Umno tak senang dengan penadtadbiran masjid di Selangor
Pada pilihanraya umum 2008 lalu, calon Umno, Ismail Kijo, tanpa diduga telah ditewaskan dengan majoriti 2,228 undi di kerusi DUN Lembah Jaya dalam parlimen Ampang oleh calon PAS, Khasim Abdul Aziz. Dengan kemenangan YB Khasim itu dan calon-calon lain dari PAS, PKR dan DAP telah berjaya menumbangkan kuasa Umno dan BN di Selangor buat pertama kali dalam negeri bertuah ini.
Kekalahan tersebut dan hilangnya kuasa Umno di Selangor sehingga hari ini terus menghantui mereka sehingga terkadang mengigau di siang hari, menyangkakan mereka masih berkuasa.
Mengapa Umno ditolak di Selangor?
Banyaklah faktornya, salah satu kerana isu pentadbiran masjid dan surau di negeri ini. Sejak pilihanraya umum 1999 (ketika itu MB nya Abu Hassan Omar) apabila PAS berjaya menang 4 kerusi di DUN Selangor diketuai Dato Dr Hasan Ali (ketika itu sebagai Ketua Pembangkang) dtemani Dato Ismail Kamus, Dr Shafiee Abu Bakar dan Ustaz Sallehen Mukhyi, Umno mula naik berang. Abu Hassan ketika ditemuramah akhbar The Star ketika itu, bagaimana PAS tiba-tiba boleh bertapak di Selangor, menjawab bahawa kerana PAS menguasai masjid-masjid dan surau-surau di Selangor. Oleh itu katanya kerajaan negeri akan bertindak dan memastikan masjid dan surau di Selangor bebas dari pengaruh PAS.
Itulah mula dendam Umno di Selangor sehingga menumpukan tenaga mereka pada masjid dan surau.
Maka bermulalah satu demi satu usaha menguasai masjid dan surau secara langsung oleh Umno. Jika sebelumnya ahli-ahli kariah diberikan hak untuk memilih pemimpin dikalangan mereka untuk mentadbir masjid dan surau, Umno lah yang telah merampasnya. Ketika itu segala bentuk pemilihan secara langsung digantung. Nazir dan AJK masjid ditunjuk oleh kerajaan negeri melalui syor Umno bahagian.
Maka naiklah orang-orang politik ada diantaranya yang tidak ke masjid pun. Di Subang Jaya contohnya seorang pemimpin Umno yang di rumahnya ada “bar” (sudut minum arak) pun dilantik menjadi AJK Masjid!
Tidak cukup dengan itu, mana-mana imam yang disangkanya tidak condong pada mereka turut ditamatkan perkhidmatannya. Begitu juga kelas-kelas pengajian Maghrib dan kuliah-kuliah Subuh yang menghidupkan masjid-masjid dan surau-surau turut dikawal. Dikeluarkan surat pekeliling para pendakwah yang disenarai-hitmakan oleh kerajaan negeri atas syor Umno. Mereka ini tidak dibenar masuk berceramah ke mana-mana masjid atau surau di Selangor. Antaranya Dato Ismail Kamus, Dato Dr Harun Din, malah Mufti Selangor Almarhum Dato Ishak Baharom diketika itu turut menjadi mangsa di pecat oleh mereka.
Akibatnya ahli-ahli kariah seluruh Selangor berpecah, berlaku berpuak-puak di masjid. Masjid yang sepatutnya menjadi pusat dakwah, penyibaran ilmu dan penyatuan ummah menjadi gelanggang milik orang politik. Suasana ketika itu amat malang buat Islam di Selangor. Berlaku juga insiden penyelewengan duit masjid oleh AJK yang tidak amanah yang ditunjuk ketika itu.
Alhamdulillah apabila Pakatan Rakyat menguasai negeri ini bermula Mac 2008, atas inisiatif kerajaan negeri melalui EXCO Agama, Enakmen Pentadbiran Masjid dan Surau Selangor dihidupkan kembali. Tiada lagi campurtangan politik seperti zaman Umno. Ahli-ahli kariah kembali diberi kuasa memilih pimpinan masjid dan surau di kawasan mereka. Malah bukan sahaja orang pro PR, orang-orang Umno juga boleh dicalonkan dan bertanding melalui proses pemilihan terbuka yang dikendalikan sendiri oleh pihak JAIS.
Cuma bagi jawatan Nazir, oleh kerana kerajaan negeri bermatlamat menjadi Masjid sebagai wahana transformasi ummah, maka calon-calon nazir dikenakan beberapa syarat tambahan, agar Serlangor nanti menerbitkan nazir-nazir yang berkualiti dan benar-benar boleh berperanan memakmurkan masjid.
Antara syaratanya Nazir mestilah boleh menyampaikan khutbah, memimpin majlis ilmu, memimpin majlis tahlil, berakhlak mulia dan punyai kelulusan. Nazir mestilah boleh mengimamkan solat berjemaah dalam ketiadaan imam. Lantaran syarat-syarat itulah maka bagi jawatan Nazir kerajaan negeri menghendaki agar beberapa nama calon dikemukakan agar ditemuduga dan disaring oleh pihak JAIS.
Tiba-tiba semalam dalam persidangan Umno, Ismail Kijo yang telah dua tahun tujuh bulan hilang kuasa itu mendakwa bahawa PAS meletakkan orang-orangnya untuk menguasai masjid di Selangor! The Sunday Star hari ini melaporkan:
A SELANGOR delegate took a swipe at PAS, saying that the Islamist party practises its own brand of democracy when it comes to appointing mosque committee members in the state.
Datuk Ismail Kijo claimed that a PAS-friendly candidate would be appointed to the committee even though the person garnered the least number of votes.
“It is like giving a gold medal to the one who finished third. This is the so-called democracy practised by PAS in Selangor,” he said when debating the motion on religion and education during the Umno general assembly.
Ismail said that PAS would appoint candidates that would benefit them.
Barangkali kerana tidak kebah-kebah dari demamnya lantaran kalah pada Mac 2008 lalu, Ismail Kijo menyangkakan PAS juga berperangai macam mereka dalam urusan masjid di negeri ini. Semua nazir di Selangor melalui proses yang baru ini, yang pastinya tidak ditindik atau ditunjuk oleh pimpinan parti seperti dizaman Ismail Kijo dahulu.
Saya tahu ada orang PAS yang menjadi Nazir, sudah pastinya beliau menepati syarat dan berjaya dalam proses penyaringan, tetapi ada juga yang Umno. Adakah ini bermakna semua yang Umno yang menjadi Nazir di bawah kerajaan baru ini juga sudah menjadi PAS? Jika begitu baguslah.
Ismail Kijo sebenarnya faham akan apa yang berlaku di Selangor hari ini. Ia sesungguhnya lebih baik dan diterima dengan hati terbuka dan senang oleh umat Islam di Selangor berbanding zaman beliau. Masjid-masjid semakin dimakmurkan buktinya sahaja di bulan Ramadhan kehadiran jemaah di masjid yang memangnya ramai semakin berlipat-ganda sejak dua tahun kebelakangan ini.
Jika beginilah sikap Ismail, menafikan kebaikan demi sentimen politik yang fanatik dan melulu, terus kekallah kerusi Lembah Jaya di tangan PAS dan begitu juga kerajaan Selangor ditangan PR insyallah.
4 comments:
Bodoh punya Umno
mintak tolong tuan, tolong sampaikan pada pimpinan kita di galas gua musang ni, harap sangat tolong kurangkan sikit penonjolan beberapa pimpinan parti yang sikap cenderung mereka lebih kepada DSAI.
4 hari kami berada di sana respon kurang elok untuk jentera kita. biarkan saja jentera tempatan dan kelantan saja yang uruskan penerangan.
Assalamualaikum,
Tentang perkara:
1- "Saya tahu ada orang PAS yang menjadi Nazir, sudah pastinya beliau menepati syarat dan berjaya dalam proses penyaringan, tetapi ada juga yang Umno. Adakah ini bermakna semua yang Umno yang menjadi Nazir di bawah kerajaan baru ini juga sudah menjadi PAS? Jika begitu baguslah."
Tempat saya berlaku manipulasi pemilihan sehingga ramailah ahli UMNO yang baru masok PAS menjadi AJK Masjid. Mereka ini juga adalah AJK JKKK baru terlantik apabila Ketua Kampong yg dulu pekat UMNO telah masok PAS selepas kemenangan PR. Alhamdulillah. Tapi cara kerja dan fikrah kerja masih UMNO PEKAT lagi.
Minta tolonglah kepada tuan, cadanglah satu taklimat atau kursus supaya mereka jenis baru masok PAS ni diajar cara bekerja yang macam orang berfikrah PAS buat.
2- "Maka bermulalah satu demi satu usaha menguasai masjid dan surau secara langsung oleh Umno. Jika sebelumnya ahli-ahli kariah diberikan hak untuk memilih pemimpin dikalangan mereka untuk mentadbir masjid dan surau, Umno lah yang telah merampasnya. Ketika itu segala bentuk pemilihan secara langsung digantung. Nazir dan AJK masjid ditunjuk oleh kerajaan negeri melalui syor Umno bahagian."
Jika tiada pentarbiahan untuk membersihkan fikrah ahli UMNO yang baru masok PAS ini, maka akan berlakulah seperti perkara 2 secara resapan.
Diharap PR dapat bertahan untuk beberapa sesi lagi kerana mereka yg menjadi AJK Masjid sekarang ini seolah-olah menunjukkan bahawa orang PAS berperangai dan berfikrah seperti mereka ini.
Tolonglah.... ikhlas.
Dengan kapasiti tuan yg saya sering baca dlm harakahdaily, cadangkanlah satu kursus atau pentarbiahan agar mereka yang baru masok PAS ini dapat membuat kerja2 mengikut fikrah orang2 PAS.
Sekian.
tq ismail kijo PJJ...ko punya degree PJJ je..sonang bah>>
ko banyak kaki temberang dah Kijo..nie pun sedara TOYOL gak??? kaki temberang gak?
Post a Comment