Tuesday, May 07, 2024

GUNA GAMBAR AGONG BERSALAH. KELUAR FATWA WAJIB UNDI CALON TERTENTU BAGAIMANA?

 Akhbar The Star pagi ini melaporkan yang seorang lelaki P.Ramasamy 66 mengaku salah di Mahkamah Majistret di Hulu Selangor bawah Seksyen 4A)1 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 kerana mempamirkan portrait YDP Agong semasa berkempen di PRK KKB.

Beliau dihukum penjara sebulan dan denda RM3000. Gagal bayar denda dipenjara 10 bulan lagi.

Beliau sebelum ini didapati memaparkan gambar YDP Agong bersama bahan kempen, bendera dan kain rentang Pakatan Harapan pada kenderaannya.

Syabas pihak berkuasa keeana pantas bertindak.

Sementara itu bagaimana pula dengan status seorang bekas ADUN Umno dan bekas SETPOL MB Selangor yang dalam.satu rakaman yang tular mendakwa bahawa umat Islam.pengundi di.KKB "wajib" undi Ms Pang dalam PRK ini?

Masih belum diambil tindakan atau kenyataan sebegitu dibenarkan dan tidak merupakan satu kesalahan dalam kempen pilihanraya?



Monday, May 06, 2024

PETUNJUK POSITIF DI KKB SETAKAT INI

Semalam saya berkesempatan turun berkempen di Kuala Kubu Baharu. Pelbagai analisa dan bacaan politik bermain serta berligar di media sosial. Sebahagian besar yang dikatakan pakar dan pengulas difahamkan tidak turun pun kelapangan namun mereka terbit dengan pelbagi ulasan seolah melonggok sama sahaja KKB ini dengan tempat-tempat lain.

Turunlah ke KKB dan rasa sendiri denyut nadi rakyat bagi mengetahui sentimen mereka.

Menarik kerana KKB cuma punya 40,226 orang pengundi berdaftar. Berbanding jirannya Batang Kali 86,282 atau Gombak Setia 88,480, Subang Jaya 111,970 pengundi.

Dari 40,226 pecahan ikut kaum adalah 53.40 Melayu, 30.5% Cina, 15.82% India dan 0.29% lain-lain.

Yang bertanding di KKB adalah PH-DAP yang disokong Umno berhadapn PN-Bersatu serta 2 calon lain. Ternyata persaingan utama adalah antara PH dan PN. Calon PH Pang Sock Tao manakala calon PN Khairul Azhari Saut.

Dari pengalaman saya semalam, para pengundi Melayu rata-rata selesa dan bersedia mengundi calon PN. Saya turut sempat berjumpa mereka yang menyokong dan menganggotai Umno, yang kini sekutu DAP, kelompok ini juga bersedia pangkah PN kali ini. Ternyata ramai yang kecewa dan tidak dapat menerima kerjasama Umno-DAP sedangkan PAS dan Bersatu ditinggalkan.

Kesimpulannya pengundi Melayu lebih cenderung serta menghargai politik penyatuan ummah dan sudah bosan dengan politik eksklusif, mementingkan individu dan kelompok tetapi membelekangkan kepentingan dan masadepan rakyat.

Bacaan saya dilapangan kiranya peratusan keluar mengundi tinggi 11 Mei ini, tidak mustahil DAP dapat ditumbangkan di KKB.




Saturday, May 04, 2024

Bijak dan berhati- hati mengundi di KKB


Kempen PRK Kuala Kubu Baharu sedang rancak menjelang seminggu saja lagi hari mengundi. Sedang saya mahu membuat ulasan ada rakan kirim video ini.

Sdr Pathma bekas Ahli Majlis DAP Kuala Langat yang telah meninggalkan DAP memberi tips pada para pengundi KKB khasnya pengundi Melayu.

Baik video ni dari kita melayan video Mat Taib yang malam tadi mendayu-dayu rayu orang Melayu undi DAP. Sedang masa dia berkuasa dulu, DAP lah parti rasis pemecah belah masyarakat.

Renungkanlah sahabt2 pengundi KKB sekalian.

Friday, April 26, 2024

MCA punya maruah tapi Umno bagaimana?

Patutlah MCA enggan turun bantu kempen DAP



di Kuala Kubu Baharu. MCA punya maruah kata Presidennya Wee Ka Siong, setelah diperlekeh dan dimaki hamun DAP, ia tidak sekali-kali akan bantu DAP. 

Tapi DAP bukan serang dan maki MCA sahaja, Umno dan BN juga sasaran mereka. Umno tidak terlepas, lunyai dikerjakan oleh DAP. Lihatlah layanan mereka terhadap Ketua Pemuda Umno dalam kes stokin tertera kalimah Allah.

Malangnya pimpinan Umno ghairah nyatakan sokongan pada DAP. Jika MCA sanggup pertahan maruah, mengapa tidak Umno?

Thursday, April 25, 2024

Rakyat Malaysia tak menguasai Bahasa Kebangsaan?

Ketua Pengarah Imigresen jelaskan para pegawai jabatannya tidak dibenarkan menolak permohonan baru atau pembaharuan paspot Malaysia atas alasan pemohon gagal menguasai bahasa Melayu yakni Bahasa Kebangsaan kita.

Ini berikutan satu imsiden di P.Pinang dimana seorang lelaki Cina mendakwa permohonan ibunya ditolak di. UTC Komtar kerana gagal menguasai Bahasa Melayu.

Kalau ia bukan syarat tak mengapalah.

31 Ogos 2024 ni kita akan merayakan ulangtahun ke 67 kemerdekaan negara. Rakyat negara lain berbangga dengan bahasa kebangsaan mereka. Malang di sini walau dah lebih 6 dekad merdeka, masih ada rakyat Malaysia yang gagal menguasi bahasa kebangsaannya sendiri.

Mana silpnya? 

(Khabarnya ada ahli Parlimen pun berterabur penguassan Bahasa Kebangsaannya?!?)


diri.

Mana silapnya?




Wednesday, April 24, 2024

Pilihanraya yang bersih dan adil?

Menurut Sdr Asraf Sharafi dari BERSIH: “Setiap kali ada pilihan raya, akan ada pengumuman (mengenai peruntukan) yang boleh membawa maksud salah guna dana kerajaan untuk berkempen,”

Beliau barangkali merujuk kepada pengumuman peruntukan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming (PH-DAP) baru-baru ini untuk Kuala Kubu Baharu.

Tiada yang baru buat Malaysia.

Dulu PM 10 dan kerabatnya semasa pembangkang berarak dengan kumpulan pembangkang lain semasa Himpunan BERSIH di tengah Bandaraya Kuala Lumpur menuntut Pilihanraya yang bersih dan adil

Memorandum hingga diserah ke Yang Dipertuan Agong di Istana Negara.

Penyokong-penyokong yang berarak dikenakan tindakan, dibelasah pihak Polis, disiram dengan air, ditembak gas pemedih mata, ditahan.

Tetapi itu dulu, hari ini Anwar, PKR, DAP dan Pan merupakan parti dominan yang memvbentuk kerajaan. Bila dah berkuasa, perangai mereka yang dulu bukannya diperbaiki tetapi dikekalkan.

Itulah kita Malaysia.



Tuesday, April 23, 2024

Kembali aktifkan Blog Roslan SMS Corner

Semalam hari jadi sahabat saya Joceline Tan. Dalam group Whatsapp nya beliau ceritakan sejarah persahabatan kami bagi mereka yang tidak tahu.

"Mesti kongsikan bagaiaman saya dan Roslan menjadi kawan walau masing-masing punya ideologi berbeza. Beliau pernah punya BLOG yang merupakan Tik Tok zaman itu dan akan ulas tulisan-tulisan saya.....beliau ketika itu SU Akhbar Tan Sri Hadi....."

Bila beliau sebut BLOG terus saya teringat, ya saya pernah punya akaun BLOG lalu terpanggillah saya untuk menyemak kembali.

Rupanya saya memulakan akaun BLOG saya bawah nama Roslan SMS Corner sejurus PRU ke 11 tahun 2004. Posting pertama saya "Boikot pilihanraya selesaikah agenda kita?" bertarikh Khamis 20 Mei 2024.

Ya 20 tahun lalu, subhanallah.

Posting terakhir saya "Umno perlu segera mendakap mesej PAS" bertarikh Jumaat 3 Ogos 2018 iaitu lebih 5 tahun dahulu.

Saya kini lebih aktif di Facebook melalui akaun saya "Roslan" atau "Roslan SMS Corner" juga selain menjadi kolumnis tetap di Harakah.

Insyallah saya akan mula menulis kembali di BLOG ini selain di Facebook dan di Harakah. Mohon sokongan anda semua. Terima kasih