Thursday, June 24, 2004

Akhirnya bertapak juga yang rasional

Isu membuka keahlian PAS kepada masyarakat bukan Islam dibangkitkan semula oleh PAS Wilayah bawah Pak Subky. Ini ekoran kekalahan besar PAS dalam PRU lalu. Kononnya PAS kurang dapat undi masyarakat bukan Islam maka penyelesaiannya buka pintu PAS kepada mereka.

Hari ini Harakahdaily melaporkan DPP Pahang menolak cadangan tersebut:

Pemuda PAS Pahang tolak ahli bukan Islam jadi ahli

Thursday, June 24 @ 16:06:30 MYT

Perwakilan Kuala Kerau, Ustaz Sharif Mohd Yusuf ketika memberikan pandangannya berkata, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk PAS membenarkan non-muslim menyertai PAS.
"Di dalam qaedah fiqhiyyah, sekiranya ada dua kemudaratan, kita perlu memilih mudarat yang lebih ringan," tegasnya.
Tambah beliau lagi, "Sekiranya kita mengekalkan polisi untuk membuka keahlian hanya kepada umat Islam sahaja, kita akan mendapat satu mudarat iaitu kita sukar mendapat sokongan non-muslim.
"Tetapi sekiranya kita membenarkan mereka menyertai PAS, kita akan terpaksa berhadapan dengan mudarat yang lebih besar, iaitu kita akan sukar untuk mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu yang pastinya akan memandang serong kepada perjuangan PAS.


Sebenarnya kita kalah bukan kerana masyarakat bukan Islam tolak kita (semata-mata), faktor terbesar kerana masyarakat Islam sendiri tolak kita. Di kawasan majoriti Melayu pun calon PAS kecundang. Orang Melayu lebih rela undi Cina Gerakan dari Dr. Lo'lo di Bukit Gantang. Orang Melayu lebih rela undi Palanivel dari Ustaz Ismail Kamus di Hulu Selangor. Kedua-dua kawasan majoriti Melayu......

Oleh itu untuk bangkit semula PAS perlu give priority terhadap pemantapan power basenya iaitu dikalangan pengundi Melayu/Islam. Susun gerak kerja ke arah tu. Dalam waktu yang sama kita berdakwah juga terhadap bukan Islam.

Bagi saya secara peribadi lebih praktikal kalau satu lajnah ditubuhkan yang dianggotai oleh sahabat-sahabat berbangsa Cina/ India Muslim yang kini ada dalam PAS. Biarkan mereka memimpinnya dari Ketua, SU sampai ke AJK. Mereka inilah kita pertanggungjawabkan untuk mengepalai jentera untuk mendekati dan memahamkan masyarakat bukan Islam - yang lain sekadar memberi sokongan.

Sebab ini reality dalam masyarakat majmuk Msia. Lihatlah DAP. DAP berkali-kali berusaha mendapat ahli dan cawangan Melayu namun gagal. Akhirnya yang ditaja adalah calon-calon Melayu yang berdiri bertanding di kerusi majoriti Cina contohnya arwah Ahmad Nor termasuklah Karpal Singh (kerusinya bukan majoriti Sikh tapi Cina).

So kita kena bijak dalam hal ini. Asak dan gempurlah masyarakat Melayu/Islam yang telah menolak kita itu. Bekerjalah kearah memenangkan kembali keyakinan mereka. Itulah kelemahan utama kita sebenarnya!

roslansms@hotmail.com



No comments: