Monday, July 12, 2010

Bolehkah Umno Selangor “think opposition”?

Kita perlu “think opposition” seru Muhyuddin Yassin kepada perwakilan Umno bahagian Ampang di Selangor.

Jangan berlagak bagai kerajaan walau telah hilang kerajaan. Pimpinan Umno Selangor terlalu bersandar pada kerajaan pusat (yang mereka masih kuasai setakat ini) mengharapkan bantuan sana dan sini sedangkan merekatidak terima hakikat bahawa negeri sudah tiada lagi dalam genggaman mereka.

Demikianlah deritanya Umno di Selangor sehingga terpaksa dikejutkan oleh Timbalan Presiden mereka.

Bagi pimpinan Umno Selangor, mereka beranggapan walaupun telah kalah di negeri, mereka tetap ada pohon besar untuk berteduh di pusat. Maka dihogahlah pohon itu saban hari supaya mengugurkan buah-buahnyan buat makanan mereka di Selangor.

Mereka tidak ingat buah-buah itu bukan untuk menyumbat mulut mereka sahaja. Anak-anak kelaparan di Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah juga perlu diberi makan. Apa lagi anak-anak yang sedia sihat di Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Perlis, Negeri Sembilan, Melaka tak termasuk Sabah dan Sarawak lagi.

Angkara terlalu gopah mahu menyumbat mulut maka mengakibatkan Muhyuddin mengarahkan “think opposition” iaitu berfikirlah sebagai pembangkang. Dah hampir 2 tahun 4 bulan hilang kuasa, ada yang masih lagi jalan mendada seolah mereka masih MB, EXCO atau ADUN kerajaan yang memerintah! Apalagi budak-budak mereka yang perasan seolah Selangor masih lubuk wang mereka.

Belajar dari kami PAS yang lama duduk dalam pembangkang.

Maklumlah dah lama senang-linang, sekali bila susah, tak dapat terima realitinya. Kalau tak dapat terima sampai hari ini, maka sukarlah masa depan mereka. Akhirnya akibat kekaburan dalam hidup itu maka bersedialah untuk “live like an opposition” atau hidup sebagai pembangkang buat selama-lamanya!

2 comments:

Anonymous said...

Sesetengah bahagian Umno Selangor dah lama bergolak akibat tamak kuasa dan kekayaan...nasib baiklah sebahagian rakyat Selangor tersedar dan memilih Pakatan dalam PR yang lalu...Umno susah nak berubah kalau mentaliti lama masih bersarang dan terus jadi barah...yang berdegar2 sekarang cuma Umno pusat je...masalah sebenar di akar umbi...

Anonymous said...

Absolutely with you it agree. In it something is also to me your idea is pleasant. I suggest to take out for the general discussion.