Riuh akhbar dan TV melaporkan pertembungan antara Puteri UMNO dan Wanita UMNO. Yang direbutnya adalah kepimpinan diperingkat bahagian UMNO.
Menurut peraturannnya ahli Puteri yang dah melebihi 35 tahun akan terus diserap ke dalam Wanita UMNO. Isunya ada yang dari Puteri ini merupakan bekas Ketua dan pimpinan Puteri bahagian, oleh itu bila masuk Wanita takkanlah nak jadi ahli biasa sahaja atau tunggu untuk dilantik sebagai AJK Wanita oleh Ketua. Maka berlobilah masing-masing dan dikhabarkan dah ada bekas Ketua Puteri yang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Ketua Wanita bahagian dari cawangan-cawangan Wanita yang dah bermesyuarat agung.
Yang mula melancarkan serangan adalah Rafidah Aziz selaku Ketua Wanita UMNO Malaysia. Dikelilingi makcik-makcik AJK nya Rafidah memberi amaran kepada puteri-puteri ini agar tidak mewujudkan perpecahan dalam wanita. Baru setahun jagung dalam politik katanya, duduk diam-diamlah dulu barangkali dalam tempuh 3 tahun kemudian baru boleh naik ke atas.
Anatar bekas Ketua Puteri yang nak bertanding itu adalah Haliza Abdullah di Batu Pahat (negeri Azalania/Hishamuddin) yang mendapat 49 pencalonan dari 120 cawangan.
Maka mulalah perang mulut yang outeri pertahankan rakan atau bekas rakan mereka yang wanita pertahankan boss mereka. Yang kelakarnya yang bukan Putei dan Wanita pun masuk campur.
Antarnya Hishamuddin Ketua Pemuda UMNO Malaysia, yang nasihatkan puteri agar cermin diri dahulu (laser sungguh). Azalina pula selaku bekas Ketua Puteri sudah pastilah mempertahankan anak-anak buahnya dengan mengatakan anak-anak buahnya tidak harus disekat dan mereka berhak bertanding.
Anehnya Setiausaha Agung UMNO (yang semasa Semangat 46 dahulu memanggil UMNO Baru tu sebagai UMNO baru..ah) Radzi Sheikh Ahmad juga masuk campur dengan menyatkan sepatutnya hali-ahli puteri berkenaan memberi tumpuan pada jawatan-jawatan rendah terlebih dahulu sebelum melangkah naik.
Demikianlah pergolakan dalam Puteri dan Wanita. Itu baru Puteri dan Wanita belum mesyuarat-mesyuarat agung cawangan yang berentap berhabis-habisan. Sehingga dilaporkan hampir 100 cawangan seluruh Malaysia kena bermesyauarat semula.
Hari ini dialporkan Bahagian Permatang Pauh pula digantung mesyuaratnya sehingga suatu masa yang akan ditetapkan. Kononnya perbicaraan petisyen pilihanraya kerusi Peramatang Pauh boleh memungkinkan pilihanraya kecil, oleh itu tumpuan diberikan ke sana. Sedangkan hakikatnya pencalonan dari cawangan-cawangan untuk jawatan bahgian begitu sengit. Imam pencen Pirdaus (yang kini EXCO pemuda UMNO Malaysia yang dilantik) pun dikhabarkan akan berentap satu lawan satu untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian. Pirdaus dapat 17 pencalonan, ADUN Seberang Jaya Ariff Shah 32 (dahlah pilihnaraya pun kalah silap-silap pertandingan UMNO pun lingkup - hinanya bila imam lawan kebenaran)
Berpuaka sungguh nampaknya bila UMNO mengadakan pemilihan.Puteri dan Wanita sudah tentu bertelegah demikian juga yang lain-lain.....cemerlang, gemilang, terbilanglah itu.
roslansms@hotmail.com
No comments:
Post a Comment