Thursday, July 01, 2010

Kawan hormat kawan

Akhbar Utusan Malaysia hari ini membawa laporan:

Nik Aziz cabar Karpal buktikan dasar Islam PAS salah

Ini ekoran kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh sempena ulangtahunnya ke 70 nya baru-baru ini bahawa DAP sama-sekali tidak menerima konsep Negara Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Tambah beliau jika Pakatan Rakyat berjaya mentadbir negara DAP tidak akan merestui pembentukan Negara Islam sebagaimana yang diperjuangkan oleh PAS.

Dan sebentar tadi wartawan Utusan Malaysia menghubungi saya untuk mendapatkan komen.

Saya nyatakan saya setuju dengan kenyataan Mursyidul Am PAS itu malah saya menambah sebagai kawan dalam satu pakatan politik kita mengharapkan DAP sebagai kawan menghormati dan dapat menerima dasar perjuangan PAS sebagaimana PAS menghormati dan menerima dasar perjuangan partinya. Inilah dasar perjuangan yang sama sejak PAS ditubuhkan puluhan tahun dahulu sehingga hari ini.

Wartawan berkenaan bertanyakan adakah saya kesal dengan kenyataan Karpal itu?

Saya katakan tidak.

Saya cuma akan kesal jika orang Umno yang berkata begitu. Kerana orang Islam tidaj seharusnya menolak perjuangan Islam. Manakala bagi orang bukan Islam, mereka berhak menolak Islam malah itulah cabaran kita sebagai pendakwah untuk meyakinkah mereka tentang kebenaran dan keadilan Islam.

Kerana itu PAS berkawan dengan DAP, kerana sifat sebagai pendakwah, seharusnya PAS tidak jemu dan terus bersabar dalam mendakwahkan dasar Islam kepada semua.

Kawan-kawan mesti memelihara kenyataan masing-masing agar tidak menganggu persahabatan yang terjalin. Kita boleh berbeza pendapat dalam perkara-perkara yang melibatkan kaedah dan pendekatan tetapi dalam bab dasar dan prinsip masing-masing, kawan hormat kawan.

3 comments:

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum. Ada benarnya kata saudara. Kalau setakat pengerusi DAP yang menolak Islam ia bukanlah sesuatu yang pelik kerana dia bukan Islam. Namun, adalah sesuatu yang tidak waras jika orang yang melafazkan kalimah syahadah dan bersolat serta akan berpuasa, berzakat dan menyambut Idil Fitri tak lama lagi memberi alasan demi alasan untuk tidak melaksanakan Islam.

Sesungguhnya saya amat yakin yang masyarakat bukan Islam kini semakin boleh menerima Islam walau pun mereka belum (bukan tidak) melafazkan kalimah syahadah. Kalau dulu perkara ini mungkin sekadar harapan tetapi kini telah menjadi kenyataan. Mereka bukan sekadar boleh menerima keadilan Islam semata-mata malah sanggup memperjuangkan Islam bersama-sama orang Islam. 20 ribu anggota Dewan Himpunan Penyokong PAS adalah bukti yang tidak akan dapat dinafikan dan dipadamkan oleh manusia dan sejarah.

Sebenarnya mereka punya pilihan untuk tidak bersama PAS kerana di sana ada PKR dan DAP tetapi PAS jua jadi pilihan mereka. Ini bermakna Islam itu bukan milik orang tertentu atau kaum tertentu. Islam juga milik orang bukan Islam. Yang penting kefahaman mereka harus dibajai dan dipertingkatkan dan bukan hanya sekadar mengharapkan undi mereka semata-mata. Apakah Karpall Singh akan terus bersikap begitu sedang Allah berhak secara mutlak untuk memalingkan hati Karpal untuk menerima hidayah kerana hidayah adalah anugerah Allah.Manakala kita pula yang Islam sejak lahir belum tentu akan mengakhiri hayat kita dengan iman. Jadi, tanggungjawab PAS bukan untuk mendapatkan undi dari teman-teman dari bukan Islam semata-mata malah impian dan kejayaan sebenar kita adalah bila kita berjaya bersama mereka masuk ke syurga Allah insya Allah.

chegarMD said...

Menjadi sunnatullah keimanan/keadil
an/dan kebenaran, sangat sukar utk
dilaksanakan dan amat di takuti ole
h gulongan yg tidak mendapat nikma
t hidayah .
oleh itu perogram dakwah serta per
juangan politik berpaksikan islam
amat perlu utk mengikis ideologi yg berteraskan materialistik.jadi
tidak hairan kalau karpal dan orang2 sependirian dgn nya samaada dari
ummah islam sandiri atau non musli
m.

Aliff Aizad said...

Karpal singh sorang je nampaknya yg selalu hentam dasar islam berbanding pemimpin lain yang nampaknya dah faham Islam hasil usaha dakwah drp pemimpin PAS. Nampaknya PAS kena dekati Karpal lebih kerap untuk memutihkan sedikit hatinya yang gelap itu.