Getting the friend of Aminulrasyid Amzah to tell his version of what happened that led to the shooting of the 15-year-old is an unethical move.
Selangor police chief Deputy Comm Datuk Khalid Abu Bakar said the lawyer’s action in holding a press conference and exposing the boy, a key witness in this case, was a cheap publicity stunt to garner public sympathy while investigations were still under way.
ETHICAL atau beretika bermaksud melaksana atau melakukan sesuatu perkara dengan cara bermoral atau menepati perlakuan yang betul.
Semalam adik Azamuddin Omar 15 tahun, rakan kepada Allahyarham adik Aminulrasyid Amzah yang ditembak mati oleh pihak polis di Shah Alam baru-baru ini telah membuat kenyataan kepada media, versi beliau sebagai saksi utama, akan apa yang sebenarnya terjadi pada malam kejadian tersebut.
Pihak polis menganggap tindakan membuat kenyataans eumapam itu sebagai TIDAK BERETIKA, publisiti murahan untuk meraih simpati masyarakat.
Sesungguhnya simpati masyarakat telah pun bersama keluarga Allahyarham Adik Aminulrasyid sebaik mengetahui tentang insiden malang ini. Simpati masyarakat bukannya membuta, tetapi bersandarkan satu fakta penting iaitu anggota polis yang bertugas pada malam itu telah menggunakan senjatapi dan menembak seorang murid sekolah 15 tahun yang tidak bersenjata sehingga mati.
Siapa yang tidak beretika?
Beretikakah kita apabila mengeluarkan kenyataan bahawa Allahyarham adalah penjenayah?
Bagi saya tindakan adik Azamuddin Omar semalam adalah berani dan bijak. Kini rakyat terdedah dengan perkara sebenarnya. Tiada siapa yang boleh menyembunyikan fakta lagi. Yang kita mahu adalah keadilan, walaupun pahit dan mengena batang hidung sendiri, asal saja kita tidak zalim dan dimurkai Allah!

4 comments:
Saya ingin tahun pendapat anda " adakah seorang budak berusia 15 tahun yang keluar melepak selepas tengah malam tanpa pengatahuan ibu bapa, memandu kenderaan tanpa lesen memandu, lari apabila melanggar kenderaan lain dan juga dari polis boleh di katogerikan sebagai budak baik dan harus di bela serta dipertahankan"
Budak Kelantan:
Saya tidak pernah menyebut bahawa Allahyarham adalah "budak baik".
Apa yang saudara titipkan di atas memang mirip pada perlakuan budak nakal namun adakah layak beliau ditembak mati?
Budak nakal memang wajar didisiplinkan. Segala kesalahan yang sdr senaraikan itu tidak padan dihukum dengan tembakkan di kepala.
walaubagaimanapun terima kasih atas pandangan anda.
Budak Kelantan:
Saya hari ini dianggap masyarakat sebagai Ustaz dan berpendidikan agama sehingga peringkat Universiti..
Namun pendidikan saya
Tadika : KEMAS
Darjah 1-6 & Tingkatan 1-5
Sekolah kebangsaan
Dalam tempoh ini, saya seorang budak yang berpeleseran keluar melepak di merata ceruk kampung kerana saya budak kampung bersama rakan2 yang merokok dan macam2 perkara negarif remaja
Alhamdulillah saya tidak merokok, hidu gam dan khayal seperti rakan2 yg lain..
Ibubapa saya tidak mengamalkan dasar mengunci pintu rumah dan saya bebas pulang rumah samada lewat malam atau boleh tidur di mana2 tanpa memaklumkan ibu saya
Namun, yang bermasalah ialah:
- Kami punya tabiat menunggang motor dan berlumba tanpa lesen, maka habislah motor mak ayah kami henjut... termasuk kereta parent rakan2 saya...
Saat itu kami masih bersekolah, tidak ada lesen pun...
berbekalkan duit poket RM2 / RM 5 minimum kami boleh pusing satu KL merempit di tengah2 malam.. (bahasa dulu takde guna rempit) tanpa lesen ...
Alhamdulillahhhhh... itu 10-15 tahun dulu, hari ini saya dan sebahagian kawan2 itu....
ramai yg dah jadi Imam, Pemimpin masjid, guru, profesional yg bertanggungjawab dan malah pemimpin politik gerakan islam yg punya iman dan taqwa...
Saya nak highlightkan...
Saya dan rakan2 yg ni pada pandangan Sdr. Budak Kelantan:
Penjenayah atau Anak remaja nakal?
kalau Sdr. Budak Kelantan ada anak dan anak2 sedara iAllah saya percaya mmg ada yg memandu kereta, menunggang motor tanpa lesen... nak tgk live tunggulah hari raya nanti lagi meriah kan2...
Ini dah jadi kebiasaan sama mcm kalau org marah budak2 nakal, samalah mcm ada kalangan segelintir pihak2 yg nakal @degil org kata jgn makan rasuah ehh makan jugak!
segelnitir mereka yg memandu ni takdelah sampai tahap labell penjenayah tapi nakal yg agak hyper nasty...
tapi mmg saya percaya ketakutan anak remaja malang ini mendahului tindakan mereka yg menyebabkan terjadi kes sebegini...
Saya tak nak salahkan polis yg menembak tu atau komen kes ini, cuma nak bincang status anak2 ni samada mereka ni dianggap penjenayah atau nakal pasal saya percaya ramai lagi yg di luar sana memandu bebas tanpa lesen...
Pada pandangan saya, remaja seusia dia tak sewajarnya memandu kereta. Nak kata dia budak baik sangat pun, tidaklah juga.
Tapi, yang menjadi pertikaian sekarang adakah wajar remaja yang melakukan kesalahan seperti tu ditembak? Mana akal budi dan kewarasan fikiran. Adakah polis kita dah dilatih jadi macam robocop?
Pada saya, remaja itu tetap salah dari segi undang2 jalanraya dan tindakan polis pula tidak tepat dari segi kewajarannya..
Post a Comment