Tadi di Bangunan SUK Shah Alam, EXCO Agama Selangor Ustaz
Sallehen Mukhyi telah mengadakan sidang akhbar berhubung isu panas “serbuan
JAIS ke atas premis Bible Society of Malaysia di PJ baru-baru ini. Turut
dipanggil adalah Father Lawrence Andrew, yang dalam posting saya sebelum ini
saya namakan sebagai pencetus kontroversi ini.
Menurut laporan media, Exco Agama menjelaskan bahawa serbuan
berkenaan menepati SOP JAIS yang sedia ada. Cumanya SOP berkenaan akan
dikemaskini. Dan dalam pada itu menurut beliau:
"Pendirian kerajaan negeri adalah kita bersama titah
Tuanku dalam penggunaan kalimah Allah (iaitu larangan penggunaannya di negeri
Selangor oleh agama lain).”
Saya kira penjelasan EXCO Agama Selangor itu sudah boleh
diterima yang selainnya kita serah kepada proses undang-undang.
Yang saya musykil adalah kehadiran Father Lawrence Andrew
yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan akan terus menggunakan kalimah Allah di
Selangor walaupun dilarang. Saya difahamkan beliau hadir untuk diberi kata dua
oleh EXCO dan semoga beliau menghormati dan faham akan titah Tuanku Sultan
serta peraturan dan undang-undang yang sedia terpakai di Selangor.
Rupa-rupanya beliau memilih untuk terus “membantah” kononnya
atas nama Hak Asasi!!!
The Star online melaporkan:
In the same press conference, Father Lawrance said that
whatever he had stated with regard to the Allah issue was based on Article 11
of the Federal Constitution that granted the freedom of religion.
"Each religion has the right to manage itself. Another
religion cannot come in and tell another religion what to do," he said.
Menurut The Malaysian Insider:
Sementara itu, Lawrence tetap dengan pendiriannya gereja di
Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan mereka.
"Kenyataan saya adalah berdasarkan Artikel 11
Perlembagaan Persekutuan. Setiap agama boleh melakukan upacara keagamaan
mereka. Saya tidak boleh beritahu Islam, Buddha, Hindu, apa perlu mereka buat.”
Nampaknya paderi ini terus meluap-luap dengan kontroversi.
Sepatutnya sebagai orang agama yang bijaksana, setelah bertemu dengan wakil
kerajaan negeri ini dan difahamkan tentang titah Tuanku dan peraturan serta
undang-undang negeri beliau akur tetapi rupanya tidak.
Saya petik penghakiman bertulis Hakim Mahkamah Rayuan Dato
Mohd Zawawi Salleh bertarikh 14 Oktober 2013 lalu (Mahkamah ini telah menolak
rayuan The Herald yang mana Father Lawrence adalah Pengarangnya):
The upshot from the foregoing discussion is that the usage
of the word “Allah” in the Malay version of the Herald to refer to God is not
the essential or integral part of the religion of Christianity. Therefore, such
usage does not attract constitutional guarantee of Article 11(1)
of the Federal
Constitution. The question
of translating God as “Allah” is still being hotly debated among
Christians worldwide. It is also
doubtful whether the opinion of the Respondent
on the usage
of the word
“Allah” reflects that
of Catholic majority.
Tuanku Sultan melarang, enakmen negeri menegah, Mahkamah
memutuskan penggunaannya tidak dilindungi oleh Artikel 11 Perlembagaan
Persekutuan, namun paderi ini terus berkeras kepala, siapa yang mencetuskan
kontroversi dan dalang provokatur dalam hal ni? Ayuh kita bina jambatan seperti
adik dan abang dengan meninggalkan mereka yang tidak boleh menerima peraturan
dan nasihat.
2 comments:
kalau itu macam jangan kacau kalau Islam mau laksanakan hudud - adilkan.
nasib baik belum ad hukum hudud, kalau ikut hukum ada yang kena pancung tu
Post a Comment