عَنْ عَبْدُ الْرَحْمَنِ بْنِ
سَمُرَةِ رضي الله عنه
أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ
سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ
, فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ
مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ
غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا ( رواه البخاري ومسلم(.
Terjemahan HadisDaripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :”Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Keterangan mengenai
perawai Hadis.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada
Abdul Rahman bin Samurah r.a seorang sahabat Rasulullah SAW.
Nilai Hadis .
Hadis ini menerangkan tentang larangan meminta – minta
jawatan pemimpin kerana tidak diberkati oleh Allah SWT .
Kupasan Hadis secara terperinci .
1.Larangan meminta –
minta jawatan pemimpin , kerana ia dianggap cara yang tidak bermoral, sabda
Rasulullah SAW :
أنَا وَاللهِ لاَ نُوَلَّي
أَحَدًا طَلَبَهُ اَوْ حَرْصِيْ عَلَيْهِ
Sesungguhnya demi Allah kami tidak memberi jawatan menjadi
pemimpin, seorang yang memintanya atau terlalu berkeinginan memegangnya.2.Imaplikasi dari memegang jawatan pemimpin secara meminta –minta .
Pemimpin adalah orang yang memikul beban dan amanah bukannya
kemegahan dan kemuliaan . Maka jawatan pemimpin itu adalah terbuka kepada
mereka yang benar-benar layak menyandangnya , kalaulah seseorang meminta-minta
jawatan pemimpin itu kurang layak , maka ia akan menutup peluang kepada mereka
yang lebik layak memegangnya . Dia tidak dapat menjalankan tugas dengan baik
kerana tidak ada mempunyai kelayakan .Bertanggungjawab sepenuhnya di dalam
menjalankan tugas jawatan itu ,tanpa mendapat pertolongan dari pihak lain .
3. Imaplikasi dari
memegang jawatan pemimpin tidak secara meminta –minta iatu dipilih/dilantik
a. Orang ramai akan
rasa puas hati kerana dilantik/ dipilih atas pilihan mereka, maka senanglah ia
menjalankan tugas kerana mendapat sokongan dan kerjasama dari mereka.
b. Dapat menjalankan
tugas dengan baik kerana ia memgang jawatan itu di atas dasar benar –benar
layak memegang jawatan itu .
c.Mendapat kerjasama
dan pertolongan dari semua pihak ,baik dari pihak berkuasa atau pihak orang
ramai di dalam menjalankan tugasnya.
Pengajaran Hadis .
1.Rasulullah SAW
melarang seseorang itu meminta – minta untuk memegang jawatan pemimpin.
2.Tugas dan
tanggungjawab akan dipikul sepenuhnya oleh orang memegang jawatan itu tanpa
pertolongan dan kerjasama dari pihak lain .3.Seseorang yang memegang jawatan pemimpin yang dipilih / dilantik akan mendapat pertolongan dan kerjasama dari semua pihak .
Hadis ini jelas isi dan keterangannya.
Pilihanraya Umum sudah lebih 3 bulan berlalu, kini
masing-masing yang telah terpilih sedang sibuk menyusun perancangan dan
melaksanakan tugas masing-masing. Bagi yang baru dipilih sudah pastilah ia
pengalaman baru, maka amanah yang telah diberikan perlu digalas dan
dilaksanakan dengan sempurna. Begitu juga yang dipilih lebih sepenggal,
pastikan amanah yang diberikan dipelihara dan dipikul sebaik mungkin.
Saya masih ingat betapa hangatnya suasana sebelum PRU lalu.
Lebih hangat lagi apabila masing-masing parti memerah otak menyenarai pendek
dan memilih calon-calon untuk dikemukakan kepada rakyat. Ada yang diterima ada
yang terpaksa digugur dan diganti “last minute”, tetapi yang paling malang
sebagaimana iktibar dari Hadis di atas adalah bagi yang melobi dan
meminta-minta untuk dijadikan calon!
Jangankan dalam BN dan Umno saya tahu dalam PAS juga ada
yang sedemikian. Alhamdulillah dalam PAS ada mekanisma yang menepati syarak
yang digunakan dalam proses memilih dan mengenal pasti calon, namun lantaran
ahli-ahli PAS bukan malaikat, maka ada juga berlaku insiden ini.
Setahu saya seorang pemimpin telah melobi diri menjadi calon
dari satu kawasan ke satu kawasan akhirnya lobi beliau gagal walaupun disaat
akhir dikhabarkan telah pun siap mengambil gambar untuk dijadikan poster calon.
Ini jika berlaku dalam PAS perlu sangat dimuhasabahkan kerana ia menurut
Rasulullah adalah satu amalan yang tidak bermoral dalam Islam.
Semalam pula saya terbaca satu laporan seorang lagi pemimpin
PAS, yang walaupun kelihatan menolak perlantikkan beliau untuk beberapa jawatan
dalam kerajaan, tetapi dalam waktu yang sama menonjolkan pula dirinya untuk
jawatan lain. Dalam laporan itu beliau menyatakan beliau layak untuk jawatan
berkenaan.
Ini pun saya kira termasuk dalam skop Hadis di atas dan
wajarlah pemimpi itu bermuhasabah.
Memang sukar apabila kita merasakan diri kita layak tetapi
pihak yang bertanggungjawab seolah terlepas pandang akan kita. Maka naluri
manusia dalam jiwa kita akan memberontak, mengapa lantik si anu sedangkan aku
lebih layak. Akibatnya kita akan terbit dengan pelabagi tuduhan, ada konspirasi
ada niat jahat, orang yang bertanggungjawab mengamalkan kronisma.
Dunia ini ibarat roda yang berputa kadangkala kita di atas
dan kadangkala di bawah. Allahyarham Ustaz Fadzil Nor pernah berkata, bila kita
di atas kita lihat orang di bawah kecil-kecil belaka, kita lupa bahawa orang di
bawah juga lihat kita di atas itu pun kecil.
Menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh
Allah s.w.t. baik berupa peraturan mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada
Allah s.w.t., itulah redha, satu sifat yang perlu ada dalam pemimpin dan
pejuang Islam. Sifat redha dikatakan adalah daripada sifat makrifah dan
mahabbah kepada Allah s.w.t.
Jangan kerana tidak dipilih kita menyerang mereka yang tidak
memilih kita. Mereka itu buta, mereka itu bongkak, sombong, tetapi kita?
Sesungguhnya tiada seorang yang terlebih istimewa dalam
perjuangan ini sehingga perjuangan tidak dapat diteruskan tanpanya. Semoga PAS
terus kekal sepanjang zaman.
1 comment:
masih ramai manusia tak ambil berat hukum nak jadi pemimpin kalau yang faham takut lah akan jawatan itu kiranya tak sanggup pikul amanah nanti akan dipersoalkan diakhirat.jangan pandang ringan ancaman khianat dengan amanah di hari yang tidak ada pertolongan lagi
Post a Comment