Gadis Melayu Singapura menjadi jurulatih (30/5/12)

Wednesday, May 30, 2012

Berita dari seberang, yakni Singapura sering memikat minat saya. Nasib dan kemajuan masyarakat Melayu di sana terutamanya akan selalu saya ambil tahu dengan cara membaca dan melayari maklumat terkini khasnya melalui akhbar-akhbar online mereka.

Terkini saya terpegun apabila membaca berita berkenaan:
http://cyberita.asia1.com.sg/singapura/gadis-melayu-ajar-anak-ekspatriat-bola-keranjang

iaitu berkenaan seorang anak gadis Singapura Cik Mira Abdul Razak 20 tahun yang kini merupakan seorang jurulatih bolakeranjang atau “basketball” di sana.
Memang di Malaysia sekalipun tidak ramai anak Melayu yang minat atau terlatih dalam sukan ini berbanding sukan lain. Di Singapura seorang anak gadis Melayu bertudung lulusan Sekolah Menengah Atas Ma'had Al-Zaytun di Indramayu, Jawa Barat mahir dan malah bertugas sebagai seorang jurulatih, sudah pasti berita ini sesuatu yang hebat.

Barangkali pihak Malaysia boleh meninjau-ninjau gadis ini dan kalau layak boleh mengimpot beliau untuk melatih anak-naka kita di sini. Apa pandangan anda?
Sementara itu dalam akhbar Berita Harian (Singapura) yang sama dilaporkan bahawa dari 14 jurulatih tenis Singapura yang dinaungi Persatuan Tenis Singapura (STA) di bawah Majlis Sukan Singapura, 13 merupakan jurulatih Melayu. Mereka ini pun perlu ditinjau oleh pihak Malaysia dan jika perlu diimpot masuk ke sini bagi melatih pula anak-anak kita. Apa pandangan anda?

0 comments: