Tuesday, October 30, 2012

Jadilah kerajaan yang bertaqwa (30/10/12)


Allah swt berfirman dalam al Quran:
…….dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. (at Talaaq 2-3)

Saya teringat akan ayat ini apabila terbaca berita terkini dari The Star Online http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/30/nation/20121030135301&sec=nation        berkenaan penemuan telaga minyak terbaru di perairan Semenanjung Malaysia iaitu 160km dari Pantai Pahang iaitu di Bertam sebagaimana diumumkan oleh Perdana Menteri.
Menurut PM telaga berkenaan dianggarkan mempunyai rizab pengeluaran sejumlah 64 juta tong minyak mentah. Iaitu bakal mempunyai pengeluaran sebanyak 17,500 – 20,000 tong sehari. Ini bermakna Negeri Pahang dijangka menerima royalti tunai sebanyak RM100 juta setahun dari kerajaan Persekutuan.

Kita bersyukur kehadrat Allah swt dengan hasil terbaru ini dan semoga Allah swt terus menerus melimpahkan rezeki Nya buat kita.
Cumanya kerajaan Persekutuan dan kerajaan Negeri Pahang juga wajarlah bersyukur dan wajarlah juga mengambil langkah menyekat dan membenteras hasil-hasil haram selama ini yang membantu menampung ekonomi Pahang. Sudah pastilah antara yang terbesar adalah kasino di Genting.

Sekiranya kita bersyukur dengan nikmat Allah ini wajib kita menunjukkan kesyukuran itu dengan menghentikan segala yang dilarang itulah tanda kerajaan yang bertaqwa. Jangan nanti segala yang ada ditarik balik oleh Allah swt.
Dan sesungguhnya menjadi pemimpin yang bertaqwa dan membentuk kerajaan yang bertaqwa bukan hanya tanggungjawab kerajaan-kerajaan ini tetapi semua pemimpin dan kerajaan. Tiada alasan yang boleh dipersembahkan kehadrat Allah swt nanti apabila setelah diberi kuasa kita berdolak-dalik.
Sebelum dapat kuasa kita menabur janji dan berbagai tetapi apabila dipinjamkan kuasa kita tabur pula alasan dan dalih.
Semoga Allah swt terus memimpin kita.

 

 

Thursday, October 25, 2012

Berhatilah-hatlah kita semua (25/10/12)


Kontroversi yang dicetuskan oleh sebuah NGO Melayu akibat lagu Krsitian “Harapan Bangsa” nyanyian penyanyi popular Jaclyn Victor terus hangat diperdebatkan.
Berikut adalah laporan The Daily Chili berhubung kontroversi ini:

The controversial song, Harapan Bangsa, that got Jaclyn Victor into hot soup with Perkasa was actually recorded in 2007 for a Christian compilation album, Jubilee.

The song that she sang in Malay, caused a stir recently when it was uploaded on YouTube by a user, with Christian imagery accompanying it.

Malay rights group, Perkasa, is calling for a blanket boycott of 2004 Malaysian Idol winner Jaclyn as it claims the song is an insult to Islam.

The uploader calls herself Kathryn Barry onYouTube. On the site, Kathryn said that she had created the video to "share this beautiful and meaningful song about Malaysia and Jesus."

There were no images of Jaclyn performing or recording the song in the video at press time. The video has received close to 43,000 views at press time.

The lyrics to Harapan Bangsa was written by Pastor Matthew G Singh, while the music was composed by churchgoer Teh Ju Ping.

The song was taken from the compilation album titled Jubilee which was distributed in churches in Sabah & Sarawak for non-commercial purposes, according to her.The album also features contributions from Akademi Fantasia 1 winner Vince and Juwita Suwito.

Jaclyn, 33, told MStar she sang the song in Bahasa Malaysia not to spread Christianity but as a dedication to the existing Christians in Sabah and Sarawak, as the majority of them are more fluent in Bahasa Malaysia.

She would not comment any further on the issue.

Ternyata lagu ini merupakan lagu Kristian yang digubah dan direkodkan bagi tujuan mendakwah ajaran dan fahaman Kristian. Dan oleh kerana Negara ini meraikan semua agama maka Jaclyn dan penerbit lagu ini tidak bersalah. Malah lagunya pun sudah lama dirakam dan diedarkan.
Masalahnya akibat pendedahan ini kini rakyat jelata berbilang kaum kahsnya orang Islam dapat menelaah lagu ini dan liriknya.

Jaclyn berhak menyanyikan lagu ini Cuma bagi saya lirik lagu ini sedikit kontroversial dan boleh disalah eetikan oleh mereka yang bukan Krisitian.
Memang bagi penganut Kristian senikata berikut tiada masalah:

Setiap suku setiap kaum dan setiap bangsa
Kan menyembah di tahta mu
Dan nyatakan bahwa Yesus lah tuhanku
Ku dengar suara aliran sungaimu
Membanjiri hati umat mu di Malaysia
Kami sangat rindu
Kau kan pulihkan Malaysia
Tetapi suka tak suka apabila kita menulis lirik dan mengaitkan “setiap suku dan setiap bangsa” dan mengaitkannya pula dengan “Malaysia” maka ia akan mengundang tanda tanya dari penganut bukan Kristian.

Jaclyn dan penerbit bebas dan punya hak menyanyi dan menerbitkan lagu ini untuk penganut Kristian, tetapi lirik seumpama ini agak sensitif dan sudah pasti apabila ia dibangkitkan akan mengundang kontroversi dan dalam hal ini apabila kita membicarakan hak dan kebebasan, mereka yang bukan Kristian juga punya hak untuk mempertikaikan sekurang-kurangnya senikata lagu ini.
Kesimpulannya bagi mereka yang faham, tak mengapa, tetapi bukankah lebih cocok dan selamat jika di masa hadapan kita lebih berhati-hati. Jangan sekali-kali terlepas pandang dalam hal sensitif seumpama ini kelak ia mengundang perbalahan yang tidak sihat dalam Negara berbilang agama seperti Malaysia.

Kita ambil contoh penggubal “Rukunegara”, rukun yang pertama iaitu “Kepercayaan kepada Tuhan” atau “Believe in God” adalah contoh betapa penggubal memelihara aspek kebebasan beragama. Tidak disebut contohnya Kepercayaan Kepada Tuhan Yang Satu (Esa) sebagaimana Pancasila di Indonesia.
Belajar-belajarlah hidup bersama dan memelihara sensitiviti masing-masing, terkadang nampak remeh tetapi sesungguhnya penting. Jaclyn khasnya dalam hal ini punya ramai peminat dikalangan orang Melayu Islam, tidak salah kalau lebih prihatin.

Sunday, October 21, 2012

Naik dan naik lagi harga rokok 21/10./12


Tahniah akhirnya naik juga harga rokok. RM0.20sen mulai esok!
Saya percaya usaha seumpama ini adalah salah satu langkah terbaik dalam menangani gejala merokok dikalangan rakyat Malaysia khasnya anak-anak muda kita. Kalau boleh semak semula dan naikkan lagi dalam suku pertama tahun depan kalau jumlah atau bilangan perokok dikalangan rakyat Malaysia tidak turun-turun.

Dalam waktu yang sama, yang malangnya tak pula kita dengar dibangkitkan oleh mana-mana ahli Parlimen semasa sidang Bajet baru-baru ini, iaitu menuntut agar dinaikkan cukai ke atas industri perjudian. Mana suara wakil rakyat Islam?
Industri judi berkembang biak dalam Negara kita, walau pun dari segi perundangan dilarang umat Islam membeli atau mengunjungi kasino tetapi semua kita tahu betapa ramainya orang Melayu Islam terjebak dalam aktiviti ini. Tak ada cara lain melainkan dinaikkan cukai ke atas  industry ini biar pemilik ibndustri memindahkan beban mereka kepada pengguna (tahi-tahi judi).

Begitu juga industry arak. Sekali lagi tiada yang bersuar atau bangkitkan dalam isdang Bajet baru-baru ini, tepuk dada Tanya iman?
Berbalik kepada tajuk harga rokok ini, biar ia terus naik kalau kita serius mahu katakana TAK NAK.

 

Tuesday, October 16, 2012

Agama dan politik tidak boleh campur di Temasik 16/10.12


Singapura tidak mahu politik dicampur-adukkan dengan agama. Menurut TPM Singapura Teo Chee Hean di Parlimen Singapura ketika menjawab soalan ahli-ahli parlimen di sana:
“GARISAN jelas antara politik dengan agama harus dikekalkan di Singapura, jika tidak negara ini akan mengalami risiko keretakan dalam keharmonian sosial”

Singapura tidak membenarkan ahli-ahli politiknya menjuarai isu agama walaupun ahli-ahli agama dibenar bebas melaksanakan hak politik masing-masing namun mereka tidak boleh memasuki ruang politik begitu juga ahli politik tidak boleh menerobos masuk ruang agama.

Begitulah LUAS nya jurang perbezaan suasana dan lanskap politik Malaysia dan Singapura. Adakah kita mahu ikut Singapura atau mahu kekal status quo yang ada di Malaysia? Tepuk dada tanya iman.
Di Malaysia bukan hanya parti politik berteraskan agama seperti PAS, malah semua parti politik bebas menyuarakan tuntutan agama dalam berpolitik. Ada pengamal atau aktivis agama yang masuk politik dan berjawatan, selain PAS, mereka ini juga mengunakan platform politik mereka menyuarakan tuntutan kepercayaan mereka. Ada aktivis Kristian, Hindu dan lain-lain berpolitik di Malaysia. Malah dalam Umno pun aktivis agama masuk berpolitik juga.
Jelas pendekatan dan suasana Singapura berbeza dengan Malaysia. Singapura bimbang pengaruh puak agama, takut dan malah agaknya berusaha membendung dan kalau boleh membenterasnya. Berdasarkan pendirian ini bagi mereka orang agama duduklah di masjid atau gereja, biar orang politik sahaja yang berpolitik.

Kalau ada yang bersikap begitu di sini, eloklah berhijrah saja ke Singapura.

Allah selamatkan Bangsa Moro 16/10/12


Melihat termetrainya perjanjian damai antara kerajaan Filipina pimpinan Benigno Aquino  dan MILF diwakili Hj Murad Ibrahim yang membuka laluan kepada otonomi rakyat Islam Bangsa Moro di Selatan Filipina sudah pasti menyenangkan hati mereka yang prihatin. Setelah lebih 40 tahun berkonflik yang menyaksikan ramai yang terkorban akhirnya perjuangan mereka diberi pengiktirafan dan penghormatan.
Semoga tiada lagi yang terkorban dan menderita di sana dan semoga rakyat Islam dapat mentadbir sendiri urusan dan masa depan mereka.

Malaysia diwakili PM Malaysia menyaksikan termetrainya perjanjian ini di Istana Malacanang dan sebentar tadi Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi turut mengeluarkan kenyataan mengalu-alukan perjanjian ini. http://www.nst.com.my/latest/opposition-welcomes-philippines-milf-peace-accord-1.157859#

Sesungguhnya perjuangan Bangsa Moro ini mendapat simpati dan sokongan rakyat Malaysia tanpa mengira anutan politik khasnya dikalangan umat Islam di sini.
Kita berdoa selepas ini bukan hanya saudara kita di Selatan Filipina sahaja yang akan terbela nasib dan masa depan mereka, semoga saudara kita di Selatan Thai juga akan demikian, begitu juga saidara kita di Kashmir, Rohingya di Myanmar, Chechnya dan lain-lain.

Mudah-mudahan melalui perdamaian ini Bangsa Moro dapat membuktikan yang Islam adalah penyelesaian terbaik dan Islam mampu merobah nasib dan masa depan rakyat di Selatan Filipina, insyallah.

 

Monday, October 15, 2012

Bila yang pakar pun kecundang 15/10/12


Satu berita menarik perhatian saya dalam akhbar The Star hari ini. http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2012/10/15/nation/12172017&sec=nation              Bukan cerita politik, dah muak agaknya baca berita politik hari-hari. Kali ini berkenaan kehidupan seharian. Berita berkenaan kematian seorang tukang telek nasib atau ahli nujum di Chennai, India.
Ceritanya seekor gajah yang di bawa ke perkarangan sebuah kuil di sana bagi tujuan pemujaan telah membelasah si ahli nujum tadi, P Ganesan dengan belalainya apabila Ganesan menganggunya. Akibatnya Ganesan telah meninggal dunia.

Seorang tukang telek yang kerjanya menelek nasib, membaca masa depan orang lain, akhirnya mati tanpa sempat membaca nasibnya sendiri!
Begitulah kuasa Allah swt, cerita ini memberi iktibar kepada saya agar jangan kita menyangka kita ini pakar dan hebat dengan sesuatu yang ada pada kita, semuanya hiasan semata-mata dan kekadang “artificial”. Kalau Allah hendak memberi Ia memberi dan kalau Ia mahu mengambil kembali, sekelip mata sahaja, subhanallah.

Benarlah firman Allah swt:
“Tidak ada seorang pun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah”, dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. (An-Naml: 65)

Friday, October 12, 2012

Api adu domba kembali menyala 12/10/12


Menurut Hakim Mahkamah Tinggi Negeri Sembilan Datuk Siti Mariah Ahmad:
"The court finds that the applicants are embracing Islam as their religion, and thus should not be exempted from the section,"

(Mahkamah mendapati memandangkan pemohon adalah beragama Islam maka mereka tidak terkecuali dari seksyen berkenaan)
Seksyen yang dimaksudkan adalah Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan (1992) yang melarang lelaki berpakaian seperti wanita di khalayak umum sabit kesalahan boleh didenda  tidak lebih dari RM1,000 atau penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Demikianlah apa yang berlaku di Seremban semalam apabila permohonan empat orang lelaki yang dikenali Barat sebagai “transgender” atau yang berpakaian dan berperangai seperti wanita, gagal dalam permohonan mereka mencabar enakmen jenayah syariah berkenaan atas alas an ia bertentangan dengan Perlembagaan Negara.
Orang Islam di Malaysia sekarang sudah bersedia mencabar peraturan syariah tempatan atas alas an bertentangan dengan hak asasi yang dijamin Perlembagaan Persekutuan. Di Malaysia semua penganut Islam perlu tunduk terhadap undang-undang syariah yang terpakai di negeri masing-masing dan tidak ada sesiapa yang terkecuali, selain dari patuh pada undang-undang Negara dan negeri yang lain yang sedia ada.

Haram hukumnya dalam Islam lelaki berpakaian dan berperangai seperti wanita seperti dalam kes di atas. Undang-undang berkenaan digubal bagi menerima pakai pengharaman berkenaan. Peraturan dunia membenarkan kita mencabar undang-undang bertulis yang ada tetapi adakah kita juga berhak mencabar peraturan Allah?
Permohonan ini membuka pintu kepada perdebatan berhubung undang-undang syariah dan sivil. Sesuatu yang telah diterima pakai zaman berzaman kini menjadi topik perdebatan umum dan sudah pasti terdedah kepada “perlekehan” dan persendaan.

Sebuah portal berita yang kononnya bebas sudah pun memulakannya dengan membawa tajuk  “Court ruling on Muslim transsexuals raises alarm over Islam ‘superseding’ Constitution”
Ada elemen yang mudah mahu mengadu-domba dan mencabar sekaligus mahu memandang rendah dan memperlekeh perauran Islam. Api yang bahaya ini sudah menyala entah bila kan padam…..wallahualam

Sunday, October 07, 2012

Kalau Timbalan Presiden tak boleh bersuara (7/10/12)


Jawatan politik biasanya dimenangi melalui pemilihan dalam parti. Seorang menjadi pemimpin parti apabila ahli-ahli parti atau perwakilan parti berkenaan memberikan mandat kepadanya. Dalam erti kata lain sebagaimana wakil rakyat yang diberi mandat oleh rakyat, pemimpin parti politik juga memegang ,mandat melalui kepercayaan ahli-ahli para perwakilan partinya.
Saya terpanggil untuk memberikan komen dalam blog saya ini apabila melihat seakan ada suatu trend yang kurang sihat berlaku dalam politik Negara kita. Ia menjadi kurang sihat apabila kewibawaan seseorang yang berjawatan melalui mandat ahli partinya dipertikaikan apabila beliau bersuara.

Bukan mahu terbabit dengan isi yang dipertikaikan tetapi saya lebih berminat kepada soal prinsip. Mengapa apabila seorang Timbalan Presiden parti bersuara, ,ereka yang tidak senang dengan suaranya itu mempertikaikan sehingga mencabar kewibawaan.
Bila agaknya seorang Presiden atau Timbalan Presiden parti boleh bersuara atau memberi ulasan? Setelah bermesyuarat jawatankuasa tertinggi parti?

Banyak sangat melatah nampaknya dalam politik kita kebelakangna ini.
Dan dalam kekalutan itu seorang Setiausaha Agung pula dengan selamba “bermandat” pula memberi ulasan mengkritik Timbalan Presiden yang bukan dari partinya! Yang kita tahu jawatan Setiausaha Agung parti bukan jawatan yang dipilih oleh perwakilan kecuali ditunjuk oleh Presiden parti, boleh pula dia gunakan jawatannya itu untuk mengulas dan mengkritik seorang yang dipilih perwakilan?!

Bagi saya Sdr Azmin Ali selaku Timbalan Presiden partinya “has every right” untuk membuat ulasan dan komentar atas kapasiti jawatannya, kalaulah kenyataannya itu tergelincir dari landasan partinya, biarlah pemimpinnya dalam hal ini Presiden parti yang menegur, bukankah molek dan lancer kalau begitu.
Tiada yang”malaikat” dalam parti politik, semuanya boleh bersuara ditegur dan menegur, memberi komen dan dikomen.

“Move on” lah banyak lagi kerja lain.