Patuhi adab berjemaah dalam parti
Dalam jemaah kita ada adab berjemaah sebagaimana dalam organisasi kita ada disiplin berorganisasi. PAS bertahan sekian lama lantaran teguhnya pegangan anggotanya pada nilai-nilai ini. Ikatan disiplin jemaah PAS adalah ikatan aqidah yang tidak mudah dirongkai.
Sejak dari penubuhannya sehinggalah membentuk kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959, dari zaman awal penubuhannyake zaman Almarhum Dr Burhanuddin ke zaman Asri, Yusof Rawa,sehingga kini PAS jatuh dan bangun namun kekuatan ini terus padu, inilah yang digeruni musuh dan dihormati lawan.
Jika tiada kekuatan ini, pasti PAS tidak dapat bertahan sebegini lama dalam menjuarai dan meneroka liku-liku perjuangan Islam yang mulia ini.
PAS berdiri taat di belakang pemimpinnya dalam keadaan senang ataupun susah kerana adab berjemaah mengajar kita demikian. Ketaatan itu hanya putus apabila pemimpin tadi memimpin bertentangan dengan syarak Sebagaimana Rasulullah saw bersabda:
“Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang membawa kedurhakaan kepada Allah yang maha mencipta.”
Saidina Omar al Khatab di dalam khutbahnya ada berkata:
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya aku bertindak betul, maka perteguhkanlah aku. Sekiranya aku bertindak salah maka perbetulkanlah aku. Taatilah aku jika aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya aku khianat, maka tiada taat ke atasku daripada kalian semua.”
Malah Rasulullah saw juga bersabda (yang lebih-lebih terkena atas kita selaku jemaah Islam):
“Barangsiapa mentaati pemimpin, maka dia mentaati aku dan barangsiapa menderhakai pemimpin, maka dia menderhakai aku.”
Teguran Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor terhadap SELCAT atau Select Committee on Competence, Accountability and Tranparency baru-baru ini bukannya bermaksud mahu menggugat kerajaan negeri, bukan juga kerana mahu SELCAT itu dibubarkan, tetapi ia dibuat apabila beliau berpandangan yang beberapa kaedah yang digunakan oleh badan itu kelihatan agak kasar dan keterlaluan dan perlu diperbaiki. Ianya dibuat untuk meneguhkan imej kerajaan negeri agar rakyat, kakitangan kerajaan dan semua pihak memandang kita dengan penuh hormat dan kasih-sayang.
Kita tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, kita mahu bawa kebaikan. Kita dipilih rakyat kerana BN dahulu tidak baik. Lalu kalau kita sama seperti mereka maka rakyat nanti akan kecewa dan tidakmustahil kita nanti ditolak.
SELCAT adalah satu badan bikinan Dewan Negeri Selangor. Ia bukan malaikat dan bukan lebih besar dari kerajaan negeri. Ia boleh ditegur dan boleh diubah-suai demi kebaikan kerajaan negeri.
Teguran Dato Hasan boleh diterima, boleh dibincang dan boleh juga ditolak. Tetapi janganlah pertikaikan keikhlasannya, kita diajar menghormati pandangan orang lain. Saya kecewa apabila Speaker Dewan Selangor melenting dan mempertikaikan kepakaran dan pengalaman Dato Hasan ekoran teguran berkenaan.
Tetapi saya lebih kecewa apabila seorang ADUN PAS spontan mahu merujuk Dato Hasan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana mengeluarkan teguran sedemikian. Sejak bila PAS mengajar ahlinya berbuat demikian? Apakah maksud ADUN berkenaan? Sila rujuk NST:
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20sal/Article/index_html
3 comments:
mana-mana perkara yang tidak baik perlu ditegur.. dan diperbaiki dari semasa ke semasa..
teguran yang dibuat oleh dato' hasan ali saya kira wajar..selcat diteruskan dan ahli-ahli terdiri daripada individu berkecuali..sama seperti suruhanjaya diraja..
apapun.. rakyat sekarang memerhati sahaja.. semoga berjaya di PRU13..
ada musuh dalam selimut dalam jmaah PAS...saya rasa
Salam saudara roslan, saya ada membaca artikel berkenaan Raja Petra berkenaan Dr Hassan, secara peribadi saya nampak artikel trsebut seolah-olah konsisten dengan apa yang berlaku. Kes-kes seperti Ust nakhaie dan sekutunya masih segar rasanya dalam benak jemaah PAS, apapun saya bersetuju dengan saudara tentang adab berjemaah, kiranya ada kontra, selesaikanlah secara syura dan sulit supaya tidak disalah ertikan.. Mohon pandangan saudara tentang artikel tersebut..
Post a Comment