Umno semakin tertekan
Ayuh....
Jangankan gerimis hujan pun mari, kita redahi.........jangankan ribut taufan pun mesti kita harungi.....jangankan air bah, gelombang badai pun harus berani kita renangi.....Jangankan gerhana, kelam gelita pun pasti kita terangi.
Demikianlah lantangnya bunyi madah Presiden Umno semasa menyampaikan ucapan dasarnya semasa Perhimpunan Agung Umno ke 61 baru-baru ini.
Najib juga menyeru agar Putrajaya, lambing kuasa bagi kerajaan Pusat turut dipertahankan oleh Umno habis-habisan. Beliau berkata:
Walau berkecai tulang dan juga badan, walau berkecai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari walau apa pun terjadi, Putrajaya mesti kita peratahankan!
Saya tidak tahu pandangan yang lain, tetapi bagi saya kali ini tampak dan zahir kebimbingan Umno terhadap lawannya. Jika dulu tidak pernah lawan diberi perhatian apalagi dipedulikan sangat, sekadar diperleceh dan dijadi bahan senda-gurau, ternyata kali ini setelah 61 tahun usianya, Umno mula gelisah.
Dalam usia melewati umur pencen, Umnokini tersedar bahawa survivalnya terancam. Setelah lebih setengah abad bersenang dan bersantai, Umno gundah dan gelisah, kuasa yang mula lurut dari tangan berkemungkinan terus lurut dan hanyut.
Inilah bagi saya kali pertama melihat Umno dalam suasana defensif. Kalau sebelum ini ia sekadar bertepuk-sorak, tawa hilai dan berhibur-sakan semasa bersidang, kini agak kelam dan muram. Walaupun lantaran budaya berhibur sudah menjadi darah daging, suasana ancaman tidak berapa terpancar pada wajah sebahagian perwakilan dan pemerhati kecuali yang insaf dan sedar khasnya dikalangan pimpinan.
Tetapi bolehkah Umno mengikis tabiat dan amalan buruknya untuk meyakinkan rakyat agar memeluk dan mengucupnya kembali?
Benarkah buruk tabiat dan amalan Umno?
Perwakilan Melaka, Mohd Said Yusif (jaguh “tutup sebelah mata”) dalam perbahasannya di perhimpunan Umno baru-baru ini bercerita:
(Tentang temuduga bagi jawatan “badut politik’) Dalam temuduga itu bakal badut ditanya soalan mudah lima darab lima berapa, maka dijawab dua puluh lima setelah berfikir panjang tetapi (calon badut itu) ditolak oleh pemimpin (yang menemuduga) kerana dikatakan lambat menjawab dan tidak cekap.
Badut kedua masuk dan menjawab dengan pantas dua puluh lima, juga ditolak kerana dikatakan terlalu pantas menunjukkan tidak berpengelaman.
Akhir sekali masuklah badut ketiga yang member jawapan (pada soalan yang sama): Berapa bos mahu?
Maka pemimpin it uterus berkata badut itu amat pintar kerana telah terlebih dahulu membuat “homework”.
Saya pasti semua yang mendengar dongeng Mohd Said ini akan tergelak dan keatwa besar. Tetapi hakikatnya, itulah tabiat dan amalan yang memang sedia ada disemua peringkat. Tanyalah siapa yang celik dan sedar. Kerana menyedari hakikat berkenaan, dan berhadapan dengan musuh politik yang padu dan tersusun, tidak hairanlah Umno defensif dan kiranya perangai buruk mereka terus kekal berkecailah tulang dan jasad Umno sedia untuk dimakamkan di permakaman khas yang boleh kita bina di suatu sudut di Putrajaya.
2 comments:
Tak pernah saya dengar ketua negara-negara luar malah Israel sekali pun bermadah sebagaimana Najib.
Hebat Malaysia ni.
Malaysia boleh katakan.
Takpa, takpa.
Kita tengok selepas PRU13.
UMNO cakap berdegar2 kat perhimpunan, pemimpin je yang banyak untung..golongan marhaen tak berubah, makin tertekan adalah...dah lebih 50 tahun UMNO kaya..tahun2 mendatang milik Pakatan Rakyat...
Post a Comment