Tuesday, November 13, 2007

Nazri Aziz malapetaka besar Parlimen Malaysia

Kabinet Malaysia adalah menteri-menteri yang dilantik oleh Perdana Menteri untuk memainkan peranan eksekutif dalam mentadbir negara. Bukan senang untuk duduk menganggotai kabinet, sudah pastilah mereka yang ebrjaya ke sana adalah terdiri dari warga Malaysia yang berkhlak mulia dan berpekerti baik. Kalau seseorang yang berakhlak buruk, mengamalkan budaya samseng dan kurang ajar, sudah pastilah orang seperti ini tidak layak dan tidak cocok untuk menganggotainya.


Menteri-menteri kabinet disamping menganggotai kabinet yang dipengerusikan Perdan Menteri serta menjalankan tugas mereka mengikut portfolio masing-masing sebagaimana ditetapkan PM, juga diminta bertanggungjawab kepada Parlimen berhubung portfolio yang dipertanggungjawabkan kepada mereka itu.

Hari ini akhbar-akhbar tempatan merakamkan amuk seorang menteri di Parlimen apbila dibangkitkan isu Perhimpunan Aman BERSIH Sabtu lepas di Parlimen. Menteri itu turut melenting dan bertikam lidah dengan Ketua Pembangkang Sdr Lim Kit Siang yang turut menyertai perhimpunan itu.
Ahli parlimen Kuala Nerus dari Umno memohon penjelasan dari Menteri di JPM Nazri Aziz berhubung perhimpunan itu lalu inilah jawapannya, seorang menteri kabinet dalam kerajaan Dollah Badawi:

Tuan Yang di-Pertua, Yang Berhormat tak payah fahamlah, memang kepala tak betul di sana Itu [Dewan riuh]. Dalam istilah orang muda sekarang ini wayar putus, kepala wayar putus.

Macam mana nak kata tak adil, saya boleh kata kalau Anwar Ibrahim dia kalah bertanding pilihan raya, dia nak bangkit nak katakan tak adil. Ini menang pun tak adil, dia lupa. Sebab itu saya kata kepala tak betul, tak payah dok faham dia. Namun Yang Berhormat, sebenarnya dia dah tahu dalam pilihan raya akan datang dia akan kalah, kalah teruk saya nak bagi tahu.
Sebab itu sekarang smoke screen, dia cuba nak wujudkan satu suasana dia ambil tindakan menunjukkan bahawa iaitu SPR tidak adil. Bila dia kalah nanti dia kata itulah tak adil. Jadi perkara ini orang-orang ‘pondan’ macam pembangkang tak payah layan pandangan mereka ini. Kita percaya SPR adalah adil.

Tanyalah mana rakyat Malaysia sekalipun adakah layak jawapan seumpama ini diberikan dalam Dewan Rakyat, sebuah badan legislatif tertinggi dalam negara? Sudah pasti semua yang waras akan bersetuju bahwa menteri berkenaan keterlaluan, emosional dan tidak rasional dalam menjalankan tugasnya. Kerana itu Ketua Pembangkang (Lim Kit Siang - Ipoh Timur) bangun dan berkata:

Inilah jawapan yang sangat tidak bertanggungjawab,kita serius bukan main-main politik.Soalan di sini ialah mengenai daftar pemilih atau electoral rules banyak kecacatan sama ada bukan sahaja ada pengundi hantu dan yang beraksasa tetapi ada post ballot yang dijalankan tanpa keadilan.Dua hari lalu adalah satu perhimpunan raksasa yang aman, berpuluh-puluh ribu orang yang keluar yang menunjukkan komitmen mereka kepada demokrasi, cinta demokrasi, cinta keadilan dan menyampaikan satu memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong supaya ada perubahan elektro.

Adakah kerajaan rela untuk ada satu positive response bukan buat respons tidak bertanggungjawab dan membuat tuduhan-tuduhan yang bukan-bukan yang liar semacam mahu mengheret institusi raja dan Yang di-Pertuan Agong kepada kancah politik, itu tidak benar. Oleh kerana institusi raja dan Yang di-Pertuan Agong ialah fountain of justice dan fountain of keadilan. Bukankah kerajaan ada tanggungjawab supaya menjaga maruah institusi raja sebagai fountain of justice supaya melayani tuntutan-tuntutan adakah electoral reform dan bukan menjatuhkan status institusi raja dalam perkara ini.

Bagi saya Nazri Aziz ini bukan hanya tidak layak duduk di parlimen malah kehadirannya di sana lebih mengaibkan kerajaan PM Dollah Badawi. Dan ini bukan kali pertama beliau melenting bagaikan orang separuh tiang, telah acapkali beliau berperangai demikian. Inilah contoh modal insan yang dilahirkan Dollah, bengis, biadap dan kurang ajar.

Ketika bertelagah dengan Kit Siang semalam beliau turut dilaporkan oleh hansard sebagai berkata:

Bodoh, buta, pekak. Tuan Yang di-Pertua,saya nak beritahu di sini ini...
Orang macam Nazri ini setanding akhlaknya dengan Mat-mat Rempit yang mengganas di jalan-jalanraya kita. Syabas Nazri kerana menzahirkan akhlak dan keperibadian sebenar anda. Syabas Pak Lah!
Penyapu yang sial dijadikan hadiah


Orang Melayu menganggap penyapu itu satu alat yang sial. Ianya bukanlah sesuatu yang tidak masuk akal kerana penyapu itu hakikatnya adalah alat yang digunakan untuk menolak keluar kotoran dan najis. Kerana itu penyapu tidak dibuat barang permainan kerana kalau terkena sesiapa ianya tidak manis dan mengaibkan. Lalu tidak terdapat dalam adat orang Melayu mana-mana orang yang waras dan beradat yang menghadiahkan pula seseorang lain dengan penyapu.





Khir Toyo Menteri Besar satu-satunya Negeri Maju di Malaysia, kerana nak menunjukkan kehebatan kepimpinan beliau telah memilih untuk menghadiahkan penyapu kepada PBT di negerinya yang gagal mencapai target kutipan hasil yang ditetapkan, selain kerana mempamirkan mutu perkhimatan yang kurang memuaskan.

Semalam di Shah Alam sempena Hari Anugerah Khas Prestasi Kutipan Hasil 2006, Khir menghadiahkan penyapu kepada dua agensi kerajaan negeri iaitu Majlis Daerah Hulu Selangor dan Pejabat Tanah Hulu Selangor. Mereka menerima penyapu yang sial itu kerana gagal menepati target kutipan hasil sebanyak 90% dan tunggakan sebanyak 70%.

Ruangan Bisik-bisik Awang Selamat dalam Utusan Malaysia memuji kelainan Khir yang dikatakan kononnya agresif dalam menggerakkan pembaharuan itu.

Apa pun bagi saya tindakan menghadiahkan penyapu itu agak keterlaluan. Cara memimpin dengan mengaibkan orang yang dipimpin bukannya stail sebuah negara maju tetapi stail yang diamalkan oleh orang yang tidak berpelajaran dan para diktator.

Benarlah kutipan hasil dan tunggakkan itu penting bagi kerajaan negeri, tetapi dalam hal ini banyak kajian perlu dibuat bagi mencari alasan kenapa para penduduk gagal atau enggan membayar hasil. Kesalahan tidak sewajarnya diletakkan atas bahu agensi kerajaan semata-mata. Hulu Selangor adalah kawasan luarbandar. Apakah rakyat di sana berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang diberikan, atau mungkinkah banyak yang tidak mereka nikmati sehingga mengakibatkan mereka enggan menyumbang.

Hulu Selangor tidak boleh disamakan dengan Petaling yang tahap pendidikan dan ekonomi rakyatnya lebih baik.

Bagi saya banyak cara dan kaedah lain boleh digunakan oleh Khir selaku MB untuk bukan hanya memantau tetapi memperkenalkan pendekatan yang efektif bagi meningkatkan kutipan hasil. Tetapi menghadiahkan penyapu bagi saya sangat mengaibkan dan amat tidak wajar walaupun beliau berkata kononnya tujuan menghadiahkannya bukanlah untuk memalukan, kalu tidak malukan, apalagi tujuannya?!

Menurut laporan The Star ternyata tindakan Khir itu tidak disenangi oleh kakitangan kerajaan yang hadir:

Many staff members shook their heads when the brooms were presented to their recipients.

Ramai kakitangan yang menggeleng-gelengkan kepala apabila penyapu itu dihadiahkan kepada penerimanya.

Mungkin kita juga boleh mengenakan target kepada Khir, dan menghadiahkan beliau penyapu lidi jika gagal dalam pencapaiannya. Negeri Maju yang diisytiharkannya pada 2005 masih banyak belum menepati apa yang dicita-citakannya. Saya mencadangkan agar rakyat Selangor dan kakitangan awam negeri membaca buku: Selangor Maju Menuju Wawasan Syumul 2005, yang diterbitkan oleh Pejabat MB semasa Khir baru menjadi MB dulu. Lihat satu persatu target yang dutetapkan oleh Khir bagi kerajaannya. Kalau kita halusi bukan satu malah berpuluh-puluh penyapu yang sial-sial boleh kita hempapkan atas kepalanya.

Jangan hanya pandai mengukur orang, kelak orang lain pun boleh mengukur anda.

Monday, November 12, 2007

Terima kasih dan syabas semua

Selain saya, saya yakin antara yang turut bersemangat dan bersungguh mahu menjayakan Perhimpunan Aman Rakyat anjuran BERSIH Sabtu lalu adalah para pembaca setia BLOG ini. Ramai yang menurunkan komen dan mengirim email akan turut serta dan memberikan semangat. Tidak kurang juga yang bimbang dan memberi nasihat agar berhati-hati.

Seorang yang regular memberi komen di BLOG ini iaitu Sdr Max, malah menasihatkan saya agar membatalkan perhimpunan ini kerana risau akan risikonya kepada para peserta.(Siapalah saya untuk menahan kemahuan rakyat ini). Beliau menulis:

Mr SMS, i think ud better call off the whole thing. Seroiusly its going to be a complete bloody (literally) disaster. Ud think bloody bodowi would stand around and let this gathering take place? No way man! He'd make sure that this thing wont be taking place.If it does, he'd send his hound dogs + acid cannons and shit. Pity all those women and children Sms. U really think that 100k people will scare them? No way! Please call this off. Please tell the folks about the risk theyll be taking if they want to take part. Reality check man, in Malaysia, we're all screwed. Why? cos the majority are all so dumb and have shit for brains.If the majority keeps voting BN, what can we do? protest? thats laughable man.
Max Underwood 11.09.07 - 3:50 pm

Saya pada mulanya agak keciwa juga dengan nasihat Max itu tetapi kemudiannya saya menyedari yang nasihat itu barangkali ikhlas kerana mahu mengelakkan yang tidak diingini berlaku ke atas para peserta. Lalu saya menulis:

Dear MaxIf that is the price that we have to pay for a democratic Malaysia, lets pay it with all we,ve got - demi bangsa, agama dan negara.Im sure none of us tomorrow would want to create trouble, we seek our rights to assemble and to present our demands to our beloved King. If for that reason we be shot and killed......jadikanlah Dataran Merdeka pusara kami.Insyallah kita mahu semua berjalan lancar dan aman esok.
roslansms 11.09.07 - 4:14 pm

Terus terang secara peribadi saya pun bukan seorang yang berani sangat tetapi sangguplah menggagahkan diri demi perjuangan yang benar ini. Ruap-rupanya respon saya terhadap tulisan Max itu menerima pula respon dari pembaca yang lain antaranya:

we seek our rights to assemble and to present our demands to our beloved King. If for that reason we be shot and killed......jadikanlah Datara Merdeka pusara kami.....bERderau darah aku ayat ni......Insyaallah..TAKBIR..
Anonymous 11.09.07 - 5:16 pm

Dan dari seorang lagi:

we seek our rights to assemble and to present our demands to our beloved King. If for that reason we be shot and killed......jadikanlah Datara Merdeka pusara kami.....bertakung air mata aku dengan ayat ni......Insyaallah..TAKBIR..Inilah perjuangan!!!
anti murtad 11.12.07 - 12:30 pm

Apa pun kini segala-galanya telah selesai. Ternyata perhimpunan tersebut telah berjaya dan ternyata kesepakatan kita semua telahberjaya melontarkan kemahuan kita kepengetahuan umum. Rakyat kini telah membuka mata, ayuh kita sedarkan mereka semua dari lena mereka.
Malaysia yang DOUBLE STANDARD

Khairy, with his left arm in a sling, gave a 30-minute speech decrying the attacks and demanding that the United States get Israel to cease its attacks. He said Israel was using weapons and ammunition provided by the United States. He gave Rice five minutes to come out and receive the memorandum.
When there was no sign of this happening, Khairy together with about 200 supporters pushed their way past the FRU line. In the commotion, some supporters, including Khairy, fell. Other police personnel moved in to form a human chain in front of the entrance to the convention centre.

Despite this, Khairy and a handful of supporters managed to get through. They squatted outside the entrance for two hours. Besides Khairy, the others who waited outside included Umno Putera chief Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim and Datuk Norza Zakaria, political secretary to Finance Minister II Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Khairy was finally allowed into the building and was seen being taken to the Police Control Centre. He came out about 20 minutes later and told his supporters that the memorandum was with Rice.

Demikianlah laporan akhbar The Star darihal demonstrasi (jalanan) anjuran Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin pada 28 Julai 2006 lalu sempenan Persidangan Menteri-menteri ASEAN di KLCC, Kuala Lumpur.
Cuba anda perhatikan antaranya:
PERTAMA:
Khairy dibenar berucap selama 30 minit
KEDUA:
Khariy bersama 200 penyokongnya merempoh dan melepasi barisan FRU
KETIGA:
Akibat rempuhan ganas itu ada yang terjatuh termasuklah Khairy
KEEMPAT:
Khairy akhirnya dibenar masuk ke dalam bangunan

Soalnya kenapa begitu lunak dan mesra sekali layanan pihak polis dan FRU terhadap Khairy sedangkan Sabtu lepas Himpunan Rakyat Aman BERSIH di Masjid Jamek disiram dengan air kimia dan gas pemedih mata? Beratus orang ditahan oleh pihak polis sedangkan tidak ada seorang pun pemimpin atau ahli Pemuda Umno pada 28 Julai 2006 lalu ditahan atau didakwa.

Rakyat yang berhimpun secara aman di Masjid Jamek tidak pula sekali-kali PUSHED THEIR WAY PAST THE FRU LINE sebagaimana Khairy dan penyokongnya, bermkana tiada provokasi, tetapi Khairy yang bertindak ganas dan mencabar polis itu dibiarkan malah diberi pula laluan untuk masuk ke KLCC tanpa sebarang ancaman, tiada gas pemedih mata, tiada water cannon.

Apa komen polis dan media arus perdana lain?

Itu Khairy, Khairy kan menantu Perdana Menteri yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri, jangan kan tangkap, jentik Khairy pun sudah pasti polis tak berani. Itulah bezanya rakyat kebanyakkan, iaitu kita semua kalau nak dibanding dengan Dollah dan menantunya.
Kalau kita rakyat biasa keluar ke jalan raya dengan aman kerana mengamalkan hak kita sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan, kiat dicap sebagai beruk jalanan. Tetapi bila yang berbuat demikian menantu Perdana Menteri, maka beliau dianggap wira dan lebih jijik lagi segala pegawai kanan dan anggota polis tunduk dan beri laluan.

Inilah Malaysia yang kononnya adil dan demokratik!


Sunday, November 11, 2007

Tabik hormat kepada Unit Amal



Dalam Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH semalam, selain dibanjiri warna kuning berupa pakaian dan tshirt yang digunakan oleh para peserta himpunan, kita tidak dapat lepas pandang pada pakaian seragam berwarna merah (maroon) yang digunakan oleh pasukan Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Mungkin kalau saya yang mengulas, ianya nampak macam berta sebelah (itu kerja Zainuddin Maidin). Berikut saya turunkan ulasand ari salah seorang Blogger Malaysia yang ternama iaitu Sdr Jeff Ooi di dalam lamannya Screenshots http://www.jeffooi.com/
Beliau menulis:

The unsung heroes were the brigade in maroon, the Unit Amal Malaysia organised by PAS. They were there to maintain crowd discipline, to detect agent provocateurs, and to clear up the rubbish after the rally was over

Wira (pada hari tersebut) adalah Unit Amal Malaysia briged yang berpakian serba merah bawah tajaan PAS. Mereka berada di sana untuk mengawal disiplin para peserta serta mengesan mana-mana ansir yang cuba mencetuskan ketegangan, dan selepas perhimpuna berkahir, mereka juga bertugas mengutip sampah-sarap yang ditinggalkan.

Syabas anak-anak muda kita, tabik hormat kepada anda semua.
Himpunan Aman rakyat yang berjaya

Pagi tadi sebelum saya membeli akhbar-akhbar tempatan, rutin biasa dipagi Ahad, saya membelek-belek beberapa akhbar berbahasa Cina yang sarat dengan gambar-gambar Perhimpunan Aman Rakyat BERSIH semalam. Sebelum itu di rumah sejak semalam saya sempat menonton laporan berita peristiwa yang sama melalui BBC dan al Jazeera. Kalau tak silap berita BERNAMA juga ada menyelitkan sedikit laporan video peristiwa bersejarah itu.
Akhbar tempatan yang lain?
Seperti dijangkakan akhbar-akhbar lain seolah menggelapkan persitiwa bersejarah itu. Kalau pun ada laporan sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja. Ternyata apa yang cuba digambarkan adalah kononnya kegagalan perhimpunan tersebut. Ada yang memetik kenyataan polis kononnya hanya 4,000 yang hadir.

Itu tidak menghairankan kerana kalau ada yang berkesempatan mengikuti laporan al Jazeera (sila lihat di laman umno-reform http://www.umno-reform.com/ ) terdapat temuramah diantara Menteri Penerangan Zainuddin Maidin dengan korseponden al Jazeera ketika saluran berita antarabangsa itu menayangkan gambar video kejadian pihak FRU menyuraikan mereka yang berhimpun di Masjid Jamek dengan menggunakan water canon yang memancutkan air bersalut kimia.

Di sana anda dapat mendengar betapa Menteri Penerangan Malaysia sendiri kering-kering berbohong di hadapan orang yang menonton siaran tersebut. Sambil cuba mempertahankan tindakan pihak polis Zainuddin melepaskan geram dan marahnya ke al Jazeera, suatu sikap yang sungguh biadap dan memalukan oleh seorang yang bertaraf menteri. Inikah jenis menteri yang dilahirkan oleh kerajaan cemerlang, gemilang dan terbilang Malaysia?

Antara lain apabila disoal Zainuddin berkata:

Your journalist is trying to project and exaggerate more than what actullay happened

Wartawan anda cuba membesar-besarkan apa yang sebenarnya berlaku

You have been trying to do this everywhere but in Malaysia people laugh at you, you know. Police dont fire at anybody. You are trying to project what is in your mind. You think that we are Pakistan, we are Myanmar, that is your thinking.

Anda telah cuba dimana-mana, tetapi di Malaysia orang akan mentertawakan anda. Polis tidak melepaskan tembakan (pancutan) kepada sesiapa. Anda cuba memaksa pandangan anda. anda ingat kami ini Pakistan, atau Myanmar, itu anggapan anda.

Apalah nak dihairankan dengan media arus perdana yang memutarbelit dan menggelapkan berita kalau menteri sendiri terang-terangan menipu!

Al Jazeera umpamanya telah menghantar wakilnya Hanish Mcdonald ke perkarangan Masjid Jamek dan ternyata beliau sendiri terkena semburan air asid dari salah sebuak trak FRU yang membawa water canon. Zainuddin bila ditanta berkata:

I congratulate your journalist for being a good actor

Saya ucap tahniah kepada wartawan anda kerana pandai berlakon.

Yang berlakon (bersandiwara), menipu dan memutarbelitkan berita biasanya adalah RTM dan Kementerian Penerangan di bawah Zainuddin. Kerana itu Zainuddin berasa kecil dan terhina apabila melihat agensi berita yang berani, benar dan berkualiti seperti al Jazerera dan lain-lain.
Apa pun bagi kita media perdana tempatan di bawah kerajaan BN memang berat sebelah dan tidak memberi ruang kepada pembangkang. Itulah hakikat hidup kita di Malaysia yang dah 50 tahun Merdeka ini. Oleh itu menjadi tugas kepada kita, warganegara Malaysia yang prihatin untuk menyibarkan maklumat dan berita khasnya melalui laman-laman web dan blog agar sampai keperhatian dan pengetahuan rakyat.

Biar mereka tahu membeda dan menilai antara kaca dan permata. Kalau Zainuddin kata perhimpunan ini gagal, cuma sekitar 4,000 sahaja yang hadir ternyata menteri ini tidak pandai menghitung atau kerana dah memang dah sebati dengan peipuan sehingga yang banyak pun dilihat kecil, itu masalah dia. Orang seperti dialah yang mahu kita lenyapkan dari memegang jawatan penting dalam negara.

Ayuh kita jalankan tugas kita masing-masing. Sesungguhnya Perhimpunan Aman BERSIH ini akan menjadi pemagkin kepada mencetuskan lebih banyak lagi kesedaran dan perubahan serta membuka mata hati rakyat untuk bersama membawa kebaikkan dan reformasi kepada negara kita yang tercinta ini.

Syabas kepada semua yang terlibat, yang mengambil bahagian dan yang ditangkap.


Kedaulatan Raja-raja Melayu memayungi kepentingan rakyat


Saya adalah antara puluhan ribu rakyat Malaysia yang boleh berbangga bahawa saya turut terlibat dalam Perhimpunan Aman bersejarah anjuaran BERSIH semalam 10 November 2007 yang telah berjaya meyerahkan memorandum rakyat kepada Yang Dipertuan Agong, satu persitiwa yang tidak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia Merdeka sebelum ini. Tidak pernah dalam sejarah Malaysia, pintu pagar Istana Negara, dibuka atas perintah Raja kita yang dikasihi, untuk menerima memorandum berupa suara hati rakyat terhadap kepincangan dan ketempangan sistem demokrasi dalam negara ini.

Kita rakyat Malaysia boleh berdiri bangga kerana dalam negara kita yang Medeka ini, Raja kita yang dikasihi benar-benar bertindak bagaikan payung kepada rakyat jelata, bersedia mendengar keluhan dan rintihan rakyat, tanpa mengira fahaman atau ideologi politik mereka. Daulat Tuanku, Tuanku insyallah akan dikenang sebagai Raja yang berjiwa rakyat. Kami berbangga mempunyai seorang Raja yang rasional, berfikiran terbuka dan meletakkan kepentingan rakyat dan negara mengatasi yang lain-lain.

Bagi saya secara peribadi kejayaan Perhimpunan Aman ini semalam berkaita rapat dengan perkenan Duli Tuanku untuk menerima memorandum BERSIH itu.

Kalau dahulu rakyat mempunyai persepsi bahawa Yang Dipertuan Agong dan Raja-raja Melayu sekadar ketua negara dan negeri yang dibayangi oleh kuasa eksekutif semata-mata, rupa-rupanya kini setelah 50 tahun Merdeka, barulah sama-sama kita sedari bahawa Raja-raja Melayu sesungguhnya memiliki kuasa yang jika mereka mahu gunakan boleh meneguhkan lagi kewibawaan dan kebesaran mereka serta membela dan mempertahankan rakyat jelata yang bernaung dengan penuh taat setia di bawah mereka.

Jika eksekutif khilaf, gagal atau lemah. Jika eksekutif zalim, rasuah atau ,menyeleweng. Rakyat seharusnya tidak buntu dan berputusa asa, kerana rupa-rupanya mereka masih ada jalan keluar. Jalan keluar itu adalah mengadu kepada takhta Raja-raja Melayu, kini 50 tahun dan selepas perisitiwa bersejarah Himpunan Aman BERSIH ini rakyat yakin dan percaya bahawa di sana adalagi institusi yang akan mendengar keluhan dan rintihan mereka dan jika perlu akan membela dan mempertahankan mereka.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.