Najib mungkin popular tapi rakyat tetap pilih PR
Apabila badan bebas Merdeka Centre mengisytiharkan bahawa menurut kajian mereka tahap populariti PM Najib Tun Razak meningkat kepada 72 peratus berbanding 69 pertaus pada bulan April tahun ini ramai yang memberikan pelbagai reaksi. Kajian itu dilakukan dari tempuh Mei 6 ke Mei 16 iaitu selepas kemenangan BN di Hulu Selangor (pilihanraya kecil Sibu yang berpihak kepada PR diadakan pada 16 Mei).
Menurut Merdeka Centre kajian itu merumuskan bahawa rakyat pada amnya mengiktiraf kepimpinan Najib dan mahu melihat dasar-dasar yang diperkenalkannya dilaksanakan. Dalam erti kata lain ianya nampak menggiurkan semoga berjaya.
Antara yang terawal melonjak ghairah dengan hasil kajian ini adalah bekas PM Tun Dr Mahathir. Begitu ghairahnya beliau sehingga mendesak PM agar segera mengadakan pilihanraya umum kerana katanya dengan populariti sebesar itu nanti Najib akan mampu mengembalikan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat dan barangkali merampas kembali negeri-negeri yang BN tewas (Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan).
Adakah dengan hasil kajian itu BN benar-benar telah bangkit dan kembali kuat sebagiamana PRU 2004?
Sekurang-kurangnya Tun Dr M berfikiran begitu. Beliau memang dikenali sebagai pakar strategi dizamannya. Tetapi beliau pun tidak sunyi dari rekod buruknya sendiri. Bukankah ditangan beliau PAS menang Kelantan dan Terengganu? Bukankah dizaman beliau Presiden PAS (dari Almarhum Ustaz Dato Fadzil Nor dan kemudian Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang) muncul sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat?
Malah Umno berpecah teruk sehingga ada ahli Majlis Tertingginya ketika itu menyalahkan Tun secara terbuka, kata beliau kerana rakyat benci Tun lah maka Umno ditolak.
Ahhh kemungkinan Tun sudah lupa semua itu…….dah lama dah………
Hari ini Tun melihat prospek untuk mencetuskan fahaman bahawa BN boleh bangkit kembali ada. Hasil kajian ini tak kiralah apa mesej sebenarnya perlu dieksploitasi. Biar BN menang besar kembali. Biar anak saya diberi ganjaran lagi sekurang-kurangnya jadi Menteri penuh atau Menteri Besar Kedah.
Biarlah Tun dengan keghairahannya,bagi saya kajian ini lebih menghasilkan bacaan pengharapan rakyat. Sebab kebetulan Najib adalah PM, jadi kalau begitu hakikatnya biarlah beliau berjaya, walaupun hasilnya belum berapa kelihatan lagi pun.
Saya boleh katakan bahawa rakyat juga sudah selesa dengan PR. Dahulu apabila PR menang di lima negeri (kemudiannya kemenangan Perak dicuri secara haram), menafikan dua pertiga majoriti BN di Dewan Rakyat, juak-juak BN khasnya Umno mengatakan negara akan menghadapi masa depan yang suram dan muram. Para pelbaur asing akan lari, ekonomi akan terencat.
Hari ini negeri-negeri di bawah tangan PR terus mendapat pujian. Penafian majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat disedari rakyat banyak manfaatnya. BN tidak lagi boleh membuat dan berkata sewenangnya.
Saya menyebut rakyat juga selesa dengan PR kerana lihat keadaan negara kita. Ia terus stabil, tiada kekacauan, ekonomi terus berkembang, pelabur asing tidak lari kemana.
Bagi saya ini menunjukkan rakyat mengesahkan atau “confirm”bahawa ujian mereka terhadap PR dahulu (PRU 2008) memang membawa pulangan positif.
Benar Merdeka Centre menyatakan mereka selesa dengan kepimpinan Najib (lebih selesa lagi berbanding dizaman kemuncak Tun Dr M) tetapi tidak pula mereka menyatakan yang mereka mahu menolak PR. Tidak pula mereka menyatakan yang mereka mahu melihat tokoh-tokoh rasuah, penyalahguna kuasa khasnya yang tersungkur di negeri-negeri PR perintah mahu mereka berikan kembali kuasa. Tidak pula mereka nyatakan mereka mahu Samy Vellu, Chua Soi Lek, Koh Tsu Koon, Khir Toyo yang telah mereka tolak perlu dikembalikan.
Tidak. Mereka mungkin akui bahawa Najib popular, tetapi Umno dan BN yang Najib pimpin belum tentu memikat selera mereka (buktinya setelah menang Hulu Selangor BN tewas di Sibu). Najib popular kerana kebetulan beliau PM dan boleh guna apa sahaja bawah kuasanya untuk mencorakkan yang cantik-cantik untuk dilihat dan dikagumi. Barangkali kalau Dato Seri Anwar PM atau Kit Siang atau Hj Abd Hadi, populariti mereka ini melangkaui 80 persen, siapa tahu?
Kalau nak tahu, kita kena tukar.
Saya yakin rakyat sudah bersedia untuk tukar. Mereka sudah selesa dengan PR, mereka tidak nampak kecacatan PR, mereka akan bersedia untuk melonajkkan PR ke tahap yang lebih tinggi selepas ini. Tahniah Najib kerana popular, tahniah Tun kerana berani suruh Najib panggil pilihanraya, yang lebih penting tahniah PR kerana kekal meyakinkan rakyat bahawa perubahan demi kebaikan tidak dapat dielakkan lagi.
1 comment:
Allah juga mempopularkan firaun dengan menyebut namanya begitu banyak dalam Alquraan tetapi dengan kisah kisah yg buruk seperti kesombonganya,kederhakaanya,keangkuhanya dengan kata lain popular itu untuk manusia jangan ikut dia dan mesti menolak cara yg dia bawa dan Allah juga mempopularkan orang yang baik seperti rasul dan nabi dgn Allah kaitkan mereka ini dengan sifat
sabar dgn ujianNya,amanahya supaya manusia mengikutnya dan menyokongnya begitulah keadaan kita sekarang ini walaupun mereka menang di ulu selangor tapi kemenangan itu telah menyerlahkan lagi keangkuhan najib yg diulas oleh orang selepas prk itu..dengan kata lain popular yang negatif dan tidak menguntungkan partinya
Post a Comment