Semasa melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menyatakan bahawa Umno akan kekal lemah selagi ianya diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Presiden yang memegang pula jawatan Perdana Menteri.
Hari ini dalam akhbar The Star Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyuddin Yassin dalam mengulas nasib yang menimpa Mukhriz itu menyebut pula bahawa Umno tidak lagi akan kekal relevan atau mempunyai masa depan yang terjamin kiranya hasrat dan keperluan rakyat tidak dipedulikan.
Menurut Muhyiddin lagi, Mukhriz mempunyai sokongan majoriti rakyat Kedah. Tindakan terhadapnya menunjukkan yang sekelompok minoriti tidak mengambil kira langsung sentimen dan pandangan rakyat.
Tambah beliau sudah pasti ramai rakyat Kedah kecewa dengan tindakan menggantikan Mukhriz malah ramai rakyat Malaysia turut rasa terkilan. Kini katanya lagi para pemimpin sudah tidak lagi membuat keputusan berdasarkan kehendak dan kemahuan rakyat,
Jika pemimpin seumpama Muhyuddin dan Mukhriz menyatakan Umno lemah, tidak relevan dan tiada masa depan, lalu apalagikah yang ada pada Umno?
Umno yang satu ketika dahulu dipercayai oleh sesetengah kalangan orang-orang Melayu sebagai parti keramat, para pimpinannya meletakkan nasib dan masa depan agenda Melayu Islam sebagai keutamaan perjuangan mereka. Kerana itu sepenuh keyakinan dan kepercayaan diserahkan kepada Umno bulat-bulat.
Hari ini bagaimana?
Pemimpin nombor dua Umno sendiri menyatakan Umno sudah bermasalah. Bekas MB nya sendiri menyatakan yang Umno sudah lemah.
Dalam pada itu kehidupan rakyat terus sempit dengan kos hidup yang menghimpit dan menyekasakan, orang Meayu Islamlah yang paling terbeban. Dimana Umno?
Kerana itu sudah tiba masa dan ketika bagi seluruh bangsa Melayu dan umat Islam malah seluruh rakyat Malaysia bangkit dan iktiraf bahawa memang Umno sudah tidak lagi relevan dan kini berterusan gagal dalam membela dan mempertahankan nasib rakyat.
Jangan berterusan begini. Bangkit dan kita bersama keluar dari lubang azab yang dikorek oleh tangan pimpinan Umno.
Tiba masanya kita insaf dan sedar bahawa kemuliaan kita diberikan hanya apabila kita memuliakan Islam. Kembalilah kita kepadanya. Pemimpin Melayu Islam dalam Umno telah terbukti gagal. Ayuh kita beri peluang kepada pemimpin Melayu Islam yang lain dari parti lain.
PAS sejak lebih 60 tahun lalu berjuang secara istiqamah untuk menyedarkan rakyat khasnya orang Melayu Islam untuk kembali meletakkan agenda Islam sebagai tunggak perjuangan. Mulia Islam mulia lah bangsa dan negara kita.
Sebanyak mana pemimpin yang berkelayakkan dan berpendidikan yang ada dalam Umno, sebanyak itulah juga sesungguhnya ada di dalam PAS malah lebih baik lagi mereka ditunjangi oleh kepimpinan ulamak yang sentiasa berjuang melatkkan murka Allah sebagai pedoman dan redha Allah sebagai matlamat.
Orang Melayu Islam dan rakyat Malaysia punya opsyen atau pilihan terbaik sebenarnya. Kita rihatkan parti yang dipimpin oleh mereka yang sudah hilang keutamaan dan tiada lagi memikirkan nasib dan kepentingan rakyat itu. Mereka sudah hilang pedoman.
Kita rehatkan mereka.
Ayuh kita kembali memartabatkan agama kita dengan menaikkan parti yang isitiqamah berjuang menegakkan yang hak, dengan saf kepimpinan yang bersih dan komited.
Umno sudah lemah, Umno sudah tidak relevan, Umno sudah tiada masa depan, takkan kita nak serahkan nasib pada DAP?
Jom kita ke PAS.
No comments:
Post a Comment