Saya sangkakan adab pertandingan dalam parti Islam adalah boleh mempromosi calon tetapi tidak dibenarkan memburuk atau mengaibkan lawan. Kalau yang melanggar peraturan adalah ahlis biasa mungkin boleh dimaafkan tetapi apabila pimpinan yang melakukannya, ada sesuatu yang tak kena.
Saya merujuk kepada pertandingan bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, mengikut maklumat bagi jawatan Presiden. Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Mohamad, Presiden PAS dijangka tidak ditentang walaupun ada cubaan mencalonkan seseorang untuk mencabarnya.
Berbalik kepada jawatan Timbalan Presiden, proses pencalonan diperingkat kawasan masih berjalan tetapi telah ada yang menggunakan media arus perdana untuk mempromosi calon idaman masing-masing, tapi yang mengecewakan sehingga ada yang melanggar adab dan peraturan jemaah.
Dalam NST hari ini seorang wakil rakyat dari Kelantan (yang terlibat dalam salah sebuah buku karangan MSO satu ketika dahulu) selain mempromosi salah seorang calon jawatan berkenaan turut mengkritik Timbalan Presiden kini dengan menyatakan:
“.......Nasharudin on the other hand is a little weak.”
Beliau menambah:
“I am disappointed with Nasharudin. Sometimes he does not give the strength the president needs, especially in preparing for the coming general election”.
Kemudian seorang pemimpin PAS Pusat pula walaupun cuba “cover” kenyataannya tetapi tetap mengkritik lawan menyatakan:
“This man (calon pencabar Timbalan Presiden sekarang) is political but not academically qualified as oppose to the incumbent but he will go the extra mile to close ranks after the contest. He may seem extreme with his views but he is actually very balanced and that is exactly what we need.”
Jelas mempromosi pencabar iaitu sesuatu yang dibenarkan tetapi jelas juga menyinggung lawan yang sudah pasti tidak dibenar.
Apa pun para perwakilan gerakan Islam terbesar dalam Negara ini nantilah yang akan menetukan siapakah bakal menjadi pemimpin tertinggi parti ini. Dalam keghairahan kita menentukan saf kepimpinan kita, biarlah patuh dan ikut adab, kalau tidak dibenar janganlah langgar semacam. Harap mereka yang diamanahkan menyelia proses pemilihan ini beri perhatian. Wallahualam.
1 comment:
Aik ! Macam tak percaya dan terkejut. Ketua Penerangan PAS Selangor boleh petik berita dari NST.Kan NST tu lidah UMNO-BSN.Dia orang memang suka bawak cerita dan melaga-lagakan orang PAS.Jgnlah kita dok percaya dengan depa (NST) Encik Roslan Oiii.
Post a Comment