Sunday, September 06, 2009

Hanya kewarasan mampu selesaikan konflik

Siapa yang mungkin terlepas pandang dari aksi penduduk seksyen 23 ketika berdailog dengan MB Selangor dan pihak MBSA di Shah Alam baru-baru ini mengenai pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 ke kawasan mereka. Beberapa akhbar arus perdana sengaja meletakkan gambar-gambar pencetus huru-hara ini di muka depan akhbar mereka hari ini.

Kononnya mereka mahu ditabal sebagai wira dan juara.







Majlis ini adalah majlis dialog. Penduduk dibenar berjumpa dengan MB dan pihak MBSA. Kalau dialog bermakna semua pihak dibenar memberikan pandangan dan menyuarakan cadangan. Kita tidak perlu menjerit-jerit apalagi bersikap biadap dan kurang ajar untuk mengemukakan hujah kita. Ini pertemuan rasmi, biarlah semua memelihara akhlak dan tutur kata. Tetapi tidak. Bagi sesetengah kalangan menjerti-jerit, melompat-lompat dan bertindak kurang ajar itulah yang paling cerdik dan tepat bagi mereka.

Sehingga mereka lupa apakah matlamat utama mereka ke sana. Jika matlamatnya untuk membuktikan kepada MB bahawa penduduk seksyen 23 yang majoriti Melayu tidak dapat menerima sebuah kuil Hindu di kawasan mereka, saya kira cukup dengan mengemukakan petisyen tandatangan kepada MB.

Tetapi jika punya agenda tertentu, mahu mengambi lkesempatan memalukan kerajaan, merendah-rendahkan kerajaan, ternyata mereka sekadar membawa aib kepada diri mereka dan kumpulan mereka. Tambah antara yang bankti berucapitu termasuklah pemimpin Umno peringkat cawangan.

Majlis ini kini sudah berlalu dan menurut MB pihak kerajaan negeri tidak akan berdailog lagi dan akan mengkaji keputusan yang telah dibuat.

Iktibar dari majlis ini, sikap kurang ajar dan kasar dalam berbincang, dalam berbahas dan dalam mengemukakan hujah secara sivil memang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kadang-kadang kita sangka kita boleh jadi popular, boleh jadi juara kerana menguasai situasi dengan hujah yang hangat dan membakar semangat, tetapi rupa-rupanya kita tidak sedar yang ramai melihat dan menilai gelagat kita. Ramai yang jadi mual dan benci, sedang kita berangan kitalah yang paling baik dan popular.

Bagi juak-juak yang meriuh-rendahkan suasana itu, mereka sudah pasti akan dicap sebagai gerombolan yang tidak berakhlak dan kuarng ajar.Tambah jika mereka dikaitkan dengan parti yang mereka wakili maka selamanyalah rakyat akan membenci parti mereka itu.

Sementara bagi kita semua yang lain belajarlah dari peristiwa ini. Jika kita tidak suka diperlakukan demikian jangan perlakukan orang lain begitu. Saya percaya pandangan yang terbaik adalah berdasarkan hujah lawan hujah secara teratur dan penuh hormat menghormati. Dalam hal ini saya terpaksa akui bahawa antara pemimpin yang paling tenang dan percaya kepada kaedah ini danmengamalkannya adalah MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri. Dalam beberapa pengalaman saya bersama beliau saya dapati beliau antara tokoh yang tidak mudah melatah dan emosional. Boleh berhujah dan menerima hujah. Inilah bukti pemimpin yang baik. Kita tidak akan jadi begitu kalau kita harapkan orang lain begitu sedangkan kita sendiri tidak.

Semoga selesailah masalah ini dengan kebijaksanaan Tan Sri Khalid.

8 comments:

Yanaam said...

Melihat gelagat pemimipin UMNO seksyen 23 Shah Alam, saya tertanya-tanya, masih adakah orang India yang mahu mengundi calon UMNO ? Mungkin pengundi Bagan Pinang boleh beri isyaratnya.

MIC pasti akan dipersalahkan jika gagal meraih undi kaum India, walhal puncanya daripada UMNO.

asrul said...

Agak-agak yang dok terjerit-jerit tu, jenis yang jaga agama? Ntah-ntah surau Seksyen 23 pun tak pernah kenal..

Anonymous said...

Malu rasanya kita mengaku beragama ISlam tetapi akhlak mcm Yahudi. Rasanya wakil penduduk India yg bukan Islam tu lebih nampak Islam dari mereka yg mengaku Islam.

weber said...

Sdra Roslan,

Mengadakan majlis dialog itu baik tapi tidak bijak. majlis dialog seharusnya dilakukan sebelum membuat apa-apa keputusan ataupun sebelum membuat apa-apa pengumuman. ini tidak, setelah segerombolan Melayu menzahirkan rasa tidak puas hati mereka, baru nak diadakan majlis dialog. terlajak kata buruk padahnya.

walaupun saya tidak bersetuju dengan sikap gerombolan Melayu yang jelas tidak menghormati Ramadan, tetapi reaksi sebegini sudah boleh diagak. kita orang Melayu, takkan kita tak boleh mengambil kira sensitiviti orang Melayu.

susah payah nak dapatkan selangor ni. fikirlah sedikit sebelum bertindak.

Shamrol Azly said...

SAMA JE PERANGAI GENG PKR DULU MASA KUIL HARAM NAK DI ROBOH DI SELANGOR DULU...

Abu Irsyad said...

Abang Lan puji Tan Sri Khalid Ibrahim aje ke? Ir. Khalid Samad macam mana pula ? kerana saya lihat Ir. Khalid Samad juga dengan beraninya dan dalam keadaan bertenang menghadapi 'kemaruk' orang-orang yang membantah pembinaan kuil di seksyen 23 tu.

Anonymous said...

Salam semua......Irsyad sdr kena baca perenggan-perenggan terakhir posting abang lan untuk faham maksudnya............tidak mudah melatah dan emosional, boleh berhujah dan menerima hujah, Ir Khalid macam tu ker?

-JAWA MERU-

AMNOBODO said...

geng kepala lembu tuh...muker pon muker samseng haa..mana ada semayang maaa...hahah..itu pasat prangai itu macam