Kontroversi meletus hari ini ekoran tindakan pihak Jabatan
Aagama Islam Selangor menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia dan merampas
sejumlah kitab yang dikatakan mengandungi kalimah “Allah” di dalamnya. Sebelum
itu dilaporkan pihak polis akan merekod kenyataan pengarang akhbar mingguan
Katholik The Herald iaitu Father Lawrence Andrew yang pada 27 Disember lalu
mengeluarkan kenyataan bahawa gereja seluruh Selangor akan terus menggunakan
kalimah “Allah”.
Di Selangor terdapat peruntukkan yang melarang penggunaan
kalimah “Allah” dan selain itu Tuanku Sultan juga telah menitahkan agar kalimah
berkenaan tidak digunakan oleh mana-mana agama lain bagi mengelakkan
perselisihan dan ketagangan antara agama.
Sekiranya semua tindakan di atas dilakukan menurut peraturan
dan undang-undang yang sedia ada, biarlah proses undang-undang berjalan.
Apa pun saya merasakan selama ini tiada gangguan dan
halangan terhadap mana-mana agama untuk menjalankan aktiviti dan kegiatan
mereka samada di Selangor mahupun seluruh Negara. Isu tercerus apabila ada
pihak yang mahu menggunakan kalimah “Allah” dalam kegiatan dan aktiviti mereka.
Demi keharmonian dan keamanan semua apalah salahnya jangan
disentuh perkara sensitive seumpama ini. Selama ini bebas dan aman pun kegiatan
agama mereka tanpa menggunakan kalimah berkenaan, mengapa hari ini berkeras
mahu digunakan sehingga mengundang tindakan seperti di atas.
Biarlah orang Islam Malaysia dengan kalimah “Allah” mereka.
1 comment:
112:1. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa,
112:2. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.
112:3. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan,
112:4. dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan Dia".
ini keyakinan kita kepada Allah
selain keyakinan ini syirik jadinya.
Post a Comment