Masalahnya
ada yang boleh ditegur dan ada yang ada-ada sahaja alasan untuk memintas dan
menangkis teguran malah menyerang pula si yang menegur.
Dalam Islam
kita memang ditugaskan untuk tegur-menegur dalam bentuk berpesan-memesan. Ianya
termaktub dalam surah al Asr apabila Allah swt berfirman:
Demi masa! Sesungguhnya manusia berada di dalam
kerugian. Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran
serta berpesan-pesan dengan sabar.
Saya percaya
ramai yang terpegun apabila membaca darihal tender JPJ untuk nombor plet siri
WWW. Bagaimana individu dan kelompok berebut-rebut untuk mendapatkan nombor
pendaftaran yang cantik bagi kenderaan masing-masing. Lalu terkabarlah kepada
kita bahawa pembida yang berjaya untuk plet WWW1 adalah DYMM Sultan Johor
dengan bidaan RM520,000.00.
Saya pasti
reaksi pertama kita orang kebanyakan adalah mengurut dada aduhai besarnya
belanja untuk mendapatkan sekadar plet pendaftaran kenderaan. Saya juga
sebenarnya begitu pada awalnya. Tak mengapa tetapi apabila kita menegur secara
terbuka mengkritik pula dengan kritikan tajam membuat perbandingan sesuaka apa
yang terlintas dalam fikiran kita, maka di sana kita perlu berhati-hati.
Jangan nanti
kita dijerat dan terjerat.
Dalam laman
The Star online dilaporkan:
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/5/29/nation/20120529110030&sec=nation
“Johor
Tengku Mahkota hits out at critics of WW1 bid”
Sekarang apa
yang tidak kita ketahui sebelum ini sudah tersingkap, rupanya Sultan dan Tengku
Mahkota Johor tidak pernah mengambil elaun dari kerajaan, setiap sen yang
mereka layak terima dimasukkan ke Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim
bertujuan membantu dan menolong rakyat kebanyakan.
Ini bagi
saya secara peribadi adalah sesuatu yang hebat…..barangkali lebih hebat dari
bidaan setengah juta itu sendiri, wallahualam.
1 comment:
krna itu pepatah ada kata"Don't judge book by its cover"
Kadang kadang kulit nya buruk tapi isi nya baik dan sebaliknya.
Post a Comment