Saturday, September 05, 2009

Isu arak kini Umno bagaimana?

Dalam kesungguhan PAS Selangor mengenengahkan dengan berani dan tanpa kompromi keperluan arak diharamkan dikalangan masyrakat Islam khasnya di kawasan majority Islam, tiba-tiba Umno yang berkuasa diperingkat pusat menelanjangkan kejahilan mereka. Kalau sebelum ini kita lihat saki baki Umno di Selangor berdemonstrasi kononnya mahu menjuarai pengharaman arak di Selangor ini (walaupun dizaman mereka tidak pula mereka pedulikan) kini kita lihat bapa dan abang-abang mereka diperingkat pusat lebih ghairah menggalakkannya.







Bermula dengan konsert kumpulan hip hop Amerika, Black Eyed Peas yang dijadual diadakan di Sunway Pyramid (kawasan yang kerajaan pusat isytihar sebagai bengkung pelancongan dan boleh beroperasi sehingga jam 3 pagi) pada 25 September nanti. Istimewanya konsert ini bahawa ia diadakan bersempena ulangtahun ke 250 jenama arak Guiness Stout (di Malaysia sahaja jualan syarikat arak ini mencecah RM1.2 bilion ringgit pada tahun 2008).

Berbagai pihak menuntut agar kerajaan pusat yang didominasi Umno (yang mendakwa merupakan pembela Islam) agar membatalkan konsert ini kerana tujuan dan impaknya terhadap masyarakat khasnya umat Islam. Asalnya Kementerian Penerangan menyatakan bahawa konsert ini akan diteruskan tetapi terbuka hanya untuk masyarakat “bukan Islam”. Tanpa diduga tak sampai beberapa hari larangan itu ditarik balik.

Kononnya menurut Menteri berkenaan Rais Yatim, kerajaan tidak punya kuasa untuk melarang sesiapa dari menghadiri mana-mana pihak majli hiburan. Tiba-tiba kerajaan yang boleh menahan orang tanpa bicara ini, menyeret wakil rakyat macam penjenayah, melepaskan peluru hidup ke atas rakyat yang berdemonstrasi secara aman, menjadi dayus dan lemah tak bermaya.

Terpulanglah kepada umat Islam menurut Rais untuk mempertimbangkan sendiri samada mereka boleh atau tidak menghadiri konsert seumpama ini.







Bagi saya perubahan sikap ini menunjukkan yang Umno sebenarnya tidak pedulikan kerja-kerja mencegah kemungkaran. Bagi saya perubahan sikap ini membuktikan yang Umno kini sudah dipengaruhi dengan trend bahawa amar makruf nahi mungkar kini bukan lagi tanggungjawab kerajaan tetapi masing-masing individu.

Saya mendapat maklum yang konsert ini rupanya terpaksa diteruskan kerana ianya akan ditayangkan secara ke seluruh dunia, ia bakal membawa keuntungan lumayan kepada penganjur dan hasilkepada kerajaan. Kerajaan bersedia menerima hasil walaupun ianya bakal merosakkan rakyatnya!

Saya berharap umat Islam akan keluar beramai-ramai untuk membantah konsert arak ini. Pemuda PAS mungkin boleh bertanya kepada rakan mereka Pemuda Umno, adakah kali ini mereka bersedia berdemonstrasi sekali membantan keputusan kerajaan Pusat yang didominasi oleh bapa dan abang-abang mereka itu.







Ini sesungguhnya bukan isu PAS atau Umno atau sesiapa pun, ini isu maruah, nasib dan masa depan umat Islam. Kita berikan kuasa kepada mereka mengharapkan yang mereka akan berusaha mempertahan dan memelihara aqidah dan keimanan kita. Jika mereka gagal atau tiada “political will” tak kiralah dia PAS atau Umno atau PKR maka kita selaku umat Islam berhak menuntut atau membuat perubahan.

Al Quran yang diturunkan kepada umat manusia dalam bulan Ramadhan ini bertujuan memandu kita sebagai petunjuk dan memberikan keterangan kepada kita antara yang hak dan yang batil. Jangan kekal bersama yang batil, doakan semoga Ramadhan memberikan keinsafan pada kita agar bersama yang hak dan yang benar, Islam insyallah memimpin perubahan.

9 comments:

Papa-Itam said...

Dari haluan mana pun kita kira atau kanan
alam kah bagusnya bab-bab yang berkaitan agama islam kita boleh bersatu

fateh saleh said...

mashaAllah, nice one bro ibn sms...

al-Balingi said...

xdak ka penerangan berkaitan isu kuil..disamping mempertahan rakan separti??

Anonymous said...

kenapa pas selangor senyap saja tentang isu kuil? kenapa exco agama dan ketua penerangan selangor tiba tiba senyap.

jika ini la perangai korang saya sebagai ahli PAS sangat kecewa.

kamu biarkan YB khalid di cemuh dan di maki sedangkan pusat pun dah backing dia dalam isu ini.

kem aman said...

mana demonstrasi anti arak??? nak joint sekali kali ni..

Unknown said...

Kepada Anon 11.40, mungkin tak nampak atau buat2 tak tau. masa isu pengharaman arak, PAS Selangor ambil menaikkan banner 'menyokong tindakan MBSA'. Hinggakan ada timbul provokasi dari pihak2 tertentu menaikkan banner palsu mengecam kembali kerajaan PR.

nak bertindak perlu berhikmah serta perancangan teliti. PAS di beberapa peringkat kawasan melalui lajnah penerangannya telah pun ada perancangan untuk menjelaskan isu ini kepada masyarakat. tapi keutamaan sekarang ini adalah tuntutan keutamaan ibadah di bulan ramadhan. bersabarlah, tak perlu rasa kecewa tuan. biarkan pas kawasan2 dan negeri membuat perancangan mereka. tak perlulah hal merancang tu pun nak diberitahu pada semua. kalau betul tuan betul2 nak bersama mempertahankan jamaah, periksa perancangan di cawangan tuan, ambil tahu dahulu apa yg sedang dirancang oleh kawasan tuan. ceramah penerangan, kuliah agama, penerangan ahli dan banyak lagi yg saya pasti akan dilakukan.

dalam PAS, kami dah biasa pimpinan dicemuh kerana itu asam perjuangan. Cuma jangan Islam itu dicemuh. Andai betul tuan ahli pas, hayati balik nota2 usrah tuan. Ahli pas penuh dengan akhlak, tarbiyyah dan wala' dengan pimpinan. maksud saya di sini, kalau tuan takde ciri2 yg disebutkan di atas, jangan mengaku berlakon jadi ahli PAS.

Anonymous said...

wahai tuan mohd shaiful


saya adalah ajk kawasan dan kami tidak menerima apa sekalipun arahan dr negeri,cuma suruh buat banner arak sahaja.

Anonymous said...

kan ker Khalid Samad tu jugak TYDP Pas Selangor?

Unknown said...

Tuan Anon 11:30. Saya hormati tuan sebagai salah seorang AJK Kawasan. Kepada tuanlah agenda penerangan perlu digerakkan. Saya bercakap pada orang yg betul, seorang AJK kawasan. bawakan isu ini dalam mesyuarat kawasan tuan. atau andai perlu tahu apa arahan seterusnya dari negeri, ada salurannya. be proactive.nak luahkan kekecewaan pun ada salurannya. harap dapat lebih kejelasan di sini.

Kepada Tuan Roslan, selaku ketua penerangan negeri. Ada lompong jurang negeri-kawasan di sini. Ini salah satu contohnya. Kindly make it right before ramai lagi yang 'menyuarakan kekecewaan'.

p/s: tuan boleh edit mana2 perenggan untuk dipublish.selebihnya bergantung pada tuan.