkan bersama jutaan umat Islam seluruh dunia tanggal 1 Syawal nanti jangan
sekadar syahdu dan berlagu-lagu kerana ia sesungguhnya turut bermaksud:
“Tiada Tuhan melainkan Allah Yang
Esa, yang menepati janji Nya, yang menolong hamba Nya, dan yang memuliakan
tentera Nya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya)”
Semoga menjelang pilihanraya umum
ke 14 nanti umat Islam di Malaysia kesemuanya bersedia untuk sederap kembali
“Sejahtera Bersama Islam” dengan melonjak dan menaikkan calon-calon PAS demi
masadepan yang baik buat Malaysia.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri. ,maaf zahir dan
batin. roslansms@gmail.com