Walau pun telah berkali-kali pihak PAS menjelaskan dan memberikan pendirian namun ianya terus dinyanyi dan didendangkan seakan kerjasama itu sedang menuju ke arah penyatuan politik antara Umno dan PAS.
Nyatalah betapa polemik ini mahu dimainkan oleh sesetengah
pihak bagi menggambarkan bahawa PAS telah jatuh melutut ke kaki Umno. Jika
mereka berjaya memutar-belitkan kerjasama ini sedemikian rupa, maka rakyat dan
para pengundi pada perkiraan mereka pasti akan menolak PAS dalam PRU akan
datang.
Ramai yang mahu melihat PAS jatuh dan kecundang. Ramai yang
mahu lihat satu-satunya parti yang istiqamah memperjuangkan Islam ini luput dan
pupus dari politik Malaysia, kerana bagi mereka PAS ini penghalang, pengacau, PAS
ini musuh utama.Dalam akhbar Sinar Harian hari ini, tokoh akademik yang telah hari ini menjadi juara“lompat” parti iaitu Dr Abd Aziz Bari turut memberi saham dalam mengadu-domba PAS. Dr Aziz ini, yang Sinar perkenalkan sebagai Pakar Perlembagaan, hari ini adalah “orang kuat” DAP dan duduk dalam JK DAP Negeri Selangor, beliau sebelumnya PKR.
Menurut beliau keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang hanya membenarkan kerjasama PAS-Umno dalam perkara-perkara kebaikan dan ketaqwaan adalah mengelirukan.
Katanya:
“Selama ini pun macam itu (mengelirukan) sama seperti
memutuskan hubungan dengan DAP, sudah timbul kecoh, ada yang terkejut tak
sangka kesannya seburuk itu.
Sekarang orang dah tahu dia (PAS) sudah berpeluk dengan Umno,
jadi dia cuba nak mengelakkan kebusukkan itu, hakikatnya PAS tidak menentang
Umno di Parlimen, di luar pun begitu.
Majlis Syura Ulamak kena belajar dengan Bahasa politik
dengan amalan politik (sekarang) kalau tidak jangan masuk politik (baik) jadi
pertubuhan dakwah dan jangan letak calon dalam pilihanraya nanti”.
Biadap sungguh Aziz Bari bila berbahasa.
Sudahlah apa yang diperkatakannya itu bohong dan fitnah.
Demikianlah rendahnya nilai seorang ahli akademik apabila tersalah pilih masuk
politik dengan bersekongkol bersama parti yang tidak senang dengan perjuangan
Islam.
Majlis Syura Ulamak PAS tidak pernah mengelirukan, yang
keliru adalah mereka yang memusuhi PAS dan perjuangan Islam. PAS putuskan
hubungan dengan DAP setelah DAP terlebih dahulu bertindak demikian dibeberapa
negeri selain menyerang usaha PAS untuk melaksanakan Hudud di Kelantan. DAP
juga telah terang-terangan mencampuri urusan rumahtangga PAS sehingga terlibat
dalam melahirkan Pan, yang sarat dengan mereka yang mengkhianati perjuangan PAS.
Kalau yang berbohong dan menipu itu orang kebanyakkan, kemungkinan
kita boleh terima kerana barangkali dia itu tiada berilmu atau kurang pendidikan,
tetapi alangkah hinanya apabila yang berbohong dan menipu itu seorang “pakar
perlembagaan” seorang yang terpelajar dan berilmu.
Adakah kerana tidak menentang Umno di Parlimen maka boleh
disabitkan PAS sebagai “berpelukan” dengan Umno? Adakah kerana seorang tokoh
DAP yang pernah mengkritik isu kemasukan ahli sukan Israel ke negara kita
baru-baru ini maka kita boleh tangkap muat mengatakan DAP juga sudah berpelukan
dengan Israel?
Istilah “berpelukan” itu memberi gambaran suatu hubungan
yang sangat intim, benarkah PAS dan Umno begitu sebagaimana DAP dan Pan?
Tebal ego Aziz sejak menyertai DAP sehingga menganggap
Majlis Syura Ulamak PAS sebagai tidak cerdik, tidak pandai politik dan oleh itu
tidak wajar masuk politik. Umno yang PAS musuhi zaman-berzaman pun tidak pernah
memandang rendah Majlis Syura PAS, siapa pula si Aziz ini?
Apa pun bagi saya Aziz sedang berjinak-jinak untuk
melonjakkan dirinya sebagai juara Melayu DAP setelah memenangi anugerah juara
lompat parti.
Saya difahamkan beliau termasuk dalam senarai baru ahli
majlis DAP bagi salah sebuah PBT di Lembah Kelang. Ini bagi menyediakan beliau
untuk dicalonkan sebagai calon DAP bagi mencabar kerusi DUN Chempaka di
Parlimen Pandan yang diwakili Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abd
Samad.
Aziz bersungguh mahu menjadi alat bagi mencantas dan
mengulingkan pengaruh PAS dan perjuangan Islam di Selangor. Dari bertanding di
kerusi Parlimen Sabak Bernam yang punya pengundi bukan Melayu sekitar 18
peratus beliau lompat ke kerusi DUN yang punya hampir 47 peratus pengundi bukan
Melayu.
Siapa tahu kalau DAP boleh mengalahkan Iskandar melalui
beliau, untung-untung beliau boleh menjadi Menteri Besar pertama DAP di
Selangor!
Semoga cahaya perjuangan Islam akan terus memancar dan
gemilang walaupun dibenci oleh musuh-musuhnya.
1 comment:
Aziz ni lebih dia dari DAP mulai hari boleh la jadikan Aziz DAP nama jolokanya. heheheheh nasib engkaulah Aziz DAP
Post a Comment