Tuesday, July 12, 2005

KIJANG YANG DIPERANGKAP TIKUS YANG TERKENA

Akhbar BERITA HARIAN hari ini melaporkan beberapa syarikat pengimpot kereta dijangka di dakwa di mahkamah di bawah Akta Kastam kerana membuat pengisytihasran palsu bagi mengelakkan cukai duti kastam.

Menurut akhbar tersebut:

Sebuah syarikat pengimport kereta terkemuka tempatan akan didakwa di mahkamah bulan depan atas tuduhan membuat perisytiharan palsu ketika mengimport beberapa kereta mewah, tahun lalu.

Ini dipercayai lanjutan dakwaan Dr Mahathir berkenaan krisis yang dihadapi oleh industri kereta tempatan. Walaubagaimanapun jika diteliti laporan BH ini didapati seolah peluru yang dilepaskan tidak mengena sasaran. Ini kerana akhbar tersebut melaporkan:

Khamis lalu, Berita Harian melaporkan, sekurang-kurangnya tiga syarikat pengimport kereta disiasat Badan Pencegah Rasuah (BPR) kerana dipercayai membuat perisytiharan di bawah nilai sebenar bagi mengelak duti kastam berjumlah lebih RM46 juta.Syarikat itu, yang semuanya pemegang permit import (AP), dipercayai mengimport kereta mewah seperti Mercedes-Benz, BMW dan Jaguar melalui Pelabuhan Klang.

Sedangkan kita tahu rungutan terbuka Dr Mahathir itu adalah terhadap syarikat pengimpot kereta yang mengimpot kereta-kereta dari Korea Selatan. Syarikat inilah yang didakwa Dr Mahathir telah memalsukan pengisytiharan kastam yang mengakibatkan kerajaan dan industri kereta tempatan terjejas dan rugi besar.

Setahu kita kereta-kereta dari Korea Selatan yang diimpot dan dipasarkan di Malaysia adalah KIA dan Hyundai. Mercedes, BMW dan Jaguar adalah kereta Eropah yang bukan merupakan isu yang dibangkitkan oleh Dr Mahathir!

Mungkin ini tindakan pertama, dan akan disusuli dengan syarikat yang lain, tetapi sepatutnya kalau kijang yang disasarkan biarlah kijang yang kena.

Tindakan awal ini membangkitkan lebih banyak persoalan, atau barangkali kerana syarikat pengimpot kereta dari Korea Selatan itu kini sudah menjadi syarikat gergasi, maka pendakwaan terhadapnya perlu memakan masa, entahlah. Cuma yang kita tahu anak Dr Mahathir adalah salah seorang pengimpot kereta jenama Eropah, takut-takut kerana lancang sangat mulut Mahathir maka biarlah kerabat beliau yang dahulu dikenakan tindakan, kerabat dan kroni mereka yang berkuasa biarkan dahulu.

Monday, July 11, 2005

WANITA DIPERAGA UMPAMA LEMBU DAGING

Pertandingan ratu cantik itu bukanlah budaya ataupun adat mana-mana kaum yang terbesar di Malaysia. Lazimnya dalam pertandingan seumpama ini, kaum wanita yang menjadi peserta akan memperagakan tubuhnya untuk diadili oleh para hakim yang dilantik oleh penganjur.



Para peserta akan mengenakan berbagai pakaian dan biasanya kesesuaian tubuh badan, paras rupa disamping pakaian tadilah yang akan diambil kira oleh para hakim untuk menentukan pemenangnya.

Tidak ada bakat yang diperlukan, yang perlu cumalah tubuh badan yang mengiurkan disamping paras rupa yang cantik dan menawan.

Tidakkah ini semua menunjukkan betapa pertandingan seumpama ini sebenarnya mengeksploitasi wanita, merendahkan martabat kaum wanita seolah-olah menjadi bahan dagangan demi memuaskan nafsu dan keuntungan pihak-pihak yang berkepentingan.

Akhbar tempatan hari ini melaporkan darihal Miss Tibet yang tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pertandingan Miss Tourism Pageant Malaysia ataupun Pertandingan Cantik Pelancongan Malaysia yang sedang berlangsung di Kuching sehingga 23 Julai 2005 ini.

Mengapa pertubahan wanita, NGO yang berjuang untuk hak kaum wanita, Kementerian Wanita berdiam diri apabila sesama kaum hawa diperagakan dalam keadaan yang sunguh tidak bermaruah, bagaikan komoditi, bagaikan lembu daging.

Takkanlah dalam kesungguhan kita mahu menjadikan negara sebagai sebuah negara maju bertaraf dunia, namun amalan jahiliyah yang kuno dan tiada peradaban itu mahu terus kita amalkan.

Sunday, July 10, 2005

SURAT RAFIDAH KEPADA MAHATHIR
RAKYAT TIDAK PERLU TAHU

MINGGUAN MALAYSIA
hari ini meletakkan di dada hadapannya tajuk:

Penjelasan Rafidah kepada Dr M berhubung isu Proton, AP
Pertikaian selesai PM

Setelah rakyat didedahkan melalui saluran media perdana darihal isu-isu yang dibangkit dan dipertikaikan oleh bekas PM Dr Mahathir Mohamad yang juga Penasihat Proton berkenaan industri kereta tempatan, antara lain:

Masalah persaingan yang dihadapi Proton, masalah kereta-kereta impot yang diisytiharkan di bawah harga sebenar (under declare), masalah AP ataupun permit impot kereta yang dikeluarkan secara berleluasa, masalah pesaing tempatan kepada Proton yang dipertikaikan kelayakannya,

tiba-tiba penyelesaiannya, jika pun selesai, berlalu begitu sahaja, disembunyikan dari pengetahuan rakyat.

Sebelum ini Pak Lah diberitakan berkata Rafidah akan diminta menjawab segala isu yang dibangkitkan oleh Mahathir kerana ia berkaitan dengan kementerian beliau. Rafidah pun berkata beliau akan jawab. Dan dalam akhbar hari ini PM dengan senang hati berkata: Pertikaian selesai!

Apa yang selesai?

Benarkah tuduhan Mahathir itu, kerana segala pertuduhannya diketahui umum? Jika benar apakah jawapan Rafidah? Benarkah Rafidah bersubahat mensabotaj industri kereta nasional khususnya dalam kes Proton? Jika benar, apakah tindakan yang dikenakan terhadap Rafidah?

Jika tidak benar tuduhan yang dibuat oleh Mahathir, bermakna beliau telah mereka-reka alasan untuk membela kelemahan Proton dan industri kereta nasional. Beliau juga harus diambil tindakan, sekurang-kurangnya pecat beliau dari jawatan sebagai Penasihat Proton!

Apa pun kesudahannya rakyat perlu dimaklumkan berkenaan hal yang sebenar. Pak Lah bertanggungjawab memaklumkan kepada rakyat jelata oleh kerana industri kereta nasional, ini adalah industri nasional dan rakyat berhak untuk tahu.

Ini bukan rahsia kerajaan, ini tidak ada kena-mengena dengan akta rahsia rasmi, ini industri nasional yang berkait langsung dengan rakyat Malaysia, oleh itu jangan sedap kata selesai tanpa rakyat tahu hal yang sebenar.

Friday, July 08, 2005

DOA UNTUK WARGA LONDON

Tidak ada sesiapa yang bernama manusia boleh bersikap tidak peduli pada kejadian trajis yang menimpa warga London petang semalam. Setakat ini menurut CNN seramai 37 telah terkorban manakala 700 lebih mengalami kecederaan berbagai peringkat akibat empat letupan berturut-turut dalam jangka 1 jam yang meledak dalam 3 buah tren dan sebuah bas di empat lokasi berasingan di bandaraya tersebut.



Apa kepercayaan, fahaman dan ideologi sekalipun tidak akan merestui tindakan tidak berperikemanusiaan ini yang telah mengorban dan mencederakan nyawa dan individu yang tidak berdosa.



Kita berharap agar mereka yang bertanggungjawab di dalam tindakan hina ini akan dapat diberkas dan dibawa kepengadilan.

Mudah-mudahan keluarga mereka yang terlibat akan bersabar dan diberi kekuatan dalam menghadapi perisitiwa malang ini.
OSU GAGAL SEBAGAI PEMIMPIN

Akhbar UTUSAN hari ini memuatkan komen Pak Lah yang juga selaku Presiden Umno terhadap kes yang melibatkan Ketua Umno bahagian Papar, Osu Hj. Sukan yang juga bekas Ketua Menteri Sabah.

Kata Pak Lah Osu gagal sebagai pemimpin yang baik kepada rakyat ekoran kegiatannya dalam perjudian sehingga berhutang sebanyak RM7.1juta. Tambah Pak Lah Osu sepatutnya menunjukkan nilai-nilai yang baik serta boleh dicontohi iaitu kepimpinan melalui teladan.

Dalam satu sudut kita mungkin boleh bersetuju dengan pandangan Pak Lah. Walaubagaimanapun kalau ditinjau dari sudut yang lain reaksi Pak Lah boleh kita hujani balik dengan pelbagai persoalan.

Apa kata kalau dengan pemberian kredit RM7.1 juta itu Osu berjaya menang di kasino tersebut. Mungkin ketika itu beliau tidak pula dikira sebagai pemimpin yang gagal? Kerana kasino tak kan saman beliau, dan orang sebelah sini mungkin tak tahu. Mungkin juga hasil kemenangannya itu nanti boleh pula diguna dalam menyemarakkan kegiatan politik wang semasa pemilihan Umno?

Pak Lah menambah:

Perkara ini telah mencemar kepimpinan beliau kerana pemimpin tak sepatutnya terlibat dengan kegiatan yang haram di segi agama dan tak bermoral dipandang masyarakat.

Islam mengharamkan judi. Bukan sekadar yang berjudi termasuklah yang menganjurkannya. Kalau pemimpin yang berjudi tercemar kepimpinannya bagaimana pula dengan pemimpin yang mengizinkan lesen perjudian?

Melalui lesen perjudian yang diizinkan kerajaan, maka pemimpin dari semua lapisan masyarakat dapat berjudi lalu akan turut mencemarkan kepimpinan masing-masing juga!

Kalau Pak Lah mahu melahirkan pemimpin yang bermoral dimata masyarakat, dan menganggap judi itu sebagai haram dan mencemarkan keperibadian seorang pemimpin maka Pak Lah perlu bertindak dan jangan sekadar menunggu kegagalan satu demi satu pemimpinnya.

Menurut Hakim Datuk Ian Chin, yang mendengar kes melibatkan Osu ini, agama-agama lain turut melarang perjudian.

Datuk Chin memetik kitab Bible Prov. 28:22 yang antara lain bermaksud sesiapa yang mengejar kekayaan dengan cara yang jahat, menyangkakan dia tidak akan dirundung kemiskinan.

Di dalam Kitab Tirukal kitab suci agama Hindu ayat 931 menyebut: Jangan berjudi, kerana jika pun kamu menang, kemenangan itu laksana mata kail yang menyangkuk ikan yang menelannya.

Di dalam buku Buddhism in Practice, Dr Peter Santina menulis: Dalam hal ini Buddha menasihatkan Sigala aar menjauhkan diri dari 6 aktiviti yang boleh mengakibatkan hilangnya kesejahteraan yang diperolehi melalui tanggungjawab sosial seseorang dan pengurusan kewangan yang baik. 6 aktiviti yang perlu dijauhkan adalah perjudian, hiburan yang mahal-mahal, bercampur dengan mereka yang tidak baik, malah, minum arak dan berpelisiran dijalan-jalan.

Kesmipulannya Pak Lah sebagai pemimpin yang bertanggungjawab setelah sedar dan insaf kemudaratan judi ini sepatutnya mengharamkan sahaja aktiviti dan industri perjudian dalam negara! Umat Islam dan bukan Islam semuanya akan selamat dan sejahtera insyallah.

OSU HAS FAILED AS A LEADER

UTUSAN today highlighted Pak Lahs comments on the case involving Osu Hj Sukam, the Umno Papar division chief and also former Sabah CM.

According to Pak Lah, Osu has failed as a leader for getting himself involved in the recent gambling debt of RM1.7 million. Pak Lah added Osu should be showing good exemplary values through leadership by example.

In a way we might concur with Pak Lahs views however looking from different perspective Pak Lahs reaction could also instead invite more questions.

What if Osu with the RM1.7 million credit had won that day? Probably he would not have been branded as a failed leader. Because if that would have happened the casino would not have sued him, and we would not have been informed about it at all. Perhaps the proceeds would have been enough for him to plunge into money politics during the Umno elections?

Pak Lah added:

This issue has blemished his (Osus) leadership as leaders are not supposed to be involved in activities prohibited by the religion and immoral in the eyes of the people.

Islam abhors gambling. And this includes their organizers. If through gambling a leaders record is blemished what about leaders who permits and awards gambling licenses?

Through gambling licenses permitted by the government, leaders from all walks of life could gamble and thus blemish their reputation.

If Pak Lah would want to produce morally right leaders, and detests gambling as it blemishes their reputation, Pak Lah should react immediately. He should not wait to witness one failure after another amongst his men unfolding before his eyes.

According to Justice Datuk Ian Chin, who presided over Osus case, all religions forbids gambling.

Datuk Chin quoted the Bible Prov. 28:22: He that hastens to be rich hath an evil eye, and considers not that poverty shall come upon him.

In the Hindu holy book of Tirukal verse 931 mentions: Do not take gambling even if you can win, for your wins will be like the baited hooks that fish swallow.

In Buddhism in Practice, Dr Peter Satina wrote: In this respect the Buddha advised Sigala to avoid six activities which would lead to the loss of prosperity that is gained through the fulfillment of ones social responsibilities and ones correct allocation of income. The six activities to be avoided are gambling, costly entertainment, associating with bad friends, laziness, consumption of intoxicants and sauntering in the streets.

In short Pak Lah as a responsible leader after acknowledging and realizing the negative effects of gambling should just ban the activities and industry in the country altogether! Muslims as well as non Muslims shall then be safe and protected by the will of God.



Thursday, July 07, 2005

RAFIDAH DALAM KEPANASAN

Menurut laporan BERNAMA mesyuarat kabinet semalam mengarahkan agar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Rafidah Aziz, memberikan jawaban kepada semua isu yang dibangkitkan oleh penasihat Proton, Tun Dr Mahathir berkenaan polisi otomatif kerajaan.

Mahathir telah antara lain membangkitkan isu berkenaan:

Kereta-kereta dari Korea Selatan yang diimpot dan diselewengkan harga sebenarnya semasa di bawa masuk (under declare) sejak beliau PM lagi. Ketika beliau PM harga masuk sebuah kereta jenis ini adalah RM11,000 sedangkan kos mengilang siap sebuah Proton adalah sekitar RM14,000.

Pemberian AP (permit impot kenderaan) yang terlalu berleluasa sehinga menjejaskan pasaran kereta tempatan. Tahun 2004 sahaja 67,000 AP dikeluarkan dengan cuma 12,600 diberikan kepada 82 syarikat manakala 54,400 diberikan kepada 20 syarikat terpilih.

Keputusan membenarkan kereta yang memiliki cuma 40 peratus bahan tempatan sebagai layak untuk status kereta nasional bertaraf bebas cukai untuk pasaran AFTA itu sebenarnya bukan keputusan kabinet.



Anehnya isu-isu yang dibangkitkan ini datangnya dari seorang bekas PM, bekas boss Rafidah. Malah semasa bekas PM ini mengumumkan perletakkan jawatannya pada tahun 2002 dahulu Rafidahlah antara yang pertama melompat menerpa rostrum dimana beliau sedang berucap merayu, meraung di depan khalayak ramai, ditonton oleh seluruh negara:

Why,why?

Aneh juga melihat reaksi PM yang ada, seolah-olah tidak hands on ataupun prihatin ataupun termaklum tentang apa yang berlaku disekeliling beliau selaku PM. Reaksi beliau jarang didengar dari bekas-bekas PM sebelum ini yang biasanya mempertahankan anggota kabinetnya. Sebagaimana dilaporkan oleh BERNAMA:

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberitahu pemberita di sini Khamis bahawa Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu perlu mejawab kerana isu-isu itu adalah berkenaan kementerian beliau.

Kesimpulannya apa pun, Rafidah kini berada dalam kepanasan. Baru minggu lalu Isa Samad hilang segala-galanya. Mungkinkah kini giliran Rafidah pula?

RAFIDAH IN HOT SOUP

According to BERNAMA the cabinet meeting yesterday has directed MITI minister Rafidah Aziz to reply to all the issues raised by Tun Dr Mahathir pertaining to the government's automotive policy .

Mahathir had among other raised issues pertaining to:

The importation and under declaration of South Korean cars since his PM days. According to him the landed cost for such a car was RM11,000 whereas the manufacturing cost for a Proton RM14,000.

The excessive issuance of APs that jeopardizes the national car market. In 2004 alone 67,000 Aps were issued, of which only 12,600 were given to 82 companies, whilst 54,000 were awarded to 20 selected companies.

The decision for a car to have 40 percent local content to qualify as a national product for duty-free access into the AFTA market was actually not taken by the cabinet.


Its amusing to notice that these issues were actually sensationalized by the former PM, Rafidahs ex boss. Infact when the former PM announced his intention to quit in 2002 it was Rafidah who first jumped from her seat towards the rostrum pleading and crying in full view of the public and broadcasted nationwide crying out:

Why,why?

And equally amusing is the PMs reaction on this issue, he looks as though he has no hands on control towards events happening around him. His first reaction is something never heard off coming from previous PMs who would normally stand behind their cabinet members. As reported by BERNAMA :

Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi told reporters here Thursday that the Minister of International Trade and Industry had to reply because the issues concerned her ministry.

Whatever it may be, Rafidah is definetly immersed in hot soup. Just last week Isa Samad lost everything. Would Rafidah be next?
GAMBAR EKSKLUSIF KUNJUNGAN
USTAZ NASHA KE RUMAH DATO DR HARUN DIN



Timbalan Presiden PAS membuat kunjungan hormat ke rumah Timbalan Mursyidul Am Ustaz Dato Dr Harun Din di Bangi semalam. Ini merupakan kunjungan pertama Ustaz Nasha selaku Timbalan Presiden setelah Dr Harun selamat menjalani rawatan di Amerika Syarikat.