Baru-baru ini saya hadir dalam satu majlis bersama
sahabat-sahabat seperjuangan. Dalam sessi ta’aruf seorang pemimpin muda menyebut
bahawa beliau menyertai PAS kerana mahu masuk syurga. Tambah beliau
penyertaannya itu dalam PAS kerana yakin bahawa para ulamak yang mendukung PAS
boleh membimbing dan membawanya ke syurga.
Bagi mereka yang tidak pernah terdedah kepada perjuangan
Islam sudah pastilah akan menggeleng kepala , mual atau tertawa pada kenyataan seperti
itu. Orang yang jahil sudah semestinya begitulah reaksinya. Tetapi saya
mendengar berasa begitu sayu campur terhayu, lama sudah tidak dengar ungkapan
sebegitu.
Sesungguhnya teras kekuatan PAS adalah pada ahli-ahlinya
yang berbondong menyertainya lantaran yakin pada matlamat dan dasar
perjuangannya. Tambahan pula dengan slogan “Kepimpinan Ulamak” menjadikan PAS
satu-satunya parti atau gerakan Islam yang terus dan masih diterajui ulamak
bukan hanya di rantau ini malah diperingkat dunia.
Malah siapa sahaja yang berjuang dengan matlamat mahu
mendaulatkan Islam sebagaimana yang termaktub di dalam al Quran dan Hadis akan
berjuang dengan matlamat mengejar syurga. Hambatan syurga itu lebih bermakna
apabila dipimpin dan dibimbing oleh golongan yang takutkan Allah swt yakni para
ulamak.
Saya sengaja membawa posting sebegini pada hari Jumaat ini kerana
kebetulan menerima keratan akhbar lama bertarikh 24 Mac 2010 (yang dah banyak
diulas sebelum ini oleh rakan bloggers lain) yang pada saya boleh membantu kita
dalam memahami tuntutan perjuangan mengejar syurga ini. Keratannya bertajuk:
“Brunei lebih takut laknat Allah”
(Kepentingan Allah mengatasi hak asasi dan kepentingan
pihak-pihak tertentu yang lain)
Kemudian lihat pula pengisytiharan perlaksanaan hukum Hudud
di Brunei oleh Sultan Brunei tahun lalu:
Titah Sultan Hasanal Bolkiah “Siapakah kita di hadapan Allah
untuk berkata tidak atau tangguh dahulu (dalam perlaksanaan hukum-humu Nya)…..”
Semua ini adalah manifestasi mahu masuk syurga belaka.
Bayangkan Brunei yang satu ketika dahulu dikenali sebagai
anak didik British. “Lackey” atau “budak suruhan British” kata setengah-setengah
pihak, tiba-tiba dengan takdir dan kuasa Allah, Bruneilah menjadi Negara pertama
di rantau ini menghidupkan kembali perlaksanaan Undang-undang Islam setelah
dimatikan oleh penjajahan Barat dirantau ini bermula dengan kemasukan Portugis,
Belanda dan kemudiannya Inggeris.
Kesimpulannya tuntutan perlaksanaan Islam secara syumul ini
adalah merupakan kewajiban ke atas semua umat Islam. Samada kita hidup untuk
menyaksikannya atau tidak sempat, yang penting kita berjuang ke arahnya dan
berada di atas bahtera yang memperjuangkannya.
Ayuh kita berkejar-kejar untuk masuk syurga.
1 comment:
2:218. Sesungguhnya orang-orang yang beriman, orang-orang yang berhijrah dan berjihad di jalan Allah, mereka itu mengharapkan rahmat Allah, dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
kita mohon rahmat Allah untuk ke syruga disamping lakukan apa yang diperintah oleh Allah dan tinggal apa yang dilarang oleh Allah.
Post a Comment