Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen dalam posting
FBnya semalam Khamis 6 April jam 11.55 pagi menyebut:
“PKR completed our
precounsel meeting at 11am. It has been decided that YB Rafizi Ramli will speak
first for our party and that we will reject Hadi's bill.
The Hadi 355 bill will be tabled at 12.”
(PKR baru selesai mesyuarat “precouncil” nya jam 11 pagi tadi.
Keputusan telah diambil bahawa YB Rafizi Ramli akan pertama sekali bangkit
bercakap bagi pihak parti dan kami (PKR) akan MENOLAK rang undang-undang Hadi.
Rang Undang-undang Hadi akan dibentang jam 12.)
Ini bermakna walaupun Dato
Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang hanya bangkit membentangkan RUU355 pada jam
12.37 tengahari semalam, tetapi PKR telah pun membuat keputusan menolaknya kira-kira
1 jam sebelum pembentangan.
Ini jelas bertentangan
dengan kenyataan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebelumnya
sebagaimana dilaporkan NST Febuari 10, 2017:
“Despite having concerns and reservations concerning Act 355 as
proposed by the Marang MP, we accept and recognise his right to submit the bill
through a motion seeking approval to be debated.
In the event of a debate on the motion, and before we move on to make
the next decision (on PKR’s stand), we will wait for Hadi explanations,” said
Dr Wan Azizah in a statement.”
(Walau kami curiga dan bimbang dengan RUU 355 yang bakal dicadangkan MP
Marang, namun kami iktiraf dan terima hak beliau untuk mengemukakan RUU ini
untuk dibahaskan.
Sekiranya usul ini dibahaskan, dan sebelum kami membuat keputusan
(darihal pendirian PKR), kami mahu mendengar penjelasan Hadi terlebih dahulu,”
kata Dr Wan Aziziah di dalam kenyataan beliau.)
Adakah keputusan “precouncil”
PKR sebagaimana dilaporkan Wong Chen itu sah atau bertentangan dengan kenyataan
Presiden mereka, atau bagaimana sebenarnya sikap dan pendirian PKR terhadap RUU
355 tidaklah diketahu diperingkat ini.
Apa pun pimpinan tertinggi
parti berkenaan perlu bangkit dan berikan penjelasan memandangan wakil Marang
telah pun membuat pembentangan dan penjelasan beliau berkenaan RUU ini di Dewan
Rakyat semalam yang kini diketahui oleh hampir seluruh rakyat Malaysia.
Rakyat Malaysia khasnya
umat Islam pastinya mahu tahu adakah PKR menerima, berkecuali atau menolak RUU
355 ini.
No comments:
Post a Comment