Saturday, July 24, 2010

Umno Selangor menuju ke pusara.........

Semalam menurut laporan portal Malaysia Insider Umno Selangor telah melancarkan kempen "tawan Selangor dari PR" melalui sebuah majlis ceramah yang kononnya besar-besaran di Shah Alam.

Saya tidaklah berhasrat mahu merendahkan usaha gigih Noh Omar itu selaku Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno (yang berebut pengaruh dengan Khir Toyo) tetapi majlis kempen mahu tawan Selangor itu (bukan kata PAS atau PR) menurut laporan portal berkenaan dihadiri oleh 200 penyokong termasuklah penduduk tempatan yang tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku (penonton terserempak tanpa undangan maksudnya).

Dalam majlis itu juga dilepaskan "ayam tambatan" Noh iaitu Ezam Md Nor (sekarang Senator) yang lepas-lepas sahaja terus berkokok menyerang Tan Sri Khalid dan kerajaan PR. Modal bersama yang dikongsi untuk menggodam PR pasir dan pasir semata-mata. Betul tak betul tak kira, tetapi itulah modal utama yang mampu mereka fikirkan.

Kalau perang Umno dilancar dengan kehadiran cuma 200 orang, bukan hanya orang PR dan rakyat Selangor tersenyum lebar tetapi saya pasti Khir Toyo "tegak misainya" mahu membuktikan betapa gagalnya kepimpinan Noh kerana "perang" apa kalau begitu sahaja kekuatan yang mampu dibariskan.

Ternyata Umno masih belum pulih. MCA dan MIC Selangor kita tak pasti wujud lagi ataupun tidak. Gerakan dan PPP Selangor entah mana batu nisannya. Kerana itu ini bukan masanya kita bersorak dan bercekak pinggang. Ini masanya kita memecut laju memperkemas dan memperteguhkan jentera pilihan raya kita masing-masing baik PAS, DAP mahupun PKR Selangor.

Gerak kerja mendaftar pengundi baru mesti dipertingkatkan. Menurut angka terbaru SPR bagi tempuh berakhir Jan-Jun 2010 PR jauh mengatasi BN di Selangor dalam mendaftarkan pengundi baru. Syabas, tetapi itu pun tidak cukup lagi. Alang-alang kita bertarung dengan BN dan Umno, pastikan mereka pupus terus.

PAS dilaporkan berjaya mendaftar 4,561 pengundi baru bagi tempuh berkenaan iaitu bersamaan 753 pengundi setiap bulan. Bilangan ini masih kecil sedangkan kita bakal bertanding di 20 kerusi DUN iaitu mempertahankan 8 dan bertanding menempuh ADUN Umno di 12 kerusi. Lantaran itu kita perlu bekerja lebih kuat lagi.

Umno sedang longlai, kita jangan turut begitu. Rakyat mengharapkan kepimpinan kita, kita sekarang memegang mandat, jangan mengecewakan pihak yang mengharapkan. Ayuh bersatu menggarab tenaga bekerja untuk Allah demi memartabatkan dasar perjuangan.






3 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Melihat suasana yang ada dari laporan media alternatif kita memang seronok. Apa tidaknya, bagi saya yang sedikit muda dari Saudara Roslan mungkin setahun dua sahaja yang mengenali PAS dan UMNO sejak tahun lapan puluhan, pasti tidak akan lupa ceramah dengan kehadiran 200 orang selepas solat isya' telah dianggap ramai ketika itu. Saya yang ketika itu bersama-sama PAS cawangan Kampung Delek sering mengikuti ceramah malam di hampir seluruh selangor. Nak cari seribu orang, entahlah.

Kini, segalanya telah berubah. berkat usaha gigih ahli-ahli dan penyokong PAS di seluruh negara, PAS bukan lagi parti yang jadi bahan ketawa orang-orang UMNO tapi Parti bulian UMNO dulu, kini telah jadi kegerunan UMNO. UMNO, atas sikap dan perangainya sendiri kini sedang merasai detik-detik ketuaannya.

PAS mungkin telah melepasi zaman bertatih dan merangkak. sekaranng adalah masa untuk PAS menunggu detik konvokesyennya di universiti perjuangan sedang UMNO pula sedang memenuhi sunah alam iaitu sampai ke hari tua. Orang tua kalau sudah nyanyok akan mengulangi perangai keanak-anakannya kembali seperti membuang air merata-rata tempat, berjalan perlu dipimpin dan mungkin terpaksa merangkak kembali untuk ke mana-mana. Bercakap pun sudah tidak jelas butir percakapannya seperti anak berumur satu tahun. Maka tak hairanlah kenapa UMNO kini meminta tongkat untuk berdiri kembali.

Sesungguhnya apa yang berlaku di Shah Alam itu hanya sekadar mengulangi zaman merangkak UMNO dulu dan lepas merengkak nanti mereka akan tertiarap dan terbaring kaku. Yang penting, Bagi PAS, kita harus menjaga niat dan hati kita agar sentiasa berserah dan bermunajat kepada Allah agar kita tidak menjadi orang yang sombong dalam berhadapan suasana yang memihak kepada kita sekarang. Usaha mesti dipertingkatkan dan jangan sama sekali kita takabur dan lupa diri.

Umno, kini sudah di penghujung usia dan mereka sedang dibayangi oleh kesilapan lampau. Mereka menyangka yang mengganggu mereka adlah hantu tapi sebenarnya adalah dosa-dosa mereka. Jadi tugas PAS masih berat kerana sebolehnya kita tidak mahu UMNO pergi dalam keadaan lupa tuhan maka mari kita menyelamatkan UMNO agar bersama-sama kita di akhir hayat mereka sebelum roh sampai ke halkum UMNO. Pas! tingkatkah usaha kita dan kita masih banyak kerja untuk dilakukan.

Anonymous said...

Memang umno di zaman meracau/nyayok
tapi pas juga perlu bermuhasab anta
ra nya pimpinan2 nya yg terlalu lan
tang menyuarakan sesuatu isu yg di
timbulkan oleh umno dan sekutu nya
terutama dlm mauduk perpaduan,kelan
tangan yg tidak bertepat dan suka mencari kesalahan sesama anggota adalah penyakit yg akan merobit pas di masa hadapan.sabar,tidak gupoh adalah sebahagian dari tarbiah menuding jari dgn sindiran2
melukakan hati tampa hakikat yg sebenar,jangan mudah terperangkat
walaupon yg memasang perangkat dari
kalangan mufti2 yg hanya berniat baik tapi tak pandai/tak faham sepak terajang politik umno.inilah
dia waktu nya kita perlu kpd kematangan jangan terjebak dlm masaalah yg sukar utk kita keluar dgn baik tampa merugikan nama perjuangan islam yg selama ini di perjuangkan dgn baik.

IbnuHusin @ Ajk PAS Bdr Sunway. said...

Assalamualaikum..
Terlebih dahulu ana minta maaf kerana c/p artikel enta untuk dipaparkan ke UO tanpa kebenaran tapi setiap artikel ana akan c/p sekali link blog enta.
Ana harap enta memberi restu dengan apa yang ana lakukan demi perjuangan PAS untuk berhadapan dengan PRU13 nanti.. Wassalam.

Link: www.utaraonline.net

P/s: Ana akan cadangkan kepada admin untuk sertakan link enta di link tersebut.. insyaAllah.