Friday, September 25, 2009

Tergugatkah perjanjian Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba?

Maka titah Sri Tri Buana:”Hendaklah pada akhir zaman kelak anak cucu bapak jangan derhaka pada anak cucu hamba.Jikalau ia zalim dan jahat pekertinya sekalipun.”

Maka sembah Demang Lebar Daun:”Baiklah Tuanku.Tetapi jikalau anak cucu Tuanku dahulu mengubahkan dia,(maka) anak cucu patik pun mengubahkan dia”.

Maka titah Seri Tri Buana,”Baiklah,kabullah hamba akan waad itu.

”Maka keduanya pun bersumpah-sumpahlah,barang siapa mengubahkan perjanjiannya itu di balik Allah subhanahu wa taala bumbungan rumahnya kebawah,kaki tiangnya keatas.Itulah sebabnya maka dianugerahkan Allah subhnahu wa taala kepada segala raja-raja Melayu,tiada pernah memberi aib pada segala hamba Melayu;jikalau sebagaimana sekalipun besar dosanya,tiada diikatnya dan digantungnya dan difadihatkannya dengan kata yang jahat.

Syahadan, segala anak Melayu pun di anugerahkan Allah subhanahu Wataala tiada pernah durhaka dan memalingkan muka pada Rajanya, jikalau jahat sekali pun serta aniaya”


Demikianlah bunyinya perjanjian antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba sebagaimana ternukil dalam khazanah Sejarah Melayu. Perjanjian ini kekal sebagaimana kekalnya orang-orang Melayu zaman-berzaman, menerima, taat dan setia pada Raja-rajanya.

Membaca berita di bawah ini yang dipetik dari MStar Online:

Sultan Pahang mahu rakyat terus sokong kerajaan Barisan Nasional

KUALA KRAU: Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.

Baginda bertitah, rakyat perlu terus bersama kerajaan kerana agenda pembangunan yang dirancang dalam jangka pendek dan panjang bakal memberi manfaat berterusan kepada mereka.

Agak-agaknya bagaimanakah reaksi Sang Sapurba dan Demang Lebar Daun kalau kiranya masih hidup mereka?

Thursday, September 24, 2009

Suburkan budaya tegur-menegur
Hapuskan budaya ugut-mengugut

Baru sebentar tadi wartawan dari Nanyang menghubungi saya dan meminta komen berhubung isu SELCAT yang didakwa kini sudah menjadi begitu kontroversial. Ada pemimpin PAS Selangor menurutnya kononnya telah memberi kata dua minta Dr Hasan Ali menyokong kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau keluar sahaja dari PR. Begitu juga kata beliau beberapa pemimpin PR yang lain (selain PAS).

Saya tidak berhasrat mengulas kata dua pemimpin itu, biarlah beliau begitu kerana orang PAS Selangor kenal sangat beliau dan gelagatnya.

Saya menjelaskan kepada wartawan tersebut yang penting kita tidak lari dari isu sebenar yang perlu menjadi perkara pokok dalam membincangkan permasalahan ini. Jangan tokok-tambah cerita-cerita lain, jangan humbankan sekali dendam kesumat dan hasad dengki peribadi, jangan ada agenda tikam dari belakang dan lain-lain.

Yang paling penting apa yang diutarakan oleh Dr Hasan adalah teguran ke arah memperbaiki perjalanan SELCAT. SELCAT ini tidak wujud dizaman BN. Ia lahir setelah PR memerintah Selangor, ia disokong oleh PKR, DAP dan PAS. Oleh kerana ia suatu institusi yang baru, walaupun falsafah dan objektifnya baik, namun ia perlu melalui proses pembaikian dari masa ke semasa supaya ia benar-benar menjadi sebuah badan yang berwibawa dan dihomrati rakyat.

Membuat teguran terhadap SELCAT bukan bermakna menentang kerajaan. Isu ini bukan perkara baru malah pernah dibincangkan diperingkat Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor, dan saya berani menyatakan yang Dr Hasan serta PAS Selangor bukan keseorangan dalam hal ini.

Kerajaan Pakatan Rakyat diberi mandat oleh rakyat kerana ia menjanjikan sebuah pentadbiran yang bersih, telus dan adil. Ia mahu menjadi alternatif kepada kerajaan BN yang kotor, korap dan zalim terhadap rakyat itu. Kalau semasa zaman BN dahulu ruang untuk tegur menegur ke arah kebaikan tidak pernah terbuka. Sesiapa menegur dikira anti kerajaan, anti MB lalu dilibaslah pedang untuk mencantas pemimpin tadi.

Budaya cantas-mencantas tidak sewajarnya wujud dalam sebuah kerajaan yang bersih, telus dan adil. Pemimpin dalam Pakatan Rakyat berhak bersuara, dan untuk pengetahuan dalam isu yang melibatkan SELCAT termasuklah kakitangan awam ini Dr Hasan pernah bersuara bukan sekadar diperingkat Majlis Pakatan Rakyat Negeri Selangor malah sehingga Majlis Pakatan Rakyat Pusat yang dihadiri pimpinan terkanan ketiga-tiga parti peringkat kebangsaan.

Semalam Dr Hasan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung isu ini (saya sertakan di bawah). Kenapa ada pihak pandang serong terhadap teguran beliau? Tidak ada sesiapa pun dalam PAS Selangor yang mahu melihat kerajaan PR yang dibentuk bersama dengan PAS ini jatuh gugur setelah bersusah payah kita menegakannya. Mengapa beliau ditohmah begitu sekali?

PR Selangor mesti mantap dan padu. Mana-mana ruang yang longgar dan lemah perlu diperbaiki. Saya teringat dalam satu mesyuarat PR Selangor YB Ronnie Liu menjelaskan bahawa jangan sampai rakyat ada persepsi tidak baik terhadap kita angkara keghairahan kita.

PAS Selangor berbangga kerana menjadi sebahagian dari kerajaan PR. PAS Selangor mahu menyumbang dan berperanan secara aktif dalam kerajaan bukan sekadar menjadi pemanas kerusi. PAS Selangor mahu kekal bertapak di Selangor malah kalau boleh dengan izin Allah swt mahu menang banyak lagi kerusi dalam PRU ke 13 nanti sekaligus memantapkan lagi kedudukan PR.

Sebagai ahli “team” kerajaan PR Selangor ini saya yakin Dr Hasan dan EXCO PAS yang lain mahu menjadi “team player” yang efektif. Bukan yang bisu atau yang “pak angguk” atau “pak pacak”. Bukti PAS Selangor mahu demikian, PAS Selangor tidak pernah mengugut mahu keluar PR seperti yang berlaku pada DAP di Kedah apabila berhadapan dengan isu “panas”.

Oleh itu semua pihak perlu berlapang dada. Usahakanlah agar PAS, PKR dan DAP Selangor dapat terus mantap dan memantapkan pentadbiran kerajaan. Budaya tegur-menegur ini perlu disuburkan, yang perlu ditembak mati adalah budaya ugut-mengugut, kata dua dan politik hasad dengki.

PAS Selangor insyallah akan terus kekal dalam PR dan tiada kata dua oleh sesiapa pun yang dapat memecah-belahkan kepimpinan dan jemaah ini.



KENYATAAN MEDIA
DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
EXCO KERAJAAN NEGERI SELANGOR/ PESURUHJAYA PAS SELANGOR

Sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa selaku ahli EXCO kerajaan negeri Selangor serta Pesuruhjaya PAS Negeri, saya menyokong penuh obejektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Walaubagaimanapun ekoran siasatan awam yang dilakukan baru-baru ini khasnya yang melibatkan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri ternyata SELCAT perlu mengkaji semula prosedur serta teknik penyiasatan yang dilakukan.

Sesi penyiasatan yang menggunakan kaedah menghina serta menjatuhkan maruah disamping lahirnya unsur tekanan sehingga mencetuskan ketegangan jelas tidak mencerminkan objektif dan falsafah penubuhan SELCAT. Akibat kaedah ini maruah dan harga diri para pegawai kanan kerajaan telah teruk tercalar dan moral mereka menurun.

Sepatutnya siasatan SELCAT yang berkisar sekitar perbelanjaan peruntukkan ADUN-ADUN BN dalam kerajaan dahulu tidak sekadar memanggil pegawai-pegawai daerah untuk memberikan keterangan tetapi juga memanggil ADUN-ADUN yang berkenaan. Dengan cara ini SELCAT akan memperolehi maklumat yang seimbang tanpa menyalahkan satu pihak semata-mata.

Oleh itu dalam hal ini, saya ingin mencadangkan agar segera diadakan petemuan antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO dengan SELCAT bagi membincangkan segala pandangan, hujah dan dakwaan terhadap para pegawai kanan kerajaan negeri yang telah dipanggil SELCAT. Selepas itu perlu disusuli dengan rundingan tiga penjuru antara Menteri Besar dan ahli-ahli EXCO serta SELCAT dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang terbabit demi menjernihkan suasana.

Sesungguhnya pentadbiran negeri tidak mampu berfungsi dengan baik seandainya tidak wujud suasana harmoni antara ketiga-tiga pihak ini.

Sesuai dengan semangat Hari Raya Idul Fitri saya merasakan sangat molek diadakan satu majlis ramah mesra dalam susana yang informal untuk membolehkan ketiga-tiga pihak ini berinteraksi dan berkomunikasi dalam susana kesetiakawanan dan mahabah.

Saya juga ingin menegaskan bahawa saya tidak sekali-kali berniat untuk menjejaskan pentadbiran kerajann negeri, sebaliknya pandangan yang diberikan adalah demi memperbaiki dan mengukuhkan pentadbiran kerajaan negeri bagi menjamin kerjasama erat diantara penggubal dasar dan pihak yg melaksanakannya. Saya yakin dengan pandangan jujur dan ikhlas yang diberikan ini, insyallah kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, akan menjadi bertambah kukuh dan dihormati rakyat.

Sehubungan dengan itu saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak pernah mencadangkan agar keanggotaan SELCAT dirombak dan dilantik dari kalangan bekas-bekas hakim, penjawat awam dan individu yang berpengaruh sebagaimana yang dilaporkan. Sebaliknya apa yang saya cadangkan adalah supaya keanggotaannya dipilih dari kalangan ahli-ahli dewan negeri Selangor yang berwibawa, dan memiliki kepakaran dan kebijaksanaan setaraf dengan keanggotaan Surhanjaya Di Raja, demi memilhara kehormatan institusi SELCAT itu sendiri.


23 Sept, 2009

Wednesday, September 23, 2009

Patuhi adab berjemaah dalam parti

Dalam jemaah kita ada adab berjemaah sebagaimana dalam organisasi kita ada disiplin berorganisasi. PAS bertahan sekian lama lantaran teguhnya pegangan anggotanya pada nilai-nilai ini. Ikatan disiplin jemaah PAS adalah ikatan aqidah yang tidak mudah dirongkai.

Sejak dari penubuhannya sehinggalah membentuk kerajaan negeri di Kelantan dan Terengganu pada tahun 1959, dari zaman awal penubuhannyake zaman Almarhum Dr Burhanuddin ke zaman Asri, Yusof Rawa,sehingga kini PAS jatuh dan bangun namun kekuatan ini terus padu, inilah yang digeruni musuh dan dihormati lawan.

Jika tiada kekuatan ini, pasti PAS tidak dapat bertahan sebegini lama dalam menjuarai dan meneroka liku-liku perjuangan Islam yang mulia ini.

PAS berdiri taat di belakang pemimpinnya dalam keadaan senang ataupun susah kerana adab berjemaah mengajar kita demikian. Ketaatan itu hanya putus apabila pemimpin tadi memimpin bertentangan dengan syarak Sebagaimana Rasulullah saw bersabda:

“Tiada ketaatan kepada makhluk dalam perkara yang membawa kedurhakaan kepada Allah yang maha mencipta.”

Saidina Omar al Khatab di dalam khutbahnya ada berkata:

“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya aku menjadi pemimpin bukanlah kerana aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Sekiranya aku bertindak betul, maka perteguhkanlah aku. Sekiranya aku bertindak salah maka perbetulkanlah aku. Taatilah aku jika aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Sekiranya aku khianat, maka tiada taat ke atasku daripada kalian semua.”

Malah Rasulullah saw juga bersabda (yang lebih-lebih terkena atas kita selaku jemaah Islam):

“Barangsiapa mentaati pemimpin, maka dia mentaati aku dan barangsiapa menderhakai pemimpin, maka dia menderhakai aku.”

Teguran Dato Dr Hasan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor terhadap SELCAT atau Select Committee on Competence, Accountability and Tranparency baru-baru ini bukannya bermaksud mahu menggugat kerajaan negeri, bukan juga kerana mahu SELCAT itu dibubarkan, tetapi ia dibuat apabila beliau berpandangan yang beberapa kaedah yang digunakan oleh badan itu kelihatan agak kasar dan keterlaluan dan perlu diperbaiki. Ianya dibuat untuk meneguhkan imej kerajaan negeri agar rakyat, kakitangan kerajaan dan semua pihak memandang kita dengan penuh hormat dan kasih-sayang.

Kita tidak mahu bermusuh dengan sesiapa, kita mahu bawa kebaikan. Kita dipilih rakyat kerana BN dahulu tidak baik. Lalu kalau kita sama seperti mereka maka rakyat nanti akan kecewa dan tidakmustahil kita nanti ditolak.

SELCAT adalah satu badan bikinan Dewan Negeri Selangor. Ia bukan malaikat dan bukan lebih besar dari kerajaan negeri. Ia boleh ditegur dan boleh diubah-suai demi kebaikan kerajaan negeri.

Teguran Dato Hasan boleh diterima, boleh dibincang dan boleh juga ditolak. Tetapi janganlah pertikaikan keikhlasannya, kita diajar menghormati pandangan orang lain. Saya kecewa apabila Speaker Dewan Selangor melenting dan mempertikaikan kepakaran dan pengalaman Dato Hasan ekoran teguran berkenaan.

Tetapi saya lebih kecewa apabila seorang ADUN PAS spontan mahu merujuk Dato Hasan kepada Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Dewan kerana mengeluarkan teguran sedemikian. Sejak bila PAS mengajar ahlinya berbuat demikian? Apakah maksud ADUN berkenaan? Sila rujuk NST:

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/20sal/Article/index_html

Sunday, September 20, 2009

Salam Idul Fitri buat semua

Masuk bersinar bulan Syawal bersamanya terpancar kegembiraan dan kejayaan. Bersuka-sukalah insan yang bertaqwa, hari ini adalah hari kemenangan, hari ini adalah hari kejayaan. Lantas berkumandanglah segenap pelusuk dunia lafaz kesyukuran, lafaz keinsafan, hamba-hamba yang soleh menzahirkan ikrar dan kepatuhan, bertakbir, bertahlil dan bertahmid:

Allahuakbar walillah hil hamd







Dalam kegembiraan ini kita melihat penuh sayu melangkah keluar Ramadhan, yang telah menguji dan melatih kita sepanjang bulan. Berjayalah mereka yang telah memuliakan, memartabatkan dan memanfaatkannya. Mungkinkah kita ketemu Ramadhan lagi pada tahun yang mendatang?

Saya dan keluarga ingin mengambil kesempatan sempena Idul Fitri yang mulia ini untuk menyampaikan salam Idul Fitri kepada semua sahabat-sahabat, rakan dan taulan. Saya menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf di atas sebarang kesalahan, kesilapan dan kekurangan sepanjang tahun yang lalu. Semoga Allah swt mengurniakan kita semua kekuatan untuk menempuh hari-hari seterusnya sebagai insan mukmin yang bertaqwa yang memberi manfaat kepada ummah dan perjuangan.

Terima kasih kepada semua kad-kad Hari Raya, email dan sms dari Tuan-tuan semua. Salah satu yang ingin saya perturunkan di sini berbunyi:

“Ya Allah Ya Tuhan ku, sempurna Syawal ini, aku berdoa agar Engkau muliakanlah saudaraku ini, terimalah segala amalannya, jadikanlah saudaraku ini dari golongan orang-orang yang dirahmati oleh Mu dan selamatkanlah ia di dunia dan di akhirat, Amin.”

Selamat berhari raya, jangan lupa kedua orang ibu-bapa kita samada yang masih hidup mahu pun yang telah pergi, jangan lupa isteri kita yang telah berbakti sepanjang Ramadhan dan sepanjang hidupnya bersama kita, doakanlah kejayaan buat Islam dan perjuangannya. Berhati-hati ketika pulang ke kampung semoga selamat sampai dan selamat kembali nanti.

Selamat Hari Raya Idul Fitri Maaf Zahir dan Batin.

Friday, September 18, 2009

Siapa pula yang nak bunuh Khir Toyo?

Berita terakhir kita dengan berkenaan bekas MB Selangor dan ADUN Sg Panjang Dr Khir Toyo adalah bahawa beliau disiasat hampir 6 jam oleh SPRM berhubung beberapa pertuduhan rasuah terhadapnya.

Tiba-tiba di muka depan akhabr Sinar Harian hari ini terpacul gambar Khir menunjukkan laporan polis dengan tajuk:

Dr Khir terima ugutan maut.Akan ditembak jika terus usaha jatuhkan kerajaan PR Selangor.

Baguslah jika beliau telah buat aduan kepada pihak polis dan kita harapkan pihak polis juga akan segera menyiasat dan kalau ada asas seret sipenulis surat ini ke pengadilan. Rupanya kata Khir ini bukan kali pertama beliau diugut. Katanya:

Sebelum ini saya juga dapat banyak ugutan melalui telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS) tetapi saya tidak hiraukan.

Sepatutnya ugutan melalui telefon dan SMS lah dilaporkan kepihak polis. Nombor pemanggil dapat dikesan serta memudahkan penyiasatan, kalau melalui surat ini sukar sedikit rasa saya.

Cuma yang saya musykil bahawa kata Khir ugutan bunuh dibuat terhadapnya kerana kononnya mahu menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor. Kalau benda atau perkara yang hampir pasti mungkin boleh kita ambi lkira juga tetapi perkara yang di awan-awangan apalagi yang hanya bermain pada mimpi-mimpi dan angan-anagan Mat Jenin ni kita risau sedikit.

Kemudian Khir menokok bahawa kerajaan PR ini lemah dan tidak kukuh. Betulkah begitu? Sebagai Ketua Pembangkang padanlah kalau Khir kata begitu,takkan nak kata kerajaan PR ni baik, mesra rakyat, telus,bersih lebih baik dari kerajaan BN Selangor pimpinannya dulu.

Apa pun memandangkan Khir dah buat laporan polis, biarlah polis menyiasat. Tetapi jangan pula kerana kes ini maka kes-kes lain ditutup atau ditangguh.rakyat Selangor ternanti-nanti hasil siasatan SPRM terhadap Khir itu. Bila nak didakwa?

Selamat Hari Raya Datuk, insyallah selamat hingga ke anak cucu.

Thursday, September 17, 2009

Insiden anak Raja dipukul anak Raja: Dimanakah Tun Perak?

Saya ingat kerja-kerja memukul orang ini hanya berlaku dikalangan samseng, pihak berkuasa pun ada dilaporkan memukul, membelasah dan menerajang orang. Di Batu Buruk, Terengganu sampai menembak orang. Tetapi rupa-rupanya golongan bangsawan pun ada juga begitu dan tidak terkecuali.

Berita terkini di MStar dan The Star Online melaporkan darihal aduan Tunku Nadzimuddin cucu kepada almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tunku Jaafar, bahawa beliau pernah dipukul oleh seorang kerabat di Raja Johor sehingga berdarah. Laporan polis telah dibuat dan insiden berlaku kira-kira setahun lalu namun samapi kini tiada tindakan diambil terhadap anak Raja berkenaan.

Dalam laporan yang diberikan itu disebut bahawa anak Raja Johor itu adalah Raja Muda Johor Tunku Ismail Idris Abdul Majid atau Tunku Majid.

Memanglah perkara ini perlu disiasat dan seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah didapati bersalah. Cumanya kalau ditinjau kedudukan anak Raja berkenaan iaitu Raja Muda Johor, bermakna beliau ada hak untuk mewarisi takhta Johor. Tidakkah itu menakutkan?

Teringat saya kisah sejarah Kesultanan Melayu Melaka. Kisah anak Bendahara Seri Paduka Raja Tun Perak iaitu Tun Besar yang mati ditikam oleh anakanda Sultan Mansur Shah iaitu Raja Muhammad. Tun Besar mati ditikam angkara marahnya Raja Muhammad apabila secara tidak sengaja bola raga yang disepak oleh Tun Besar terkena kepala Raja Muhammad lalu terjatuh dastarnya. Raja Muhammad kebetulan menunggang kuda ditempat kejadian.

Apa kata Bendehara Tun Perak apabila anak-anak muda Melaka mahu bangkit menuntut bela kematian Tun Besar:

Hai!Hai! Hendak derhakakah kamu sekalian? Hendak derhakakah? Ceh! Kamu sekalian! Ceh! Kerana tiada adat; hamba Melayu tiada pernah derhaka. Tetapi janganlah kita bertuankan anak Raja seorang ini

Walaupun Raja Muhammad tidak dihukum balas namun dari kenyataan Bendahara Tun Perak itu segera Sultan Mansur menitahkan agar anakandanya keluar dari bumi Melaka dan tidaklah Raja Muhammad layak mewarisi takhta kesultanan Melaka. Kerana insiden itu Tun Perak diberikan gelaran Pelantik Raja.

Mungkin dalam kes Johor tentang Negeri Sembilan ini kita perlukan seorang Tun Perak. Dimanakah Tun Perak?

September 16 dah berlalu…………

Selamat pagi merdekareview, salam sejahtera Sdr Wong Shu Qi.

Hari ini Khamis 17 September 2009. Pada 2 September lalu Sdr Wong ada menulis:

Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS.

Dan dalam artikel yang sama tarikh “keramat” 16 September dilambung-lambung sebagai tarikh dimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kononnya akn rebah tersungkur digantikan dengan gergasi yang dibenci rakyat iaitu Umno/BN.

Ya hari ini 17 September, setakat tengah malam tadi kerajaan PR masih segar bernafas dan tidak ada seorang pun ADUN samada dari PAS, PKR atau DAP yang telah mengisytiharkan lompat parti memeluk BN. Malah ADUN kontroversi dari Pelabuhan Kelang pun walau main-main silap mata, namun masih kekal dalam PKR.

Ternyata analisa dan terjahan Sdr Wong meleset, dan tindakan menyeret beberapa tokoh Pakatan Rakyat dalam artikel beliau juga tidak benar. Sebagai ahli politik saya yakin reputasi mereka yang beliau sebut antaranya Dato Dr Hasan Ali dan Amirudin Shaari telah tercedera – damage done. Itulah yang terpaksa dipikul angkara analisa meleset seorang penulis.

Jelas kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kekal utuh dan insyallah dengan usaha bersungguh semua pihak akan kekal begitu sehingga pilihanraya umum akan datang. Mungkin Wong maksudkan September 16 tahun depan atau yang berikutnya…….

Wednesday, September 16, 2009

Bezanya kerajaan BN dan PR – bagaikan langit dan bumi

Saya terbaca laporan bahawa dalam salah sebuah akhbar harian Tamil semalam, EXCO (kerajaan pintu belakang BN) Perak bagi kerajaan tempatan, Mah Hang Soon menyarankan agar ahli-ahli majlis di Perak (yang semuanya dilantik BN) agar turun bertemu dengan rakyat (para pembayar cukai – ratepayers) sekurang-kurangnya sekali setiap tiga bulan.

Ia menarik perhatian saya kerana ini membuktikan betapa jauh berbezanya kerajaan yang ditadbir BN dengan kerajaan Pakatan Rakyat. Saya tidak tahu berkenaan pentadbiran kerajaan PR Perak dahulu, tetapi di Selangor kalau beginilah cara BN, memang jauh bagaikan langit dan bumi bezanya.

Di Selangor kerajaan PR juga mengekalkan amalan melantik ahli-ahli majlis. Walaubagaimanapun buat pertama kali di Selangor bukan hanya wakil-wakil parti dilantik malah turut dilantik adalah wakil-wakil NGO. Tidak seperti BN Selangor dahulu, ADUN kerajaan kali ini tidak dilantik sebagai ahli majlis, atas kesedaran perlunya pengasingan kuasa bagi menggalakan “check and balance” antara kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.

Peralntikkan adalah untuk satu penggal dan boleh diperbaharui tertakluk kepada penilaian pihak kerajaan negeri, ini tidak berlaku semasa zaman BN Selangor dahulu.

Selain itu buat pertama kalinya juga kerajaan PR Selangor melantik kesemua ahli-ahli majlis ini untuk menjadi pengerusi jawatankuasa penduduk atau majlis perwakilan penduduk di zon-zon yang telah ditetapkan. Dahulu dizaman BN ahli-ahli majlis sekadar penasihat tetapi kini kerajaan PR mewajibkan mereka menjadi pengerusi agar masalah rakyat dapat segera ditangani dan ahli-ahli majlis secara langsung menjadi penghubung antara rakyat dan pihak majlis.

Ini sekaligus membantu tugasd-tugas majlis, ADUN dan kerajaan negeri. Saya teringat Speaker DUN Sdr Teng Chang Khim pernah berseloroh dalam satu mesyuarat menyatakan yang jika kaedah ini berjaya maka ADUN-ADUN nanti boleh goyang kaki. Secara serius beliau bermaksud ADUN dapat tumpukan pada kerja-kerja lebih besar khasnya dari sudut makro permasalahan rakyat dan isu-isu legislatif.

Berbalik kepada saranan EXCO BN Perak tadi bermakna ahli-ahli majlis BN hanya beri tumpuan pada rakyat sekurang-kurangnya 3 bulan sekali sedangkan ahli-ahli majlis PR terlibat dengan rakyat hampir setiap hari. Bagaimana, mana yang lebih baik? Fikir-fikirkanlah.

Ketinggalan zamankah juga orang Jepun?

Saya terpesona membaca laporan berkenaan “Women only carriage” atau gerabak keretapi untuk wanita sahaja yang telah dilancarkan di Tokyo sebagaimana dilaporkan oleh akhbar The Star hari ini. Ya bukan di Saudi atau Iran atau Afghanistan tetapi di Jepun iaitu salah sebuah negara termaju di dunia.







Gerabak seumpama ini dilancarkan bagi mengatasi masalah mencabul kehormatan penumpang wanita yang kerap berlaku dalam gerabak-gerabak keretapi di Tokyo yang sentiasa padat, sesak dan sibuk itu. Bermakna perangai buruk mengambil kesempatan ke atas wanita seumpama ini bukan sahaja berlaku di negara-negara rantau ini tetapi juga di negara yang rakyatnya berpendidikan dan berpendapatan tinggi seperti Jepun.

Rupanya langkah memperkenalkan gerabak seumpama ini mendapat sokongan kuat dari masyarakat Tokyo khasnya golongan wanita termasuklah para pelajar dan kanak-kanak perempuan.

Ironisnya apabila kerajaan Kelantan memperkenalkan laluan asing untuk wanita di pasar-pasaraya satu ketika dahulu serta mengasingkan penonton-penonton wanita dalam konsert-konsert kesenian Islam, para pengkritik termasuk NGO wanita tertentu mengatakan langkah ini sesuatu yang kuno dan ketinggalan zaman.

Langkah di Tokyo ini bagaimana? Kuno dan ketinggalan zamankah juga orang Jepun? Kenapa tidak diunjurkan agar kaum lelaki mengawal sendiri nafsu mereka sebagaimana saranan bijak pandai di sini?

Alhamdulillah Islam telah melihat masalah ini sejak awal-awal lagi dan mengemukakan kaedah penyelesaiannya bagi mengatasi masalah sosial yang sesuai dipraktikkan buat semua zaman. Benarlah al Quran itu petunjuk buat semua umat manusia!

Tuesday, September 15, 2009

PAS mahu mengisi dimana Umno gagal

Dewan Pemuda PAS Pusat mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan menyediakan kertas cadangan mengenai kawalan dan garis panduan penjualan arak di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat. Kenyataan ini saya percaya ekoran dari usaha PAS melalui kerajaan PR Selangor yang mahu agar Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor (1995) dikuatkuasakan khasnya daklam bab mengharamkan penjualan arak dikalangan masyarakat Islam.

Kalau mahu dijadikan kontroversi maka boleh sahaja mana-mana pihak mengapikan isu ini lalu jadilah ia kontroversi.

Dalam mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat semalam Dato Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa dalam kontek demokrasi apa yang mahu diutarakan oleh Pemuda PAS ini menepati saluran dan perlu dilihat secara objektif. Apa yang mahu dilakukan adalah menyediakan kertas cadangan. Dan kertas itu pula akan diberikan kepada Pakatan Rakyat untuk dipertimbangkan, tidakkah cantik nampaknya?

Apa pun pandangan dan persepsi kita, jika kita seorang Islam kita perlu akur dan akui bahawa arak ini samada meminum, menjual, menghidangnya dan aktiviti lain yang berkaitan adalah haram dan ditegah oleh Islam. Islam sehingga mengkategoirikannya sebagai suatu jenayah dan perlu dihukum pesalahnya jika sabit kesalahan.

PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam memang tertuntut untuk membawa isu ini. Apa guna menjunjung panji-panji Islam jika kita bisu pada hal yang sebegini.

Sebagaimana pengalaman di Selangor ekoran tercetusnya isu ini, kini PAS dipandang tinggi dan dihormati, parti yang mempunyai prinsip kata orang. Kalau begitu persepsi orang-orang Melayu dan masyarakat Islam khasnya di Selangor maka sekaligus Pakatan Rakyat juga dihormati kerana prihatin akan hal hukum-hakam yang berkaitan penganut Islam.

Dalam bab penganut Islam PR prihatin, dalam bab hak masyarakat bukan Islam juga PR prihatin. Dimanakah BN jika begitu?

Lantas usaha untuk melahrikan masyarakat Islam yang berguna kepada masyarakat ini perlu dilihat dari perspektif yang positif. Kebetulan kita lihat isu ini dihangatkan lagi dengan perkembangan di Pahang yang juga sedia ada dengan peraturan yang hampir sama. Apabila seorang wanita Islam yang disabitkan kesalahan meminum arak setelah dibicarakan dalam mahkamah terbuka, mahu dikenakan hukuman, kita lihat ramai yang rimas dan melompat-lompat, Sehinggakan pihak Umno yang mendesak penguatkuasaan hukum yang sama di Selangor, tiba-tiba cuba untuk campurtangan dan mempengaruhi keputusan mahkamah.

Sedangkan kesalahan meminum arak dan hukuman ke atas pesalahnya bukanlah perkara baru. Hal ini dihuraikan panjang lebar oleh adinda Nasrudin Hassan at Tantawi, Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dalam blognya http://episodeperjuangan.blogspot.com/

1. Kartika bukan lah orang pertama disebat atas kesalahan minum arak. Di Kelantan seramai 6 orang lelaki telah pernah disebat,
2. Kartika juga bukan wanita pertama dijatuhi hukuman sebatan. (Seorang wanita di Johor disabitkan kesalahan tetapi berjaya dalam rayuannya).

Apa pun bagi kita matlamat akhirnya biarlah umat Islam menjauhi arak ini dan tioada ruang dan peluang dibuka bagi mereka mendakatinya. Juga kita mengharapkan memandangkan negara ini berbilang kaum dan agama, semoga rakan-rakan kita masyarakat yang bukan Islam juga boleh memahami dan turut membantu. Tiada larangan dan sekatan buat mereka. Tetapi jika mereka mahu menyumbvang ke arah melahirkan masyarakat Islam yang baik, terimalah usaha ini. Apabila lahir masyarakat Islam yang baik semua termasuk mereka akan selamat.

Memang usaha ini bukan mudah, 50 tahun di bawah Umno/BN tiada siapa pun mengambil inisiatif untuk membawa perkara ini ketengah masyarakat. Tetapi sekurang-kurangnya kini ia telah mula dibicarakan dan mudah-mudahan segera difahami. Rakan-rakan PAS dalam PR juga berperanan dalam hal ini.

Cuba lihat artikel berikut yang termuat dalam blog seorang ahli parlimen DAP

The NST reported today that Pahang-based syariah court judge Abdul Rahman Mohd Yunos had sentenced a second person to caning for drinking alcohol.

This time, the convicted man is an Indonesian, Nazarudin Kamaruddin, 46.
Recently, Indonesian descendant Kartika Sari Dewi Shukarno, a 32-year-old mother of two, was sentenced to caning for drinking beer by the same syariah court judge. [ See over 1,700 items on the subject in Google News.]


However, after public outcry especially from human rights advocates and the global media, Kartika’s case is being reviewed by an Islamic appeals court judge and her caning could be carried out after the fasting month of Ramadan is over.

Interestingly, both sentences were meted out in Pahang, which is the home state of Prime Minister, Najib Razak.

August 27, Malaysiakini carried an Op-Ed from Agence France Presse (AFP) that highlighted the seeming rise of political Islam in Malaysia, and that the nation's secular status is under threat.

Cuba lihat perenggan akhir artikel ini, sanadnya dari malaysiakini dari AFP yang kononnya kini sedang bangkit politik Islam di Malaysia dan ia mengancam status sekular negara kita. Status sekular?

Kalau usaha umat Islam ini dinegatifkan. Tuntutan untuk kembali kepada Islam (bagi kalangan masyarakat Islam) melalui proses demokrasi dan undang-undang dipandang rendah dan mahu dilekehkan, maka nanti yang menjadi mangsa kritikkan adalah PAS. PAS gagal, PAS bukan parti Islam sebenar, PAS sekular. Apabila ini berlaku PAS akan lemah dimata masyakarat Islam dan pengundi Melayu. Ketika itu sebahagian dari kekuatan PR diseluruh negara akan terhakis (termasuklah bahagian yang besar di Kelantand an Kedah). Akhirnya pengundi PAS akan hilang keyakinan dan apabila ini berlaku apakah kesannya ke atas PR secara keseluruhan?

Marilah kita faham-memahami dan hormat-menghormati antara kita. Barulah kita mampu melahirkan sebuah negara yang makmur dan sejahtera, suatu yang ternyata Umno dan BN telah gagal selama ini.

Monday, September 14, 2009

Semalam disanjung hari ini dipancung

Saya semalam membaca laporan darihal kritikan para perwakilan MIC dalam perhimpunan agung parti kaum India itu terhadap bekas PM Tun Dr Mahathir yang dituduh cuba mencampuri urusan parti berkenaan serta menjatuhkan maruah Presiden mereka Samy Vellu. Tun sebelumnya telah menyatakan sokongannya terhadap kem yang menentang kem Samy. (Kem Samy akhirnya menang besar dalam pemilihan Sabtu lepas).

Dalam Utusan Malaysia hari ini rupa-rupanya dilaporkan yang dalam kemarahan para perwakilan itu ada yang mencadangkan agar potret gambar Tun dikalungkan dengan kalungan selipar! Pimpinan Umno dalam Utusan hari ini menyelar tindakan biadap para perwakilan itu terhadap bekas Presiden kesayangan mereka.

Bayangkan beberapa tahun lalu ketika beliau PM, Tun dijulang dan diasanjung bukannya oleh kalangan Umno malah termasuklah Samy dan pimpinan serta ahli-ahli MIC. Tetapi hari ini apabila tiada lagi kuasa, manusia yang mereka julang dan sanjuung itu diterajang dan diperlakukan bagai sampah. Kasihan Tun.

Memang dengan takdir Allah swt hari ini kita berkesempatan dipertonton banyak perkara yang satu ketika dahulu tidak terbayang oleh benak kepala kita. Terbayangkah anda yang kerajaan BN/Umno Selangor yang menongkat langit itu boleh jatuh berkecai? Dan hari ini juga Dr Khir Toyo dilaporkan disoal-siasat lebih 6 jam oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM! Oleh itu tidak hairan yang Tun yang satu ketika dahulu disanjung bagaikan Raja hari ini mahu dikalungkan dengan selipar...........rupanya bukan sahaja Melayu Tun, India pun sudah mudah lupa.........

PR kekal memerintah Selangor

Dalam perjalanan ke Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat tengahari tadi saya menerima sekurang-kurangnya dua panggilan telefon dari rakan-rakan media. Sekali lagi soalan berkisar pada khabar angin kononnya ada beberapa ADUN termasuk dari PAS yang akan melompat lantas merebahkan kerajaan PR Selangor.

Pada seorang pemanggil saya menafikan sekeras-kerasnya, tiada mana-mana ADUN PAS Selangor yang akan melompat. Khabar angin ini saya jelaskan dimain oleh puak-puak dan juak-juak Umno/BN sedangkan jangankan pokok, batang taugeh pun tidak bergoyang.

Apabila menerima lagi satu panggilan saya berasa malas, lalu untuk melonjakkan keghairahannya saya nyatakan ya memang ada ADUN PAS yang akan melompat di Selangor, bukan satu bukan dua kara saya tetapi sembilan. Terus sipemanggil melompat. Tiba-tiba apabila dia sedar, eh mana ada 9 ADUN PAS cuma 8 saja!

Saya maklumkan kepada rakan-rakan berkenaan, saya sebenarnya dalam perjalanan ke mesyuarat di atas yang mana barisan EXCO dan pimpinan terkanan PR Selangor dijangka hadir dalam mesyuarat yang korumnya merupakan pimpinan tertinggi PR Pusat. Tiada masalah, tidak akan berlaku lompatan dan tiada kerajaan negeri yang akan jatuh selepas Perak insyallah (kecualilah Negeri Sembilan jika PAS menang di Bagan Pinang, mana tahu akan ada dua atau tiga orang ADUN BN yang mahu tukar selera).

Sesampainya saya di tempat mesyuarat terbukti semua pimpinan kanan PR hadir dan dipihak Selangor, pimpinan terkanannya termasuklah Dato MB, Dato Dr Hasan, pimpinan DAP semuanya hadir. Mesyuarat berjalan dengan penuh mesra dengan luahan hati ikhlas dalam semangat mesyuarah yang penuh tertib. Ternyata segala khabar angin dan dongeng yang dimain-mainkan oleh pihak tertentu jatuh meleset. PR Selangor “is here to stay” dan selepas ini semua kami akan berhimpun di Bagan Pinang bagi bekerja dalam satu pasukan untuk membawa kemenangan buat calon PR dari PAS di sana.

(Kepada sahabat saya Sdr Lim Hong Siang dari meredekareview.com nampaknya ramalan tarikh 16 September yang dibuat penulis anda Wong Shu Qi, iaitu tarikh kerajaan PR Selangor akan roboh, semakin hampir........dua hari lagi).

Friday, September 11, 2009

Apabila Dr M campur urusan MIC, mengapa tidak?


Menurut laporan The Star Online Samy Vellu, Presiden MIC naik berang apabila bekas PM Tun Dr Mahathir dikatakan telah menyatakan sokongan kepada Dato S. Subramaniam untuk jawatan Timbalan Presiden MIC. (Samy sokong calon lain)

Kata Samy, Tun Dr M tidak berhak mencampuri urusan parti beliau. Malah katanya semasa Tun berkuasa dahulu beliau (Tun) pernah mengingatkan agar parti-parti komponan tidak mencampuri urusan parti komponan yang lain.


MIC akan berhadapan dengan pemilihan pucuk pimpinan partinya dan Samy telah pun menang tanpa bertanding sebagai Presiden parti untuk kesekian kalinya.

Melihatkan polemik dalam MIC ini saya teringat buku The Tunku Tapes karangan mendiang K. Das. Di dalamnya Tunku pernah menyatakan pada Das berkenaan asal-usul dan salasilah Tun dengan panjang lebar. Kalau anda berpeluang membacanya anda akan menyedari mengapa Tun berminat dalam politik MIC dan mengapa Samy sepatutunya tidak marah-marah pada Tun.

Sunday, September 06, 2009

Tiada siapa yang disaman

Kebelakangan ini agenda untuk jatuh menjatuh ini semakin ganas dan menunjukkan belangnya. Mana sahaja ada ruang untuk melompat dan mencederakan musuh, akan diperguna tak kiralah ianya berasas atau bersandarkan igauan dan cerita-cerita karut. Itulah dunia hari ini.

Saya sendiri terkejut semalam apabila dihubungi oleh seorang wartawan akhbar harian Cina, benarkah EXCO Agama Selangor, Dato Dr Hasan Mohamed Ali disaman (dititahkan mengadap) Tuanku Sultan Selangor? Saya lalu bertanya dari mana saudara dapat maklumat ini, katanya berdasarkan laporan beberapa portal berita diinternet. Begitulah kalau kita ada agenda tertentu.








Saya jelaskan Dr Hasan ini memegang portfolio Agama dan Adat Istiadat Melayu (selain infrastruktur dan kemudahan awam), oleh kerana bidang ini berkait rapat dengan Tuanku Sultan maka bila sahaja perlu Dr Hasan boleh dipanggil mengadap. Malah beliau pun sendiri apabila sahaja merasakan perlu untuk menyembah maklum kepada Tuanku, boleh mohon untuk mengadap.

Pertemuan ini bukan luar biasa, malah sebahagin dari rutin seorang EXCO yang memegang portfolio berkenaan.

Sementara itu pelbagai spekulasi dijaja dan dijual oleh laman-laman web dan portal berita tertentu.

Yang sahihnya Dr Hasan tidak disaman tetapi beliau sendiri yang mohon mengadap. Pemberita mengadu Dr Hasan tidak berhenti dipagar istana, tempat dimana pemberita menunggu beliau untuk mendapatkan maklumat.Jawapnya ini pertemuan rutin dan ini melibatkan Tuanku Sultan, tiada apa yang mahu dilaporkan malah kalau pun ada itu prerogatif dan hak Tuanku bukannya ahli EXCO.

Kepada sepkulator murahan, minta maaf, Dr Hasan masih EXCO Selangor, masih Pesuruhjaya PAS Selangor masih AJK PAS Pusat. Esok kalau senang bolehlah berjumpa beliau di tempat letak kereta Komplek PKNS Shah Alam bermula jam 5 petang dimana PAS Selangor akan mengedar-edarkan bubur lambok kepada rakyat.

Hanya kewarasan mampu selesaikan konflik

Siapa yang mungkin terlepas pandang dari aksi penduduk seksyen 23 ketika berdailog dengan MB Selangor dan pihak MBSA di Shah Alam baru-baru ini mengenai pemindahan kuil Hindu dari seksyen 19 ke kawasan mereka. Beberapa akhbar arus perdana sengaja meletakkan gambar-gambar pencetus huru-hara ini di muka depan akhbar mereka hari ini.

Kononnya mereka mahu ditabal sebagai wira dan juara.







Majlis ini adalah majlis dialog. Penduduk dibenar berjumpa dengan MB dan pihak MBSA. Kalau dialog bermakna semua pihak dibenar memberikan pandangan dan menyuarakan cadangan. Kita tidak perlu menjerit-jerit apalagi bersikap biadap dan kurang ajar untuk mengemukakan hujah kita. Ini pertemuan rasmi, biarlah semua memelihara akhlak dan tutur kata. Tetapi tidak. Bagi sesetengah kalangan menjerti-jerit, melompat-lompat dan bertindak kurang ajar itulah yang paling cerdik dan tepat bagi mereka.

Sehingga mereka lupa apakah matlamat utama mereka ke sana. Jika matlamatnya untuk membuktikan kepada MB bahawa penduduk seksyen 23 yang majoriti Melayu tidak dapat menerima sebuah kuil Hindu di kawasan mereka, saya kira cukup dengan mengemukakan petisyen tandatangan kepada MB.

Tetapi jika punya agenda tertentu, mahu mengambi lkesempatan memalukan kerajaan, merendah-rendahkan kerajaan, ternyata mereka sekadar membawa aib kepada diri mereka dan kumpulan mereka. Tambah antara yang bankti berucapitu termasuklah pemimpin Umno peringkat cawangan.

Majlis ini kini sudah berlalu dan menurut MB pihak kerajaan negeri tidak akan berdailog lagi dan akan mengkaji keputusan yang telah dibuat.

Iktibar dari majlis ini, sikap kurang ajar dan kasar dalam berbincang, dalam berbahas dan dalam mengemukakan hujah secara sivil memang tidak akan membawa kita ke mana-mana. Kadang-kadang kita sangka kita boleh jadi popular, boleh jadi juara kerana menguasai situasi dengan hujah yang hangat dan membakar semangat, tetapi rupa-rupanya kita tidak sedar yang ramai melihat dan menilai gelagat kita. Ramai yang jadi mual dan benci, sedang kita berangan kitalah yang paling baik dan popular.

Bagi juak-juak yang meriuh-rendahkan suasana itu, mereka sudah pasti akan dicap sebagai gerombolan yang tidak berakhlak dan kuarng ajar.Tambah jika mereka dikaitkan dengan parti yang mereka wakili maka selamanyalah rakyat akan membenci parti mereka itu.

Sementara bagi kita semua yang lain belajarlah dari peristiwa ini. Jika kita tidak suka diperlakukan demikian jangan perlakukan orang lain begitu. Saya percaya pandangan yang terbaik adalah berdasarkan hujah lawan hujah secara teratur dan penuh hormat menghormati. Dalam hal ini saya terpaksa akui bahawa antara pemimpin yang paling tenang dan percaya kepada kaedah ini danmengamalkannya adalah MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim sendiri. Dalam beberapa pengalaman saya bersama beliau saya dapati beliau antara tokoh yang tidak mudah melatah dan emosional. Boleh berhujah dan menerima hujah. Inilah bukti pemimpin yang baik. Kita tidak akan jadi begitu kalau kita harapkan orang lain begitu sedangkan kita sendiri tidak.

Semoga selesailah masalah ini dengan kebijaksanaan Tan Sri Khalid.

Saturday, September 05, 2009

Isu arak kini Umno bagaimana?

Dalam kesungguhan PAS Selangor mengenengahkan dengan berani dan tanpa kompromi keperluan arak diharamkan dikalangan masyrakat Islam khasnya di kawasan majority Islam, tiba-tiba Umno yang berkuasa diperingkat pusat menelanjangkan kejahilan mereka. Kalau sebelum ini kita lihat saki baki Umno di Selangor berdemonstrasi kononnya mahu menjuarai pengharaman arak di Selangor ini (walaupun dizaman mereka tidak pula mereka pedulikan) kini kita lihat bapa dan abang-abang mereka diperingkat pusat lebih ghairah menggalakkannya.







Bermula dengan konsert kumpulan hip hop Amerika, Black Eyed Peas yang dijadual diadakan di Sunway Pyramid (kawasan yang kerajaan pusat isytihar sebagai bengkung pelancongan dan boleh beroperasi sehingga jam 3 pagi) pada 25 September nanti. Istimewanya konsert ini bahawa ia diadakan bersempena ulangtahun ke 250 jenama arak Guiness Stout (di Malaysia sahaja jualan syarikat arak ini mencecah RM1.2 bilion ringgit pada tahun 2008).

Berbagai pihak menuntut agar kerajaan pusat yang didominasi Umno (yang mendakwa merupakan pembela Islam) agar membatalkan konsert ini kerana tujuan dan impaknya terhadap masyarakat khasnya umat Islam. Asalnya Kementerian Penerangan menyatakan bahawa konsert ini akan diteruskan tetapi terbuka hanya untuk masyarakat “bukan Islam”. Tanpa diduga tak sampai beberapa hari larangan itu ditarik balik.

Kononnya menurut Menteri berkenaan Rais Yatim, kerajaan tidak punya kuasa untuk melarang sesiapa dari menghadiri mana-mana pihak majli hiburan. Tiba-tiba kerajaan yang boleh menahan orang tanpa bicara ini, menyeret wakil rakyat macam penjenayah, melepaskan peluru hidup ke atas rakyat yang berdemonstrasi secara aman, menjadi dayus dan lemah tak bermaya.

Terpulanglah kepada umat Islam menurut Rais untuk mempertimbangkan sendiri samada mereka boleh atau tidak menghadiri konsert seumpama ini.







Bagi saya perubahan sikap ini menunjukkan yang Umno sebenarnya tidak pedulikan kerja-kerja mencegah kemungkaran. Bagi saya perubahan sikap ini membuktikan yang Umno kini sudah dipengaruhi dengan trend bahawa amar makruf nahi mungkar kini bukan lagi tanggungjawab kerajaan tetapi masing-masing individu.

Saya mendapat maklum yang konsert ini rupanya terpaksa diteruskan kerana ianya akan ditayangkan secara ke seluruh dunia, ia bakal membawa keuntungan lumayan kepada penganjur dan hasilkepada kerajaan. Kerajaan bersedia menerima hasil walaupun ianya bakal merosakkan rakyatnya!

Saya berharap umat Islam akan keluar beramai-ramai untuk membantah konsert arak ini. Pemuda PAS mungkin boleh bertanya kepada rakan mereka Pemuda Umno, adakah kali ini mereka bersedia berdemonstrasi sekali membantan keputusan kerajaan Pusat yang didominasi oleh bapa dan abang-abang mereka itu.







Ini sesungguhnya bukan isu PAS atau Umno atau sesiapa pun, ini isu maruah, nasib dan masa depan umat Islam. Kita berikan kuasa kepada mereka mengharapkan yang mereka akan berusaha mempertahan dan memelihara aqidah dan keimanan kita. Jika mereka gagal atau tiada “political will” tak kiralah dia PAS atau Umno atau PKR maka kita selaku umat Islam berhak menuntut atau membuat perubahan.

Al Quran yang diturunkan kepada umat manusia dalam bulan Ramadhan ini bertujuan memandu kita sebagai petunjuk dan memberikan keterangan kepada kita antara yang hak dan yang batil. Jangan kekal bersama yang batil, doakan semoga Ramadhan memberikan keinsafan pada kita agar bersama yang hak dan yang benar, Islam insyallah memimpin perubahan.

Thursday, September 03, 2009

Lepas 31 Ogos kini 16 September

Kawan saya Lim Hong Siang menyiarkan artikel bertajuk “Rampasan kuasa di Selangor: Perancangan 16 Sept berulang” tulisan Wong Shu Qi dan disunting oleh beliau dalam laman web Merdekareview yang mana beliau adalah editornya. (Sebelum ini ada pihak dalam BN menyebut 31 Ogos).

Artikel ini yang boleh dibaca di http://www.merdekareview.com/bm/news.php?n=10309
memperkenalkan kononnya formula lompat parti 3-2-3 yang dijadualkan berlaku dalam tempoh terdekat yang bakal merebahkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor sebagimana rebahnya kerajaan Perak iaitu melalui “politik pintu belakang”. 3-2-3 yang dimaksudkan adalah bakalnyal berlaku lompatan ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat iaitu 3 dari PKR 2 dari DAP dan 3 dari PAS.

Malangnya analisa Wong itu tidak pula menghuraikan bagaimana perancangan ini bakal berlaku dan dilaksanakan dan apakah faktor pendorongnya. Ia sekadar menembak curi dan lebih bermain dengan lagu-lagu nyanyian Umno dan BN di Selangor tiada asas dan hujah serta bukti yang kukuh.

Antara nama-nama yang disebut bakal melompat termasuklah kononnya Dato Dr Hasan Ali (PAS), Amiruddin Shaari (PKR) dan Badrul Hisham (PKR). Siapa dua lagi dari PAS? Siapa satu lagi dari PKR dan siapa dua dari DAP itu?

Analisa beliau menggunakan pula hujah dari dua pimpinan DAP Selangor iaitu Teresa Kok dan Teng Chang Khim yang kononnya menyebut bilangan yang bakal lompat dan kemungkinan siapa yang bakal lompat. Kenapa Teresa dan Teng dikecualikan? Kenapa mereka pun tidak disenaraikan sebagai punya potensi melompat dari 13 ADUN DAP?

Bagi saya analisa ini sangat meleset dan murahan dan malah tidak layak duduk di Merdekareview yang biasanya terbit memaparkan tulisan yang kritikal dan bekualiti.

Saya sendiri semalam ditanya oleh seorang pemberita akhbar Cina tentang khabar angin ini. Bagaimana dengan ADUN-ADUN PAS tanya beliau? Saya nyatakan kesemua lapan ADUN PAS Selangor sedang sibuk bekerja di bulan Ramadhan ini, padat dengan program yang disusun parti selain aturcara masing-masing sebagai EXCO dan ADUN. Mereka tidak lari dan tidak menyembunyikan diri (satutindakan biasa bagi ADUN yang mahu lompat). Saya nyatakan bahawa saya sungguh yakin insyallah tidak ada seorang pun ADUN PAS yang tergamak untuk melompat apalagi menyumbang kea rah kejatuhan kerajaan ini.

PAS mungkin ada berbeza pandangan dalam hal-hal tertentu dalam mentadbir Selangor, tetapi semuanya ditangani melalui musyawarah. Pimpinan PAS Selangor sentiasa rapat dengan pimpinan PAS disemua peringkat, tidak terasing atau berjalan sendiri-sendiri. Diperingkat Selangor forum politik tertinggi iaitu Majlis Pakatan Rakyat berjalan lancar, menemukan 6 pimpinan tertinggi masing-masing parti setiap dua minggu sekali secara konsisten dan insyallah esok adalah mesyuarat seterusnya.

Ringkasnya bagi PAS, perjuangan lebih 50 tahun di bumi politik Selangor yang sungguh gersang ini kini membuahkan hasil dengan menjadi sebahagian dari kerajaan yang memerintah bumi bertuah ini. Doa, pengorbanan dan airmata yang ditumpahkan oleh para pejuang yang awal insyallah tidak akan dipersia-siakan apalagi mandat yang diberikan rakyat pada PRU12 lalu.

Hubungan PAS dengan PKR dan DAP berjalan baik. Tidak dapat dinafikan terdapat perbezaan disana-sini tetapi ia semakin mesra dan masing-masing mula faham-memahami dan hormat-menghormati. Yang pentingnya negeri ini perlu ditadbir secara yang terbaik, biar lebih baik dari mereka yang sebelumnya.

Kesimpulannya saya percaya kerajaan negeri ini akan mampu bertahan sehingga tamat penggalnya. Jika ada pun yang mahu melompat, ia tindakan orang yang kecewa dan menggadaikan amanah rakyat. PAS insyallah akan kekal 8 walau apa berlaku. Sejarah daya tahan dan kekuatan dalaman wakil-wakilrakyat PAS telah lama terbukti. Kali terakhir wakil rakyat PAS meninggalkan parti adalah lebih 30 tahun lalu apabila berlaku krisis politik Kelantan sehingga lahirnya Berjasa dan Hamim.

Tuduhan terhadap Pesuruhjaya PAS Selangor oleh Wong sangat jahat, lebih-lebih lagi tiada ruang diberikan untuk Dato Hasan membela diri atau sekurang-kurangnya pimpinan kanan PAS Selangor diminta pandangan. Biarlah Umno dan BN Selangor bersedap-sedap menunggu 16 September bersama Wong, kami dari PAS Selangor dan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor ada banyak tugas dan kerja yang perlu dilaku dan dibereskan.

Saya menunggu reaksi Wong 17 September nanti.

Apabila gadis Amerika yang memelihara aurat berjaya

Saya tertarik dengan laporan akhbar The Star pagi ini berkenaan Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Presiden Amerika Syarikat Barack Obama di Washington DC. Memang Obama bukannya Presiden Amerika yang pertama menganjurkan majlis berkenaan kerana ia pernah dianjurkan oleh beberapa Presiden sebelumnya. Tetapi apa yang saya mahu kongsikan di sini adalah peristiwa yang berlaku dalam majlis berkenaan.





Dalam ucapannya Obama turut memperkenalkan kepada mereka yang hadir salah seorang jemputan khasnya iaitu seorang gadis Amerika kulit hitam bernama Bilqis Abdul Qaadir. Beliau menganggap pencapaian Bilqis boleh memberikan inspirasi bukan hanya kepada gadis Muslim yang lain malah seluruh rakyatnya.






Bilqis merupakan pelajar cemerlang yang kini menuntut di Universiti Memphis, dan kecermerlangannya bukan hanya pada bidang akademik malah termasuklah sukan bolajaring sejak dari bangku sekolah lagi. Dan yang hebatnya bagi saya pencapaian ini diperolehi Balqis dalam keadaan beliau memelihara auratnya sebagai seorang Muslimah.

Semoga kejayaan beliau ini akan mengangkat martabat wanita Muslim dan mematahkan tohmahan golongan yang menganggap kewajiban menutup aurat bagi wanita Islam adalah suatu penghalang dan menyekat kemajuan.

Kalau gadis Amerika Syarikat, sebuah negara maju yang dipandang tinggi oleh dunia boleh menempa kejayaan seumpama ini, yang di Malaysia bagaimana? Mudah-mudahan semangat Ramadhan mengetukdan membuka pintu hati kita bagi menerima bahawa yang hak itu hak dan yang batilitu batil, insyallah.

Berikut adalah laporan dari Jamaah at Taqwa berhubung gadis ini yang boleh dibaca di:

http://www.shawuniversitymosque.org/JTaqwa/modules.php?name=News&file=print&sid=2217

Bilqis Abdul-Qaadir walks quietly through the halls of the New Leadership Charter School. She is soft-spoken and polite. The youngest child of a devout Muslim family, the 5-foot-3-inch senior believes in modesty, and is determined not to call attention to herself.
Bilqis cannot help standing out. For one thing, she is the top-ranked student in her class. She wants to study pre-med in college with an eye toward being a cardiac surgeon. "The heart," she says, "is most interesting to me."
Then there is her presence on the basketball court, where she is a magnet for the eyes of all fans, and not just because she competes with her legs and arms completely covered beneath her uniform, and with a hijab (or head scarf) over the top of her head. The point guard dazzles every night with a game that is a nonstop whir of creative fury. She darts into the lane against much bigger players, flicking in layups and reverses and hitting teammates with no-look passes. She drains pull-up jumpers and step-back 3-pointers. Despite a steady diet of double-teams and box-and-one defenses designed to stop her, she is averaging, this season, an astonishing 41.3 points per game.
A fifth-year varsity player, Bilqis (pronounced BILL-KEACE) will attend the University of Memphis this fall on a full scholarship and will become the first player at a top tier Division 1 school to compete in full Muslim dress.

Tuesday, September 01, 2009

Selamat ulangtahun kemerdekaan ke 52

Dalam akhbar Sinar Harian hari ini Presiden PAS Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang dipetik sebagai berkata bahawa perjuangan kemerdekaan yang sebenar di negara ini masih belum selesai. Menurut Tuan Guru perjuangan kemerdekaan yang dibawa oleh Rasulullah saw adalah pembebasan manusia dari pengabdian diri pada sesama manusia kepada pengabdian diri kepada Allah swt.

Tuan Guru membuat kenyataan tersebut sempena ulangtahun ke 52 kemerdekaan negara semalam.

Kenyataan beliau itu sudah pastilah merujuk kepada kenyataan Rabie bin Amir kepada Panglima Maharja Parsi bernama Rustam di medan perang al Qadasiyah dizaman Sayidina Omar al Khattab. Apabila ditanya berkenaan tujuan atau matlamat tentera Islam ketika itu, Rabie berkata:

“Allah membangkitkan kami (orang-orang Islam), untuk kami mengeluarkan (memerdekakan) manusia dari mengabdikan diri sesama manusia kepada mengabdikan diri kepada ALLAH SWT, dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat, dari kezaliman agama-agama kepada keadilan Islam”

Lantaran itu perjuangan menuntut kemerdekaan yang hakiki ini perlu diteruskan. Perjuangan untuk memerdekakan manusia dari pergantungan kepada sesama manusia, ke arah menyedari dan menginsafi bahawa pergantungan hidup hanyalah pada Allah swt perlu terus dipacu. Ianya bukan mudah, ianya tidak senang malah berhadapan dengan pelbagai cabaran dan tribulasi.

Bagaimana kita mahu mendakwa telah merdeka sedangkan ketentuan Allah swt dicabar dan diragui? Bagaimana kita mahu mendakwa telah merdeka sedangkan usaha ke arah yang makruf dipandang rendah dan dihina tetapi kerja-kerja maksiat disanjung dan dipuja.

Oleh itu teruskanlah perjuangan kita sehingga tercapai kemerdekaan yang sebenar itu.