Thursday, May 20, 2004

Muhasabah PRU 11 (Bahg. 1)

Muhasabah PRU 11 (Bahg. 1)
PRU ke 11 baru lalu banyak membuka lembaran fikiran untuk kita bermuhasabah, menyuluh ke dalam diri dan melihat kelemahan, kesalahan dan kealpaan diri. Segala ini perlu kita perhitungkan untuk membina kekuatan baru bagi menghadapi gelombang PRU berikutnya.
Bila kita menang besar pada PRU 10, 1999 lalu, dapat mempertahankan Kelantan dan menawan Terengganu, kita sungguh gembira dan sangat berbangga. 27 ahli dapat melangkah masuk ke Parlimen dan Presiden parti menjadi Ketua Pembangkang,........pasti Islam akan terus melangkah menang dalam perjuangan. Pasti lepas ini Kedah, Perlis malah Pahang, Perak, Selangor semua akan jatuh ke riba kita, malah kerajaan Pusat pun "within reach".
Kita tak bersalah beranggapan demikian kerana ketika itu realiti yang ada memungkinkan kita bertindak demikian.Masih ingat tak ketika itu sehinggakan orang malu mengenakan badge atau topi atau tshirt dacing, malah anak-anak sekolah pun enggan membawa mineral water BN ke sekolah kerana takut diejek kawan-kawan. Bendera PAS, PKN berkibar dimerata pelusuk termasuklah didesa-desa setinggan yang sebelum ini tidak berani berbuat demikian.
Tetapi dalam kita bergembira, UMNO BN berduka. Orang yang bergembira kadang-kala dia tak ingat hal-perkara lain kerana asyik dalam keseronokan. Orang yang berduka, hilang negeri hilang kerusi, dia akan terus beringat, mengkaji kelemahan dan mengatur strategi.
Disinlah kita terperangkap, sedang kita terus mengejar mimpi, merayakan kejayaan, mengimpikan kemenangan besar berikutnya, si kalah terus mendendam rasa dan memasang langkah. Dalam waktu yang sama realiti semasa terus berlalu hanyut meninggalkan kita. Kes Dato Seri Anwar tidak lagi menggigit perasaan ramai, si Mahathir yang zalim mengosongkan takhtanya - kita masih ditakok lama menyangkakan suasana masih macam PRU 10 juga, walaupun kadangkala kita teringat dan diingat namun kita enggan mahu percaya.
Mustahil Kelantan boleh jatuh, Kelantan kukuh dan akan terus bertahan (betul akhirnya, tapi taklah sekukuh dulu lagi), Terengganu akan terus menjadi milik kita kalau kalah pun sekadar beberapa kerusi sahaja - rupanya kita yang corot dengan 4 kerusi, Kedah akan kita tawan dan demikianlah berikutnya di kawasan-kawasan lain.
Tiba-tiba ditakdirkan Allah swt kita disentap dari tidur yang lena, Kelantan meniti atas jembatan rapuh, Terengganu lupus, Perak, Pahang, Selangor kosong tangan dan Kedah dan Perlis kembali asal.......
Kita menanggis dan bersedih - betul lah SPR diperalat, media diperalat, BN pakai duit, tapi kita????
Artikel ini berikutnya akan memperkatakan isu ini walaupun kadangkala pedih namun inilah masanya untuk kita sedar dan insaf akan kekurangan kita. Mudah-mudahan kita akan mampu membina kekuatan baru dan bersedia dengan lebih rapi pada PRU ke 12 nanti untuk menuntut kemenangan Islam yang dijanjikan Allah swt.
ROSLAN SMS
roslan_s@yahoo.com

No comments: