Friday, July 09, 2010

Umno oh Umno

Berikut adalah berita yang dipetik dari laman web umno online di http://umno-online.com/?p=13074 :

Wakil rakyat bebas antara penceramah yang diundang oleh UMNO Selangor bagi memjelaskan perkembangan terkini senario politik tanah air.

Ketua Penerangan UMNO Selangor, Abd Shukor Idrus berkata, kehadiran wakil rakyat terbabit dapat memberi penerangan jelas kepada rakyat berhubung apa yang berlaku terutama membabitkan isu politik di Selangor.

“Hanya mereka sahaja yang tahu apa yang berlaku, mereka ini pernah berada dalam parti terbabit seperti Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain dan Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkifli Nordin.

“Melalui program ini, kita dapat memberi penjelasan terutama membabitkan pembohongan yang dilakukan oleh pemimpin pakatan pembangkang Selangor supaya rakyat tidak terus ditiipu dengan permainan mereka,” katanya

Atas keghairahan kononnya mahu menakluk negeri Selangor, Umno Selangor dikatakan akan menganjurkan program jelajah seluruh negeri Selangor bagi mendedahkan “pembohongan” kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Sebagaimana laporan di atas (yang dikeluarkan oleh sumber Umno sendiri) akan diseretlah dua orang ahli parlimen yang telah melompat keluar PKR iaitu Zahrain dan Zul Nordin untuk menjadi bintang utama pentas jelaja Umno itu.

Kita menunggu-nunggu juga penganjuran majlis seumpama itu. Saya yakin rakyat Selangor akan makin menebal bencinya pada Umno, kiranya dua orang yang disebutkan itu muncul di pentas Umno. Jangankan orang Melayu, tiada bangsa dalam negara ini rasa saya yang mahu meraikan apalagi menghormati seorang pemimpin yang sanggup menggadaikan amanah yang diberikan oleh rakyat kepadanya.

Tiba-tiba dalam Utusan hari ini kedua-dua ahli parlimen itu menafikan akan sertai program Umno Selangor itu. Menurut laporan, mereka berkata mereka memilih untuk menjadi ahli parlimen Bebas oleh itu mereka akan terus bergerak secara “neutral” tanpa berpihak ke mana-mana.

Tidakkah memalukan jika demikian. Bagaimana Ketua Penerangan Umno Selangor boleh mengumumkan nama-nama mereka sedangkan tuan punya badan sendiri tidak sudi. Mahu menguruskan program pun Umno Selangor bercelaru, bagaimana mahu menawan hati rakyat untuk kembali menyokong mereka?!

Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, yang laporakan Umno online yang nafikan Utusan Malaysia, dua-dua Umno belaka…….. panjanglah umur PR Selangor nampaknya.

3 comments:

mi-phg said...

-depa tahu kalau depa bagi penerangan rakyat tak percaya sebab dulu kini dan selamanya membohong
-yg menjadi sampah itu yg depa ambil
-org yg sedang lemas taik hanyut pun depa capai
-ini tanda depa sedang nazak dan sudah nampak kegelapan terowong dihadapan.
- pengajaran untuk semua jika jatuh utk bangkit semula terlalu perit

Anonymous said...

UMNO BN dah lebih 50 tahun bergelumang dengan segala kemajuan dan kehinaan...rakyat Selangor yang tahu pasal luar dalam UMNO dah serik dgn UMNO...bagilah peluang PR memerintah utk 50 tahun akan dtg...

Anonymous said...

Tak dapat tanduk, pasir di pulas.
Berbagai cara nak tumbangkan Kerajaan Selangor, tapi tak berjaya. Justeru tu, mainkan pula isu pasir.
RTM, TV3 dan Utusan sebuklah melalut. Seolah-olah Khalid Ibrahim tu buat dosa besar.
Pada hal, dia buat semua tu nak dapatkan duit tolong rakyat Selangor. Bukannya nak buat banglo atau melawat Disneylad Florida dan Paris.
Johor pun korek pasir dan jual. Lagi besar. Dengar khabar ke Singapura pula tu. Begitu juga Negeri Sembilan.
Tak pula penyebuk tu bising. Seranglah Gani Man dan Mat Assan. Misti tak berani punya, kerana dua negeri tu BN yang perintah.
Kalau Pakatan yang kontrol, pasti tunggang langgang Malaysia ni.
Pasir oh! pasir. Kerana kau, Melayu sama Melayu bercerekau.
Apalah nak jadi dengan negaraku ini. Bilalah nak aman???
Malaysia Oh1 Malaysia.

- Cucu Dol Said.