Monday, November 22, 2010

Kenapa Najib nak panggil pilihanraya?

Sibuk media arus perdana memainkan isu bahawa PM Najib Tun Razak akan panggil pilihanraya awal. Dalam sebuah akhbar sehinggakan seorang tukang telek Cina menyatakan kemungkinan bulan Mei 2011. Para penganalisa politik yang terangsang oleh spekulasi itu turut menghamburkan teori masing-masing, bahawa Najib sebagaimana Mahathir dulu dan Dollah selepasnya masing-masing panggil pilihanraya awal kerana mahukan mandate baru.

Maka terbitlah berbagai reaksi dan tamabhana spekulasi sehingga mengakibatkan semua orang hari ini berkata tiada isu lain selain pilihanraya awal.

Kemenangan di parlimen Batu Sapi, Sabah dan DUN Galas, Kelantan menaikkan syahwat politik Umno. Kes DSAI yang dikatakan akan mengakibatkan Penasihat PKR itu sekali lagi merengkuk di penjara turut mengeletek naluri mereka. Malah terbaru apa yang dikatakan hiruk-pikuk dalam rumah tangga PKR, menjadi umpan buat Umno bagi kononnya menaikkan ikan besar, iaitu kemenangan mutlak jika dipanggil PRU awal.

Benar PKR dan PAS masing-masing tewas di Batu Sapi dan Galas. Batu Sapi kerusi BN manakala Galas merupakan kerusi PAS. Bagi Umno, hakikat bahawa PAS boleh tumbang di gelanggan sendiri adalah petanda bahawa parti itu akan kecundang besar kali ini. Itu yang mencetuskan keghairahan Tun Dr M membuat ramalan bahawa Kedah, yang didominasi PAS akan kembali ke tangan BN.
Perkembangan kes liwat membabitkan DSAI terus menjadi bahan politik buat Umno. Mereka mahu pastikan apa jadi pun kali ini DSAI disabitkan sekali lagi dan akan merengkuk di penjara. Ini akan mengakibatkan partinya dan PR bagaikan anak ayam kehilangan ibu.

Suasana rumah tangga PKR memang tampak ribut. Keributan itu bagi Umno adalah petanda bahawa parti pimpinan DSAI itu sudah hilang daya kekuatannya dan bakal jatuh, lantas inilah masanya untuk panggil PRU awal, biar tumbang semua kerusi PKR.

Jadi segala-galanya sebenarnya adalah bacaan politik Umno dan BN.

Bacaan itu mungkin tepat tetapi jika tepat sekalipun adakah rakyat akan ikut rentak mereka sebagaimana yang mereka sangkakan? Adakah contohnya rakyat Selangor boleh memaafkan ketempangan dan kepincangan Umno pra 2008 begitu sahaja dan mengizinkan kembalinya Khir Toto dan rakan-rakan bertapak di negeri yang kini bebas dan bersih ini?
Adakah kerana kecundang di Galas maka rtakyat Kelantan akan menolak PAS mentah-mentah dan menobatkan Mustapha Mohammad dan konconya menggnatikan Kepimpinan Ulamak?

Bagaimana pula keadaan kesihatan MIC, MCA dan Gerakan. MIC masih sampai kini menanggung beberapa ekor biawak hidup yang melumpuhkan parti berkenaan yang telah pupus di Selangor. Benar kemungkinan Samy Vellu akan berundur hujung tahun ini tetapi apakah dengan pengunduran Samy masyarakat India dan rakyat Malaysia boleh menerima MIC dengan mudah?

Gerakan umpamanya pupus terus di Pulau Pinang. Berupayakah mereka bangkit kembali sedangkan Penasihat dan Presidennya pun berkrisis?

MCA kini diteraju oleh Presiden yang punya VCD nya sendiri. Mungkin ahli-ahli MCA boleh terima Soi Lek, apakah pengundi Cina dan rakyat Malaysia boleh terima juga beliau?

Bagi saya Umno dan BN mungkin berasa seronok dengan keadaan semasa yang bagi mereka menampakkan harapan dan peluang untuk mereka lompat kemabli berkuasa dan menuntut dua pertiga majority di Dewan Rakyat. Tetapi apakah keseronokkan itu akan benar-benar terjamin sehingga pasca PRU ke 13? Atau ia sekadar keseronokkan sementara yang akan berakhir dengan tangisan besar apabila mereka menaggung padahnya selepas PRU itu.

Apa pun Pakatan Rakyat perlu bekerja kuat. 2 tahun 8 bulan lebih ini kita telah berjaya membuktikan bahawa kita berbeza dari BN. Rakyat sudah melihat. Rakyat boleh membaca. Rakyat terus-terusan benci kepada pemimpin yang tempang, korap dan tidak telus. Oleh itu pastikan kita tidak termakan atau goyang oleh mimpi BN itu. Teurs bekerja biar apa pun datang Umno dan BN perlu kita lontarkan terus keluar dari politik perdana Negara.

Selamat memanggil pilihanraya awal Najib.

3 comments:

Anonymous said...

panggil ajelah.
tapi jangan ikut serta.
cukupkan tempuh berkuasa.
kalau kerajaan nak adakan pilihanraya, biarkan di negeri-negeri mereka perintah aje.
nik aziz, khalid ibrahim, lim guan eng dan azizah razak releks.
jangan ikutkan sangat telunjuk mereka.
pakatan misti bijak.
kalau tak, punah.

Anonymous said...

takut ke PR? join la sama2 kalau yakin anda menang...

anakzaman said...

Tuan Roslan,

Manusia ni ada masa cerdik dan ada masa dia bangang.Bila cerdiknya timbul dia boleh jadi PM,tapi bila masa bangang lahir maka dia mula berangan-angan dan membuat kerja yang tak masuk akal.
Bagitulah akhbar- sekarang banyak media pilihan -surat khabar yang hari-hari dikeluarkan dah tak laku maka buatlah berita bangang,yang dilahir dari fikiran bangang.

Sensasi ini akan melariskan jualan akhbarnya lebih 500,000naskah satu hari.