Tuesday, October 05, 2010

Syabas: Harga rokok naik

Cukai eksais ke atas rokok dinaikkan 16 peratus. Akibatnya harga rokok tempatan turut naik. Rokok-rokok keluaran Britis American Tobacco (Malaysia) contohnya naik 70 sen sekotak bagi paket 20 batang dan 80 sen sekotak bagi paket 25 batang. Ini bermakna sekotak rokok 20 batang kini berharga RM10 sekotak.

Persatuan Pengguna dan mereka yang benci rokok sudah pasti mengalu-alukan langkah ini. Biar rokok mahal harganya, kelak ia menggalakkan para perokok agar mengurangkan atau berhenti sama-sekali tabiat buruk mereka.

Kalau dah RM10 sekotak dan seorang perokok menghabiskan sekotak sehari bermakna mereka terpaksa berbelanja RM300 sebulan. Sudah pasti jumlah tersebut boleh dimafaatkan kepada perkara-perkara yang lebih berfaedah tidak kiralah sekiranya anda seorang yang sudah bekerja atau punya keluarga apa lagi jika anda masih bersekolah.

Yang mengeluh hanyalah para pengeluar dan pengilang rokok. Alasan popular mereka jika naik harga rokok maka larislah jualan rokok yang diseledup yang menurut rekod pasarannya di Malaysia mencecah berbilion ringgit.

Kita benci tabiat merokok. Kalau boleh naik lagi lipat kali ganda biar tiada lagi rakyat Malaysia yang mencampakkan diri mereka dengan rela ke dalam kebinasaan. Dalam waktu yang sama pihak kerajaan dan agensi yang berkaitan perlulah pertingkatkan usaha menyekat dan membasmi aktiviti penyeludupan ini. Jika ianya besar maka usaha skala besar juga perlu diambil. Libatkanlah pihak tentera termasuk terntera laut an darat kalau ia boleh menjimatkan kerajaan berbilion ringgit.

(Bagi pilihanraya kecil DUN Galas kata Tok Guru Nik Aziz calon PAS dipastikan orang yang tidak merokok - rasanya tiada wakil rakyat PAS yang merokok, kalau ada perlu diambil tindakan)

Dalam pada itu kita tunggu bila pula cukai arak mahu dinaikkan lagi. Bukan sahaja rokok arak pun membinasakan diri dan memporak-perandakan institusi keluarga. Bukan orang Islam sahaja seluruh rakyat terancam oleh bahana arak ini. Biarlah ia mahal dan akhirnya hanya orang kaya yang tidak berakal sahaja menogoknya.

Kita tunggu dengan penuh harapan.

3 comments:

Anonymous said...

Rokok & Santan pembunuh utama. Marahkan perokok.Tapi hari2 bedal kari, nasi lemak, lontong. 2X2 Serupa.

Anonymous said...

salam. ustaz azizan dah berenti merokok ka?

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

masaallahnya bukan sahaja rokok yang naik,keperluan dapur seperti gas memasak dan gula juga akan naik harga tetapi tidak diumumkamkan,kenapa?,cuma yang diumumkan hanya harga rokok sebab nak tunjuk baik,bolih lawan dengan cadangan tok guru Nik Aizi supaya calon digalas tidak perokok,kalau dua dua calon tidak perokok (pas dan Umno)tidak adalah isu moral calon untuk dibangkitkan didalam ceramah diGalas nanti....

tok ayah su-sekilas ikan diair sudah tahu jantan betinanya