Friday, October 01, 2010

Bersatu teguh bercerai roboh

Bermula dengan kebakaran gereja di Kuala Lumpur, kemudian surau di Seremban yang disimbah cat. Kemudian kenyataan “rasis” Hajjah Siti Inshah Mansor Pengetua SMK Tuanku Abdul Rahman Putra, Kulai Johor. Ini diikuti dengan video klip Namewee yang mengkritik tindakan Siti Inshah dengan senikata dan aksi lucah dan biadap.

Ini diikuti lagi dengan ceramah yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah BTN yang menghina kaum tertentu ditambah dengan pendedahan video klip seorang paderi di Sarawak yang menghina Islam dan umat Islam.

Apa nak jadi dengan hubungan antara kaum dalan Negara kita yang berbilang kaum dan agama ini?

Beratus tahun kaum-kaum terbesar di tanah air kita, Melayu, Cina dan India dapat hidup dengan aman, rukun dan damai, hormat-menghormati serta saling faham-memahami antara satu sama lain. Tanah Melayu beratus tahun lalu berubah menjadi Malaya dan kini Malaysia lantaran hubungan harmonis ini.

Hari ini ada antara kita yang tidak menghargai apa yang telah dibina dan sedia terjalin sejak zaman berzaman. Ada di antara kita sudah berani mencabar kehalusan hubungan intim ini.
Apabila ini berlaku, tercetuslah ketegangan, masing-masing akan bangkit mempertahankan kelompok masing-masing. Punah hancurlah persefahaman yang kita wairisi.

Bahaya.........

Tanah air ini milik semua. Tiada lagi Negara Cina untuk orang Cina Malaysia kembali atau Tanah India untuk orang India Malaysia, inilah bumi kita, inilah tanahair kita untuk orang Melayu, Cina dan India warga Malaysia.

Kerana itu kita wajar memelihara dan cemburu dengan apa yang telah dibina oleh datuk nenek kita ini. Tak perlulah orang Cina bangkit apabila mereka dihina atau dinista, atau umat Islam sahaja bangkit apabila agam mereka dipersenda. Semua kita perlu bangkit dan pertahankan bersama.

Tidak perlulah juga “juara” yang mahu mempertahankan mana-mana pihak yang tidak sayang pada binaa kerharmonian ini. Kalau Siti Inshah bersalah kita hukum dia begitu juga Namawee. Kalau yang bakar gerja dihumban ke penjara begitu juga patutunya yang menyimbah cat ke surau.

Jangan politikkan orang yang rosakkan kesejahteraan antara kaum dalam Negara tercinta kita ini. Tak kiralah dia Siti Inshah atau Namawee atau orang BTN atau Paderi Benjamin, semua mereka ini tiada tempat dalam masyarakat kita. Mereka samada diajar untuk menghargai kehadiran kita semua atau dirihatkan biar tidak menggugat masyarakat.

Malaysia ini milik kita semua, itulah hakikatnya. Bersatu teguh bercerai roboh.

1 comment:

Mat jeng said...

Betul! Di sekolah pelajar dididik menghormati kepelbagaian agama dan kaum. Mereka boleh belajar bersama walau pun kadang2 berlaku perselisihan kecil. tapi guru bijaksana berjaya menyelesaikannya. Sebab itu di sekolah walaupun pelbagai kaum dan agama bersama,Sangat harmoni. sejuk hati..
Masalahnya demi kredit politik, petualang politiklah yang merosakkan usaha murni di sekolah.. Orang politiklah yang memanaskan isu2 yang tak sepatutnya..Apa guan kalau fakta sejarah yang diterima pelajar di negatifkan selepas pelajar2 ini meninggalkan sekolah? apa jadahnya orang politik merosakkan usaha murni memartabatkan keharmonian Malaysian oleh guru2 di sekolah..Orang politik banyak berdosa dalam hal ini!
Siapa yang timbulkan hal ini? Melayu sendiri? UMNO? DAP? PKR? HINDRAF? PAS? Kesian kat cikgu2! come on Dato', Dr, Tan Sri...perbetulkan politik kita..Anda semua yang merosakkan negara sendiri. kami nak sokong siapa?Berpolitiklah secara profesional untuk mentadbir negara..biarlah banyak RASIONAL! Kempen2lah..jangan rosakkan anak bangsa!
Jangan nak jadi hebat di kalangan kaum masing-masing!Mengguris hati kaum lain! Saya Cikgu! Ajar Pendidikan Moral!Saya Melayu! ramai pelajar saya dapat A, SPM! Tak ajar ajaran songsang pun! Ini negara kita. !1 Malaysia!