Kemana-mana kita pergi hari ini rakyat jelata dari semua lapisan
masyarakat akan mengeluh berkenaan kenaikkan kos hidup yang semakin menekan dan
menghimpit kehidupan mereka masing-masing. Bebanan ini berbeza-beza mengikut
kelas masyarakat namun umumnya ia diakui sebagai satu malapetaka.
TV3 umpamanya sedang satu dua hari ini menyiarkan tentang
harga minuman di restoran nasi kandar yang hari ini ada yang caj milo ais
sehingga RM3.50 segelas.
Inilah realiti
kehidupan kita hari ini. Harga barangan dinaikkan oleh para peniaga, GST
dikenakan, namun gaji dan upah tidak berubah malah ramai yang sudah mula
dihentikan perkhidmatan oleh kerana syarikat gulung tikar atau mengurangkan “overhead”.
Akhbar The Star hari ini telah memetik kenyataan Presiden
Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong sempena rumah terbuka sambutan Tahun Baru
Cina anjuran Gerakan. Kata Mah:
“Everywhere I go
everyone is talking about the rising cost of living”
(Kemana sahaja saya pergi orang akan mengatakan berkenaan
kenaikkan kos hidup)
Sekaligus membuktikan perkara ini bukan mainan parti
pembangkang sahaja tetapi ia satu kenyataan.
“They don’t talk to me
about politics but they ask me for solutions”
(Mereka tidak bercakapa kepada saya berkenaan politik tetapi
mereka meminta jalan penyelesaian (masalah ini))
Kerana itu PAS khususnya perlu bijak dalam membawa isu
rakyat ini. Rakyat terbeban dan ada di antara mereka sudah begitu terdesak.
PAS perlu datang dengan kaedah dan jalan penyelesaian agar
terubat mereka dari hambatan hidup yang menyeksa ini.
Kongres Rakyat yang dianjurkan PAS bersama rakan-rakan NGO
adalah satu permulaan yang baik betapa PAS bersama rakyat dalam hal ini. Ia
perlu terus dilanjutkan dan disusuli dengan tindakan-tindakan yang positif dan
proaktif.
Desakkan dan tekanan terhadap kerajaan perlu diteruskan selain
mengemukakan cadangan dan jalan penyelesaian terbaik.
Dengan suasana ekonomi global yang masih belum pulih,
kejatuhan harga ringgit dan kemerosotan harga minyak mentah dunia, himpitan
kehidupan rakyat ini tidak nampak boleh dirawat melainkan langkah-langkah drastik
dan berani terpaksa diambil khasnya oleh pihak kerajaan sendiri.
Dalam keadaan ini sudah pasti rakyat menunggu-nunggu bila
akan kebah demam mereka, dan PAS yang berpotensi menjadi galang-ganti buat Umno
dalam senario sebegini perlu ke hadapan berama rakyat untuk memastikan suara
mereka diketengahkan selain meyakinkan mereka untuk menggunakan suara itu juga
untuk menggantikan oengurus negara yang sudah terbukti gagal.
Jangan kecewa lempar mikrofon!!!
Rakyat bukan perlukan anarkis tetapi rakyat mahu penyelamat.
Bangkit bekerja dan beri harapan kerana rakyat insyallah akan bersama kita. Islam penyelamat ummah.
No comments:
Post a Comment