Utusan Malaysia hari ini melaporkan "Empat ahli UMNO Hutan Ketiau cedera bergaduh".Menurut laporannya pergaduhan tercetus ketika UMNO cawangan Kampung Hutan Ketiau, Sg. Batu Pahat, Kangar, Perlis sedang melangsungkan mesyuarat agungnya. Mesyuarat yang diadakan di Dewan Pengakap kampung tersebut kecoh apabila ada kalangan ahli-ahlinya yang memprotes kerana nama mereka digugurkan dari senarai ahli berdaftar di cawangan berkenaan.
Antara yang tercedera adalah setiausaha cawangan tersebut yang luka di kening dan bibir.TV3 semalam melaporkan ada yang dihentak kepala dengan kerusi, ada yang ditumbuk dan ada yang dilontar dengan kerusi sehingga huru-hara mesyuarat.
Untuk perhatian cawangan ini berada dalam UMNO bahagian Kangar yang ahli Parlimennya adalah Setiausaha Agung UMNO sendiri Radzi Sheikh Ahmad.Ada orang Perlis mengkhabarkan yang MB Perlis Shahidan dan Radzi ni memang tidak sebulu. Cawangan lain dalam Perlis semuanya berjalan baik tiba-tiba di cawangan dalam bahagian Setiausaha Agung boleh jadi liar macam konsert sureheboh TV3, apa muslihatnya agaknya?
Dalam pada itu lagu tema UMNO terus berkumandang......Bersatu kita bersatu.....Kenapa tak percayakah?
No comments:
Post a Comment