Ramai yang memberi berbagai telahan dan bacaan terhadap rombakan kecil yang berlaku dalam PKR Selangor baru-baru ini. Sdr Azmin Ali, ahli parlimen Gombak/ ADUN Bukit Antarabangsa dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor.
Sesungguhnya rombakan dalam parti adalah perkara biasa bagi mana-mana parti pun. Ia berlaku apabila ada usaha menyeragam atau mengemaskinikan jentera dan pentadbiran parti bagi memastikan kelancaran untuk tugas dan tanggungjawab yang lebih besar.
Bagi parti lawan sudah pastilah apa sahaja yang bergerak dan bergoyang dalam parti saingannya akan menjadi bahan dan terjahan politik. Manalah tahu silap-silap terjah boleh jatuh.
Begitu jugalah kalau kita lihat reaksi mantan MB Selangor, Khir Toyo terhadap perkembangan yang berlaku dalam PKR Selangor.
Dendam kesumat Khir terus membara dalam dirinya. Maklumlah tersungkur jatuh ketika sedang tidur lena. Hilang takhta pada malam 8 Mac 2008 lalu adalah mimpi ngeri yang tidak padam-padam dan terus menghantui hidup beliau hingga hari ini.
Lalu apabila melihat pohon PKR bergoyang, berkecamuklah nafsu serakah Khir, terus sahaja beliau mencapai senapang “buruknya” sebab percaya ada beruk sedang melonjak-lonjak atas pohon berkenaan sehingga ia bergoyang. Walaupun hakikatnya pohon itu sebagaimana pohon-pohon lain bergoyang lantaran deruan angin yang memukulnya.
Katalah apa pun pada Khir, beruk juga yang dicarinya!
Berbalik pada rombakan dalam PKR Selangor. Kata Khir kini pasukan bolasepak PKR Selangor ada tiga kapten. Lantas kucar-kacirlah pentadbiran negeri akibatnya. Tiga kapten yang dimaksudkan adalah Dato Seri Anwar kerana dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Negeri sebelum ini, Tan Sri Khalid sebagai MB dan Azmin Ali sebagai Ketua PKR Selangor yang baru.
Memang Khir berhak mengulas dan memberi komen apa sahaja. Kenapa tak katakan Selangor ada dua lagi kapten cukupkan lima semua sekali iaitu Pengerusi DAP dan Pesuruhjaya PAS Selangor!
Dalama keghairahan beliau meninjau-ninjau beruk atas pokok, rupanya Khir tak nampak gajah besar di depan batang hidungnya! Umno Selangor apa kurangnya! Kalau PKR dan Pakatan Rakyat begitu, padanlah kerana kami parti memerintah. Umno yang pembangkang di Selangor macam mana?
Kapten Najib, Kapten Noh Omar, Kapten Khir dan baru-baru ini penjaga gol Satim Diman meninggalkan gawang golnya! Jangan-jangan beruk yang Khir cari-cari itu sedang menari-nari atas pohon Umno Selangor!
Bagi keluarga Pakatan Rakyat di Selangor, masing-masing parti berhak merombak pimpinan parti masing-masing demi kebaikan bersama. Urusan parti kawan tidak wajar dicampuri parti kawan yang lain. Semangat setiakawan menuntut kita menerima dan terus bekerja ke arah agenda bersama iaitu mempertahankan Selangor dengan menempa kemenangan yang lebih besar dan selesa serta menyumbang kearah penawanan Putrajaya.
Biarlah Khir dengan beruk-beruknya!

KENYATAAN AKHBAR
PAS SELANGOR ALU-ALUKAN YB AZMIN ALI
PAS Selangor mengalu-alukan perlantikan YB Azmin Ali sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Negeri Selangor yang baru. Perlantikan ini diyakini akan dapat memantapkan lagi jentera PKR Negeri Selangor selain menyumbang ke arah memperkasakan lagi jentera Pakatan Rakyat Negeri Selangor khasnya dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13 nanti.
PAS Selangor turut yakin YAB Tan Sri Dato’ Seri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Pakatan Rakyat Selangor akan dapat menumpukan lebih perhatian ke arah membangunkan Negeri Selangor dengan memberi fokus kepada agenda Merakyatkan Ekonomi Negeri Selangor (MES) setelah melepaskan jawatan parti kepada YB Azmin Ali.
Sesungguhnya YB Azmin Ali memiliki pengalaman yang luas dalam bidang politik dan malah sudah pun menjalin hubungan kerja dengan PAS Selangor sejak beliau dan 4 orang ADUN PAS diketuai Dato Dr Hasan Mohd Ali memenangi kerusi di DUN Selangor pada Pilihan Raya Umum 1999 lalu. PAS Selangor akan terus memberikan kerjasama sepenuhnya kepada beliau selaku Ketua PKR Negeri.
Selain itu PAS Selangor akan mengaturkan pertemuan segera dengan beliau bagi menyelaraskan gerak kerja politik antara kedua-dua parti selain menantikan kehadiran beliau dalam mesyuarat Pakatan Rakyat peringkat Negeri Selangor.
Pertemuan dengan Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar juga akan diaturkan dalam waktu terdekat bagi menyatakan sokongan dan keyakinan PAS Selangor terhadap kepimpinan beliau sebagai Ketua Pentdabir Negeri.
PAS Selangor terus komited untuk memastikan kejayaan Pakatan Rakyat bukan hanya dalam mempertahankan Negeri Selangor dengan lebih mantap lagi malah menyumbang ke arah kejayaan untuk menawan Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.
29 Jun, 2010/ 16 Rejab 1431
2 comments:
Slm, pertukaran portfolio dalam kerajaan dan politik memang perkara biasa cuma cara berbeza yang berlaku di Selangor adalah suatu perubahan yang mempunyai pro dan kontranya...walauapa pun pemisahan antara kuasa pentadbiran dan politik di Selangor sekarang telah menampakkan kesannya sekarang, ramai kakitangan kerajaan negeri terutama PBt tidak terasa tekanan sangat beban kuasa politik yang melampau seperti yang berlaku semasa pemerintahan BN...syabas PR.
Assalamu alaikum. Kalau tak silap sewaktu Trengganu ditadbir oleh PAS, PAS pun guna kaedah yang sama di mana Ustaz Hadi jadi MB dan Datuk Mustafa ali jadi pesuruhjaya PAS Trengganu.
Post a Comment