Isu persempadanan semula bahagian-bahagian pilihanraya yang sedang
dilakukan oleh pihak SPR sebenarnya membuka tembelang kekalutan DAP khasnya di
negeri Selangor.
Sejurus cadangan persempadanan semula ini dipamerkan,
pimpinan DAP antara yang terawal melontarkan komen.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua umpamanya mendakwa bahawa
tindakan sewenang-wenang SPR mengubah dan meminda sempadan-sempadan pilihanraya
di Selangor akan membuka peluang BN kembali berkuasa di negeri ini.
Pua mendakwa sekurang-kurangnya 7 kerusi DUN akan dikuasai
oleh BN melalui proses persempadanan baru ini kiranya pilihanraya diadakan
selepas ia diluluskan. Kerusi-kerusi berkenaan adalah:
1.
Sabak (PAS)
2.
Hulu Kelang (PAS) (dicuri Pan)
3.
Sementa (PKR)
4.
Selat Kelang (PAS)
5.
Pelabuhan Kelang (PKR) (kini Bebas)
6.
Sejangkang (PAS)
7.
Morib (PAS) (dicuri Pan)
Manakala 10 lagi kerusi (yang tidak disebutkan) mempunyai
potensi majoritinya dikurangkan malah boleh juga dirampas BN.
Atas dasar ini Penasihat Agung DAP, Lim Kit Siang kemudiannya
mencadangkan agar Dewan Negeri Selangor dibubarkan supaya Pilihanraya Negeri
dapat dilakukan sebelum proses persempadanan ini diluluskan.
Cadangan ini ditolak dengan tegas oleh MB Selangor Dato Seri
Azmin Ali yang menyatakan bahawa kerajaannya tidak akan mengkhianati mandat besar
yang diberikan oleh rakyat Selangor pada PRU ke 13 lalu dengan mengangkat PKR.
PAS dan DAP untuk memerintah.
Pilihanraya awal tidak akan dipanggil kata Azmin dan
sebaliknya kerajaan negeri akan menggunakan proses undang-undang bagi
memperbetulkan tindakan pihak SPR itu.
Kemudian seorang lagi pemimpin kanan DAP Liew Chin Tong yang
mengulas laporan akhbar Nanyang Siang Pau yang mendakwa ada kerjasama politik
antara Umno dan PAS untuk merampas Selangor melalui proses persempadanan semula
ini berkata:
“Sukar untuk pastikan
sejauh mana kebenaran laporan tersebut tetapi kebarangkalian wujudnya
perjanjian sedemikian tidak boleh dipandang ringan. Malah, ia merupakan andaian
yang paling logik ekoran hubungan UMNO dan PAS yang semakin kuat,”
Sekali lagi DAP menjadikan PAS sebagai mangsa, mereka dengan
jahat cuba mencetuskan keraguan rakyat terhadap PAS, apabila melemparkan fitnah
kononnya ada kerjasama PAS dan Umno dalam proses persempadanan semula SPR ini.
Kalau kita teliti kenyataan Tony Pua di atas dan bandingkan
dengan kenyataan Liew Chin Tong, disitu sahaja terbukti betapa bercabangnya
lidah para pimpinan DAP ini.
Tony mendakwa 7 kerusi DUN Selangor boleh dikuasai BN dalam
proses persempadanan ini. Dari 7 kerusi itu kalau kita perhati 5 adalah milik
PAS. Bermakna PAS lah pada pandangan Tony yang akan rugi besar melalui proses
persempadanan semula ini.
Tiba-tiba Liew pula mendakwa keberangkalian wujudnya
perjanjaian atau kerjasama PAS dan Umno untuk menentang PKR dan Pan.
Kalau ada kerjasama PAS dan Umno, kenapa proses
persempadanan pilihanraya ini yang Tony dakwa mahu membuka peluang buat BN
kembali berkuasa di Selangor mengakibatkan PAS bakal kalah 5 kerusi.
Kerjasama apanya kalau BN menang dan PAS kalah?
Ketua Penenragan PAS Pusat, UStaz Nasrudin Hassan Tantawi
m=dalam kenyataan akhbarnya menyebut:
Bukannya pendirian dan
sikap politik PAS yang tidak jelas sebaliknya cara dan matlamat berpolitik DAP
lah yang sudah tidak relevan. Kenyataan berasaskan persepsi dan propaganda jahat
bukanlah cara yang sihat dalam berpolitik. Namun adalah amat dikesali apabila
cara itu masih digunakai sebahagian pemimpin DAP bagi melaraskan peluru dendam
terhadap PAS.
PAS sendiri telah menyatakan bantahannya terhadap proses
persempadanan semula SPR ini. Tak perlulah DAP menunjukkan kepada awam lidah
bercabangnya itu.
DAP jagalah tepi kainnya sendiri serta anak kelahirnanya
PAN. Tak perlulah sibuk hal pasal apatah lagi terus menyanyikan lagu fitnah
kerjasama PAS dan Umno.
PAS istiqamah dengan agenda perjuangan Islamnya. Ia akan
terus dijunjung dan dijulang samada DAP suka ataupun tidak.