Semalam hari jadi sahabat saya Joceline Tan. Dalam group Whatsapp nya beliau ceritakan sejarah persahabatan kami bagi mereka yang tidak tahu.
"Mesti kongsikan bagaiaman saya dan Roslan menjadi kawan walau masing-masing punya ideologi berbeza. Beliau pernah punya BLOG yang merupakan Tik Tok zaman itu dan akan ulas tulisan-tulisan saya.....beliau ketika itu SU Akhbar Tan Sri Hadi....."
Bila beliau sebut BLOG terus saya teringat, ya saya pernah punya akaun BLOG lalu terpanggillah saya untuk menyemak kembali.
Rupanya saya memulakan akaun BLOG saya bawah nama Roslan SMS Corner sejurus PRU ke 11 tahun 2004. Posting pertama saya "Boikot pilihanraya selesaikah agenda kita?" bertarikh Khamis 20 Mei 2024.
Ya 20 tahun lalu, subhanallah.
Posting terakhir saya "Umno perlu segera mendakap mesej PAS" bertarikh Jumaat 3 Ogos 2018 iaitu lebih 5 tahun dahulu.
Saya kini lebih aktif di Facebook melalui akaun saya "Roslan" atau "Roslan SMS Corner" juga selain menjadi kolumnis tetap di Harakah.
Insyallah saya akan mula menulis kembali di BLOG ini selain di Facebook dan di Harakah. Mohon sokongan anda semua. Terima kasih
No comments:
Post a Comment